Pages

Isnin, 19 Disember 2011

CoUnting thE DaYS...

tik tok tik tok... tik tok.. ti. tok... =)

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (Copy paste)

Entry ini adalah dicetak dengan izin dari BLOG Budak Hutan
Kepada yang terpinga-pinga orang duk heboh sana sini tentang SKIM BARU UNTUK PENJAWAT AWAM / SBPA, boleh baca entry ini sampai habis... Walaupun ada juga blog-walker yang bukan penjawat awam tetapi why not just read dan tambah pengetahuan anda daripada duk baca gosip je. ^^
*
*
*
MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!
Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).
OPSYEN
Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.
Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:
[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.
[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.
[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.
[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.
manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.
OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan
- Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred
[1] IJAZAH
[2] DIPLOMA
[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .
GAJI
Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.
Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.
DASAR PEMISAH : EXIT POLICY
Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.
Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.
Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.
Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!
JAMINAN
Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.
ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 
[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.
[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.
[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.
[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011
[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)
[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)
[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)
[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)
PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT
Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :
[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi
[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam
[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda
[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khimdat Cemerlang
[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA
KATA AKU
Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.
p/s: BANTUAN RM500
Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?
RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?
bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…
Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…
peraturannya sangat mudah…
Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…
wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!
SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)
TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)
Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 - RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 - RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^
TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

P/s : Kerja betul-betul | Betul-betul bekerja =)

Jumaat, 16 Disember 2011

Segumpal daging bernama hati


"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Khamis, 8 Disember 2011

Suatu Penghargaan

Sinarharian (Selangor) 7 Disember 2011 

Walaupun  dalam surat khabar di atas tiada gambar Imma dan kawan-kawan. Cukuplah gambar mereka yang menjadi VIP dan tetamu jemputan di dalam program kami semalam (6 Disember). Imma rasa bagaikan dihargai... bilamana program ini menjadi tatapan umum. Kerja di belakang tabir bukan senang.. nak merancang sesuatu program, banyak peringkat... banyak karenah, banyak ragam manusia. segala macam banyak dot dot dot.. namun, apabila berakhirnya sesuatu program itu, terasa cukup-cukup lega dan boleh menghela nafas lega. Harus diingat juga, segala yang berlaku adalah atas pertolongan dan keiizinan ALLAH jua, kesedaran ini penting... mengelak diri dari menjadi sombong/angkuh dengan manusia, atau dengan ALLAH sekalipun.

P/s: Bukan senang nak buat program bila ada orang-orang yang dianggap penting di dalam sesuatu negeri/kerajaan. Apapun, pengalaman/kesilapan lalu banyak mengajar diri ini lebih berhati-hati di dalam melaksanakan sesuatu program/aktiviti yang ada kaitan dengan mereka. 

Rabu, 7 Disember 2011

Khazanah Cinta - Sila Beli!

Pernah tak baca entry Imma mengenai lagu Iskharah dari Mestika? kalau tak, sila klik sini 
Imma ada membelek-belek FB kak Mass Mohamad (Abe Razin's wife), tetiba terjumpa benda ni.

Actually, lagu Iskharah Cinta dimuatkan dalam album Khazanah Cinta.
>>>> Ya ALLAH, punya laa ketinggalan dalam perkembangan industri nasyeed. Dushh! Ketuk sikit kepala.. huhu... sowii ok abe Razin. Tak tau pun ada album ni...

Imma suka sangat kat lagu ni... maybe ada cerita di sebalik lagu ni.. sebab tu laa sampai 2 kali entry tentang lagu ni sahaja... hehe.. Apakah cerita di sebalik itu? hmm... biarlah antara Imma dan Dia sahaja yang tahu.
Bagi mereka yang betul-betul menghayati solat Iskharah dan doa selepas solat Iskharah... pasti senang nak memahami maksud lagu ini... Ouchh.. terlebih sudah.. ^.~

Rangkap yang paling Imma suka:
PERTAMA
Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar pahit yang kau sedia
sepenuh jiwa aku redho

KEDUA
Aku sujud penuh merendah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit Biar pahit
Yang diutus-Mu itulah
Kesempurnaanku...

Terpulang pada anda untuk menilai lagu ini... tapi pada Imma liriknya cukup puitis dan mendalam maksudnya....

*end*

#Istikharahlah... itulah sebaik-baik tindakan.

Selasa, 6 Disember 2011

Ada orang rindu saya... ^.^

Alahai adikku Fatyhah... =)

Akak pun rindu sangat kat awak...

Apakan daya... banyak program bulan ni, tak dapek nak date dengan awak...

Nanti akak belanja awak makan ye....

