Pages

Jumaat, 7 September 2012

20 Syawal 1433H

Saja-saja nak enterprem gambor lama ni haaa... 
ari tu sebelum raya, saya buat ucapan raya pada rakan-rakan tru emel. So, konon-konon ini dijadikan kad raya mewakili tuan badan. =)

20 Syawal dah kite ni...
dah abis puasa 6? ke xbuat lg?
Imma xdapat buat sebab faktor kesihatan. Cuba try... dan akan muntah. =(

apa-apapun... selamat beribadah yer semua.. =)

Selasa, 4 September 2012

Doakan Hajjar Sembuh

Sebenarnya saya dah tau lama mengenai Hajjar yang tengah sakit melalui blog suaminya ... Tisu sum-sum Hajjar diambil Isnin nanti...
Tapi waktu tu, saya belum mengetahui secara terperinci tentang penyakit Hajjar yang sebenar, sehinggalah hari ini saya terbaca mengenai Hajjar di blog kegemaran saya... Diuji dengan kanser...tahap keempat
Lebih menyayat hati apabila saya membaca blog ZainulFaqar, suami kepada Hajar... "Ya Allah, barah Hajjar di tahap keempat"

Sekarang... tahulah saya yang Hajjar menghidap Kanser Tahap ke-4.... ='((( saya terkilan tak sempat menjenguknya di hospital ketika pulang berhari raya di belah mertua saya di Johor Bharu. 

Saya mengenali Hajjar, sebagai seorang yang periang dan komited pada kerja. Hajjar juga merupakan salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUSM) pada suatu ketika dahulu. Saya kagum dengan semangat yang Hajjar miliki... mungkin saya tak sekuatnya mengharungi cabaran ketika berada di kampus dahulu. Bukan mudah menjadi MPP jika tiada semangat juang yang tinggi.

Kenangan... Hajjar bersama rakan-rakan. MPPUSM Sesi 2008/2009

Hari ini, Hajjar diuji lagi... hmmm.... tabahkan hatimu dik... Kak Imma sentiasa mendoakan Hajjar. Insyirah yang comel pasti rindukan senyuman Hajjar yang menawan, jadi kuatkan semangat! Hajjar pasti boleh melawan penyakit itu!!! InsyaALLAH... 

Nota:

1. Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan, boleh salurkan melalui akaun Maybank2U atas nama Zainulfaqar Yaacob, 1642-5848-1533.


2. Doakan Hajjar ye. Semoga Allah makbulkan doa kalian..ameen..
3. Untuk mengenali Hajjar dengan lebih dekat boleh ke link ini... http://promahasiswausm.wordpress.com/page/8/