Pages

Rabu, 30 November 2011

Tentang Dhia


Imma akan bagitau nape Imma suke sangat tengok citer ni...

Selain suke tengok Nora Danish yang sangat ayu... =)

*
*
*
Ok... nak sambung keje..

Sabtu, 26 November 2011

Salam Ma'al Hijrah1433H to ALL

  
*Credit to the designer... i dunno who, juz wanna say thanx to you. =)
Really like the PIC!

SALAM MA'AL HIJRAH 1433H TO ALL BLOGGERS & BLOG WALKERS! ^^'

Beri JawapanMU


Ya Tuhanku... Berilah JawapanMU...
Walau Sakit...
Walau Pahit...
Pasti aku akan redho sepenuhnya...
Kerana ku tahu Engkau lebih tahu apa yang terbaik buatku.
Ameen.

#Credit to Abe Razin & team (Mestica) for the great song. I luv the lyrics and the melody. Thanx Abe!

Selamat Pengantin Baru buat Izyan, Kak Ani dan Mudz

Ya ALLAH.. ngantuk yang amat neh.

Mata dah berair dah akibat terlalu mengantuk dan penat seharian bekerja.

Tapi, degil tak mau tido, nak jugak update blog... =) Imma nak share gambar kahwin sahabat-sahabat Imma yang kahwin minggu lepas. =) Imma minta maaf tak sempat gi kenduri kahwin Kak Ani dan Mudzil di Johor. Cuma sempat pergi kenduri Izyan di KL je. Maaf sangat... Imma ade urusan lebih aula untuk disiapkan. Apapun Imma still mendoakan kalian berada dalam keadaan baik selalu.


Oklah... selamat membelek-belek gambar ye.. =)

Omar Hafriz & Izyan
Izyan atau lebih mesra Imma panggil Yan ni Imma kenal sejak tahun 1999 lagi.
Kami sama-sama menuntut di SMK Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan. Kiranya, kami ni kawan lama dan kawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Izyan ni memang cantik dan bijak orangnye... selalu jadi rebutan masa zaman belajar dulu... at last dapat kat Omar si hensem man. =)
Yang buat Imma rasa terharu pulak, Izyan bertemu jodoh dengan anak seorang mak cik yang Imma kenal rapat. tak sangka... kecik sangat dunia ni. Imma lega Imma kenal Izyan kahwin dengan siapa dan punyai latar belakang keluarga yang baik-baik. 
Tahniah Izyan & Omar.... Semoga bahagia hingga ke syurga. Ameen.
*26/11/2011 kenduri belah Omar pulak... insyaALLAH Imma pergi, memenuhi jemputan Mak Cik Ani, Omar's Mom.


Amin (maaf tak biasa panggil abg) & Kak Ani
Kak Ani ni senior Imma di dalam NGO yang kitorang sertai. Orangnya baik dan comel.
Lama juga Imma kenal kak Ani ni, since 2007 tak silap. Imma suka menyakat Kak Ani, tak tau nape.. suke sangat usik dia. Maybe sebab Kak Ani ni nampak comel bila kene usik.. hehe.. Kak Ani pun caring orangnya, selalu jugaklaa Imma kene bebel ngan Kak Ani ni... hehe... mesti Imma rindu bebelan Kak Ani pasni.. hmm.. ;)
Selamat Pengantin Baru & Semoga Bahagia hingga ke syurga buat kedua mempelai.


Fadhilah & Mudzil   
Mudzil ni Imma kenal sewaktu Imma join SPIES (program motivasi anjuran Kerajaan Negeri Selangor). Waktu tu tahun 2009. Kami sama-sama jadi fasilitator. Dia ni kalau nak tau, terror bab ambik dan edit gambar... kamera SLR dia tu besar gedabak! Takut Imma nak pegang. Dia ni anak sulong... suke benor membebel kat Imma. Pastu suke pulak menyakat, dan tak leh tengok orang senang langsung...ada je point dia nak kenekan orang. Kami memang selalu perang mulut, haha... macam budak-budak kan? itulah cara kami bergurau... lagipun kami jarang jumpa sebab masing-masing bz dengan kerjaya masing-masing. Bertuah Fadhilah bersuamikan Mudzil, dia memang baik. =)
Selamat Pengantin Baru & Semoga Bahagia hingga ke syurga buat keduanya... =))
***27/11/2011 kenduri belah Mudzil pulak, insyaALLAH Imma pi. 

Alhamdulillah selamat sudah sahabat-sahabat Imma dinikahkan. Happy je tgk wajah dorang jelas terpancar kebahagiaan... semoga ALLAH memberkati mereka.. ameen. 

Ok, JOM TIDOQ... -.-
Salam...

Khamis, 24 November 2011

in LoVe?


Ok... Imma tak tau nape Imma upload benda alah ni tiba-tiba.

BLUR.... @.@  

MALU.... >.<

hahaha...

