Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya hulurkan buat semua pengunjung blog saya. Untuk pengetahuan anda, blog ini hanya berfungsi sebagai diari kehidupan saya, menjadi catatan perjalanan hidup saya, menjadi tempat luahan suka dan duka dalam melalui perjalanan sebuah kehidupan yang sementara. Semoga anda beroleh sesuatu daripada tulisan saya. Selamat membaca dan terima kasih atas sokongan anda.



Khamis, 15 Mac 2012

Bercinta Sampai Ke Syurga, itulah Cita-citaku

Moga dimudahkan segala urusanku...

*
*
*
Ops... tiada apa-apa pengumuman di sini... ;)
Mohon jangan dibuat apa-apa spekulasi...
sekadar mengepos gambar hiasan saja... hihi
*
*


Ehsan : Google Image

Khamis, 19 Januari 2012

Tahniah YB Dr. Ahmad Yunus Hairi

TAHNIAH YB... ^^,

Saya antara orang yang cukup-cukup gembira dengan perlantikan YB Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor, menggantikan tempat YB Dato' Hassan yang sebelum ini memegang jawatan tersebut...

YB Dr. Ahmad Yunus in Person

Alhamdulillah... saya diberi peluang mengenali beliau secara dekat, bilamana kami sama-sama terlibat dalam melaksanakan beberapa program anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Seorang yang humble, kelakar, suka mengusik, berpengetahuan, amanah, jujur..... dan paling penting beliau juga tegas.

YB yang saya kenali, antara YB yang paling sempoi di Selangor. Kadang-kadang bila sama-sama buat kerja, berbincang... mesyuarat... merasakan yang beliau bukan YB. Oleh kerana pembawakan dirinya seperti tiada pangkat YB. Beliau turut disenangi oleh kebanyakan penjawat awam malahan dipuji lagi.

Saya bukanlah hendak berkempen, hanya ingin melahirkan rasa gembira dengan perlantikan ini... dan sungguh tak disangka beliau terpilih. Jangan tak tau... ramai antara kakitangan yang gembira sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah.

Tahniah YB. Semoga ALLAH permudahkan urusan YB juga ALLAH beri ketabahan kepada YB dalam melaksanakan amanah yang diberikan..

***Bukan senang nak jaga DUN dalam masa sama nak jaga satu Selangor. 

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.

Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.
"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.

Ahad, 15 Januari 2012

Makan untuk hidup


Salam hujung minggu...... =)

Imma tengah dengar radio IKIM ni.. tentang produk Islam. Sokonglah produk Islam sebab bila kita beli produk keluaran atau buatan orang Islam, sudah tentu mereka akan bayar zakat. Jadi zakat tu dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan. 

Hm.. nak cakap pasal makan pulak hari ni... "erk, apa menu makanan tengahari korang hari ni ye?"

Cerewet
Sejak akhir-akhir ni Imma sangat cerewet bab makan. Terutama kalau makan kat kedai. Imma akan perhati dulu orang yang masak atau yang tukang bungkus makanan.. perhati kedai dia, bersih atau tak... kalau kuku panjang, pakaian selekeh.... Imma buat kesimpulan, kalau diri dia pun dia tak jaga, camne dia nak jaga makanan yang dia masak untuk orang lain.. betul tak? Imma rase tak salah kot Imma cerewet bab makan. Bertempat rasanya. Makanan yang nak masuk dalam perut, kemudian jadi darah daging kita... ish... zaman sekarang ni susah nak percaya makanan yg kat luar sana. Imma rela tak makan, lapar pun laparlah janji Imma rasa tubuh badan Imma terselamat. InsyaALLAH. 





Bukanlah nak kata Imma ni baik sangat, tapi Imma cuma nak share... terutama kepada mereka yang suka makan kat kedai mamak tu.. adoi, bab ni Imma was was sikit... tak kisahlaa orang nak kata apa janji Imma jaga diri Imma. Korang pun, kene jaga-jaga.... sebab kita nak beribadat...sebab kalau kita main makan je makanan yang ada kat luar tu tanpa tapisan, bimbang ada benda yang meragukan. Satu lagi, kita tak jamin orang yang masak tu mengucap 2 kalimah syahadah atau tak.... teringat kat kawan Imma, dia ni memang memilih... siap pesan kat isteri dia, bila nak masak, basuh sayur, potong sayur... segala peringkat dalam proses nak masak tu, baca bismillah... bagus kan? =) Imma pun insyaALLAH istiqomah akan amalkan perkara-perkara kecil macam ni. Korang pun sama k.. =)


Air
Hmmm... bab air pun satu... Sekarang Imma banyak minum air putih (suam), air barli (suam) dan air radix panas. Air gas, alhamdulillah Imma tak berapa boleh minum air bergas, nanti Imma tak sihat... jadi air bergas Imma cuba elakkan sebolehnya. Teringat kata-kata seorang doktor, beliau kata... "kita kene minum air putih, 8 botol sehari... minum sampai air kencing kita keluar tu nanti putih macam air yang kita minum. So itu menggambarkan badan kita sihat, pinggang kita pun tahan lama. Maka, minumlah air putih banyak-banyak tau.