Alaa tomey...tomey... ^^

Isnin, 5 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru buat Izzah & Hezry (2 Disember 2011)

 Barakallah Izzah & Hezry
Sweet bangat Kamu berdua.. =)

 Reunion ngan adik-adik Persatuan Mahasiswa Hadhari (PMH) UiTM Shah Alam
Dorang ni sangat kuat bekerja dan punyai ukhwah yang mantap...
xde dalam gambar, Ain (yg ambik gambar kami ni haa)

Nak kek macam ni jugak.. boleh? ^.^

::P/s: Mode meraikan para sahabat dan adik-adik kahwin... bahagia lihat orang lain bahagia.

Sabtu, 3 Disember 2011

Hidup ini is so unsangkarable


UNSANGKARABLE????

Pernah tak tengok perkataan kat atas tu haa...
Ish... ni kes baca blog Abg Azli la ni...dah terjebak dengan salah guna perkataan Bahasa Melayu. 

tapi betullah.. hidup ini kita tak jangka apa akan berlaku di masa akan datang.
Misteri kan?
*
*
Hidup itu ibarat roda... 
Sekejap di atas sekejap di bawah... (ayat drama dalam tv)
Kita tak tau nasib kita...
*
*
*
Imma cuma nak share...
Apapun berlaku dalam hidup kita, kita mesti berani dan tabah dalam menghadapi
apa jua dugaan. Sebab disebalik yang berlaku ada hikmanya.
*
*
Imma teringat kata-kata seorang cendekiawan:
"Orang yang berjaya bukan dilihat berapa banyak dia gagal, tetapi orang yang bejaya dilihat
bagaimana dia berusaha untuk bangkit dari kegagalan" (lebih kurang macam tu bunyinya)
Cuba kita nilai orang yang berjaya yang berhampiran dengan kita.... setuju tak dengan kata-kata
di atas? 
Imma : "SETUJU!"

*
*
maka... jangan berputus asa.... 
kerna ALLAH sentiasa bersamamu...
InsyaALLAH... =) 

Ok sekian, motivasi pagi.. ;P

  -Google Image-
Copyright ©2006, Harimawan Latif iso 50
I took the picture very close to Borobudur Temple Central Java; I saw this scenery in this spot, which I thought it represented the Indonesia landscape….hopefully.
This Angel was interesting, because I could see three different contrast from the reflection of the clouds and coconut trees in the dark water (foreground), the rice field and the coconut trees in the distance (mid ground) and hill that covered by the shadow of the clouds and cloud it self (background). I want captured all these details in one shot.

#Imma memang suka tengok pemandangan kampung... suka sangat. Ini antara gambar yang berjaya mencuit hati Imma. Rasa nak masuk je dalam gambar ni, =)

Tq for sharing Bro ^.^

Gambar Program 2 Disember 2011 di SAR (KAFAI) Al-Humaira' Kg. Nakhoda, Batu Caves


Antara yang membantu... tq semua.


Penyampaian sumbangan bantuan pendidikan...


Lawatan ke tapak sekolah...

*
*
*
*
#Maaf ye tuan-tuan dan puan-puan... gambar yang kabur. Almaklumlah snap guna hp murah je. >.<
Tapi kira oklah kan? =)

huhu... sangat penat sebenarnya.
Tadi pun sampai kul 8.00 malam kat pejabat.
Allah mudahkan urusan Imma dan rakan-rakan hari ni. Alhamdulillah.. tq ALLAH.

-.- GOOD NIGHT...ZZzzz

Jumaat, 2 Disember 2011

Marah itu menakutkan?




Imma SUSAH | JARANG | TAK SUKA marah....

Tapi
*
*
*
Orang kata kalau Imma marah
*
*
SANGAT
*
Menakutkan
>.<
*
*
*
Yeke ke?
*
*
Macam tak caya je.... hehe...
Kalau nak tau ye ke tidak....
Cubalah buat Imma marah... hehe.. ^.^
*
*
*
Erm... Jangan marah-marah tau. Marah bila betul-betul perlu je.
Kalau kita selalu marah, orang pun takut nak dekat dengan kita.
Cuba bawak-bawak bersabar dan istighfar banyak-banyak.
Tarikh nafas dalam-dalam.... pegi jauh-jauh jangan dekat dengan orang...
Duk jauh-jauh... sambil tu... cuba perhatikan gelagat-gelagat orang... pastu kita fikirkan kebesaran ALLAH
yang jadikan manusia ni istimewa dan pelbagai jenis. InsyaALLAH marah kita akan reda. Jangan terlalu fikirkan | fokus kepada perkara yang buat kita marah...
Bila dah rasa ok nak cakap dengan orang.. baru cakap. Kalau tak, better don't!
*
*
Salam Jumaat penuh kebekatan buat semua. =)

*Hari ini Imma ada program di Batu Caves. Doakan segalannya berjalan lancar ye. =) nanti Imma ambil gambar dan upload kat sini. insyaALLAH.