Pages

Khamis, 26 Jun 2014

Adam Afnan dah besar


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua pengunjung blog ini :)

Hari ni, saja-saja nak share gambar Adam Afnan. Anak teruna Imma yang hensem tuuu... hihi... ada lagi ke yang belum tahu Imma dah ada anak? 

Haaa... meh sini nak kenal si teruna Adam Afnan. =)

Adam Afnan with aunty Haida [ fresh from the tummy 8.4.2013]

Adam Afnan kian membesar... Alhamdulillah

Us.. at Khayra's birthday party

Adam bersama aunty Una 

Adam exercise =)

Adam Afnan, duta Shaklee Ummi.. hihi..

Haaa... dah puas tengok gambar Adam Afnan? dah besar kan dia? hmmm... kejap je masa berlalu. Teringat masa pregnant dulu-dulu... =) hihi...

Syukur sangat Allah anugerahkan Imma anak yang sempurna. Syukur. Semoga Adam menjadi anak yang soleh, bijak, suka tolong orang, humble.... dan berbakti pada agama, bangsa dan negara, Ameeeennnnnnn...

---
Imma
Surirumah bekerja dari rumah

Selasa, 24 Jun 2014

Kembali berblog

Ya ALLAH, betapa lama nya Imma meninggalkan dunia penulisan blog ni... tinggalkan blog ni. Sampai blog ni merajuk dengan Imma. Hihihi... bukan sengaja ok, sibuk kerja. Pergi pagi balik malam... balik malam badan Imma penat, tak kan nak ngadap blog? baik Imma ngadap anak Imma, Adam Afnan. Hehe...

Alhamdulillah, kalau masih ada lagi belum tahu, Imma dah pun resign dari bekerja di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sebagai Pegawai Tadbir. Tarikh keramat Imma keluar hari tu pada 30 Mei 2014. Cantik tak tarikh tu? hihi... ") 

Imma resign kenapa? Hmmm... sure ramai yang nak tau kisah sebenar kan? Imma pun tak suka orang duk buat spekulasi macam-macam pasal perletakan jawatan Imma tu. So nanti Imma akan cerita sendiri di blog Imma ni. Hehe... Dah resign, ada laa masa Imma berblog... Cinta lama berputik kembali tau! I love blogging sooooooo muchhhh! mana taknya Imma start blogging sejak tahun 2007/8 lagi, tapi blog ni kalau tengok posting bermula tahun 2009... hehe, sebab Imma delete post-post lama. Ada isu sensitif kat post lama tu. ")

In sha ALLAH, Imma takkan lupa janji Imma ni tau, Imma akan buat post kenapa Imma resign? Panjang berjela nanti. So, korang baca laaa nanti... sambil duduk ke, baring ke, meniarap ke, bercangkung ke... hehe.. janji baca habis tau. 

So, amacam? terubat rindu? Kalau rindu, kene laa selalu datang sini, jenguk-jenguk Imma. Hehe...

Ok, nanti kita jumpa lagi ye... daaaa....

---
Salam Ceria
Imma