P/s: Janganlah mudah tergoda dengan makanan yang sedap-sedap depan mata. Sayangi kesihatan anda...


Ahad, 8 Januari 2012

Panic buat seketika

PANIC... bukan PICNIC.. PANIC... atau cemas.. =))

Peristiwa : Tayar kereta pancit

Yelah.. mana tak panik... tayar dah rapat ke jalan, rasa tak ter'control' stereng kereta tadi.. Di tengah-tengah jalan, kereta banyak.. nak tak nak terpaksa masuk pekan Klang dan berenti serta merta. (Tak pasal-pasal masuk laluan sehala...abis orang marah...maaf pakcik, makcik)  
****Lega adik ade kt sebelah, dia laa tenangkan Imma.. so tak laa panik sangat. Terasala jugak seram sejuk sekejap.. hehe.. wat malu je citer. ;) apapun, kalau jadi kat korang, jangan panik sangat... rileks je, yang penting cari tempat selamat untuk buat parking kecemasan... Kalau tak tau tukar tayar, buat2 laa muka kesian sambil merenung tayar tu.. bawa keluar segala alat-alat tukar tayar dan susun sepah2 kat tayar yang pancit.. lama-lama mesti ada orang kesian dan nak tolong.. hehe, ni pengalaman tau. Tapi kalau sorang-sorang hati-hati laa sikit ye.. mana laa tau kot-kot orang nak samun ke apa.. =)

Alhamdulillah lega, baik sangat brader yang tolong Imma tadi. Bagi duit pun tak nak. Padahal baru seminggu berhijrah dari Sabah ke sini... semoga ALLAH mudahkan urusan dia kelak, dan semoga ALLAH murahkan rezeki dia. Ameen.

Apa pun pengalaman buat Imma... 

Penat sungguhlaa badan ni.. 

Malas lagi nak tukar tayar tu.. biar je laa pakai tayar spare. Lagipun gi keje balik keje je.. sehari tak sampai 2km pun. Boleh tahan laa kot tayar tu... lagi pulak khamis dan Jumaat ada kursus.. so tak pakai keta dah. Kiranya Sabtu boleh laa gi tukar tayar keta. 

Imma ni kalau dah keje, malas nak kuar sana sini... Weekend baru laa senang nak gi mana-mana. =)

K, laa.. nak tido.

Wassalam. 

*Yang penting selamat antar adik balik Matrik UIA PJ tadi... seram jugak kot, bawa keta jauh pakai tayar spare je pulak... nasib laa selamat sampai. Allah jualah penyelamatku.. tq ALLAH.

Isnin, 19 Disember 2011

CoUnting thE DaYS...

tik tok tik tok... tik tok.. ti. tok... =)

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (Copy paste)

Entry ini adalah dicetak dengan izin dari BLOG Budak Hutan
Kepada yang terpinga-pinga orang duk heboh sana sini tentang SKIM BARU UNTUK PENJAWAT AWAM / SBPA, boleh baca entry ini sampai habis... Walaupun ada juga blog-walker yang bukan penjawat awam tetapi why not just read dan tambah pengetahuan anda daripada duk baca gosip je. ^^
*
*
*
MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!
Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).
OPSYEN
Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.
Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:
[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.
[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.
[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.
[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.
manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.
OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan
- Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred
[1] IJAZAH
[2] DIPLOMA
[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .
GAJI
Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.
Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.
DASAR PEMISAH : EXIT POLICY
Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.
Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.
Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.
Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!
JAMINAN
Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.
ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 
[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.
[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.
[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.
[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011
[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)
[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)
[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)
[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)
PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT
Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :
[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi
[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam
[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda
[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khimdat Cemerlang
[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA
KATA AKU
Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.
p/s: BANTUAN RM500
Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?
RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?
bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…
Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…
peraturannya sangat mudah…
Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…
wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!
SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)
TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)
Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 - RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 - RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^
TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

P/s : Kerja betul-betul | Betul-betul bekerja =)