Ramai sangat sahabat-sahabat kahwin bulan November & Disember ni...
Tiba-tiba terase nak kahwin jugak.... (off record please....haha)

Ok tu jer nak update perasaan Imma waktu ini.

Percayalah, Imma sungguh stress amat.

tata...

Miss them so much...

Saje nak upload gambar adik-adik
Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)

Dorang ni pelajar batch ke-2
kat mana laa dorang sekarang. Semoga mereka menjadi orang yang berguna dunia akhirat..
ameen.

Gambar-gambar kat bawah ni kenangan semasa Program Pecutan Akhir SPM Perdana 2010.

Kenangan... Happy moment... ^^ 

 Pelajar-pelajar lelaki (Dewan Auditorium Jubli Perak, SUK Selangor)

Pelajar-pelajar perempuan (Dewan bankuet)

***Credit to my BRO... Abg Azli. =) yang snap gambar-gambar ni semua. Cantik kan? (kalau abg Azli baca ni, sure kemban setaman... hehe.... anyway, thanx bro!!

Rabu, 23 November 2011

Simple & Sweet

Seriously Imma sangat suka design baju ni...
Colour dia pun not bad.. simple & sweet je.



Risiko Kanser Perokok Pasif



APAKAH perasaan anda bila doktor memberitahu bahawa anda disahkan menghidap kanser paru-paru? Tambah memeritkan, kanser paru-paru anda kini berada di tahap empat - peringkat akhir di mana sel kanser dari tempat asal tumor telah merebak ke bahagian lain badan.

Mungkin ia sesuatu yang tidak menghairankan sekira anda adalah seorang perokok tegar. Penyakit berkenaan sememangnya dikenalpasti mudah dihidapi oleh mereka yang gemar merokok.

Namun, bagi mereka yang tidak merokok atau daripada komuniti perokok pasif, ia sesuatu yang agak mengejutkan.

Itulah yang dialami oleh Goh Sai Wah yang tidak pernah merokok seumur hidupnya. Namun, wanita berusia 58 tahun itu begitu terperanjat bila dikesan menghidap penyakit itu di tahap empat pada tahun lepas.



"Kanser paru-paru selalunya dihidapi oleh orang yang suka merokok. Tetapi, ini tidak bermakna mereka yang tidak merokok boleh selamat daripada penyakit ini (kanser paru-paru)," kata Pengarah Perubatan Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru, Dr. Beh Chor Khim kepada Bernama baru-baru ini.

Tidak kenal siapa

Ia adalah antara punca utama kematian dalam kalangan penduduk di seluruh dunia, dianggarkan 221,130 kes baru kanser paru-paru setiap tahun dengan angka kematian 156,940 di Amerika Syarikat pada tahun ini mengikut laman sesawang http://www.cancer.gov.

Manakala, statistik di negara ini pula menunjukkan penyakit berkenaan menjadi kanser yang paling kerap berlaku dan menyebabkan jumlah kematian paling ramai kira-kira 12 peratus daripada kesemua penyakit kanser dalam negara.

Ini berdasarkan maklumat yang dipetik daripada www.infosihat.gov.my.

Ini jelas menunjukkan penyakit ini tidak boleh dipandang ringan termasuklah bagi golongan perokok pasif.

Biarpun tidak merokok, tetapi kebarangkalian mereka mendapat penyakit berkenaan tidak dapat dinafikan terutama bagi individu yang tinggal di kawasan yang mempunyai tahap kualiti udara yang rendah.

Malah, dipetik dalam satu sumber berita individu berkenaan dilihat 20 peratus lebih berisiko diserang penyakit kanser paru-paru berbanding mereka yang tinggal di kawasan udara bersih.

Ini dapat dilihat apabila dianggarkan 3,000 kematian akibat kanser paru-paru dalam kalangan perokok pasif berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Senario ini jelas menunjukkan kanser paru-paru yang secara amnya terbahagi kepada dua jenis utama, kanser sel kecil paru-paru dan kanser sel bukan-kecil paru-paru, berupaya menyerang sesiapa sahaja.

Mengakui tabiat merokok sebagai faktor utama, Dr. Beh berkata pencemaran alam sekitar turut menyumbang kepada risiko penyakit berkenaan.

Ini kerana, mereka yang terhidu asap yang mengandungi asbestos (satu daripada enam mineral silikat digunakan secara komersial kerana ciri fizikalnya) menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat kanser paru-paru dan ia dikenali sebagai mesothelioma.

Selain asbestos, individu yang terdedah kepada persekitaran radon (gas radioaktif) juga berisiko mendapat serangan penyakit berkenaan.

Di samping itu, Dr. Beh berkata mereka yang lahir dari keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan turut mempunyai risiko mendapat kanser paru-paru.

"Terdapat kemungkinan sebanyak 30 peratus golongan yang tidak merokok mempunyai risiko untuk mendapat kanser paru-paru.

"Antara faktornya adalah seperti tekanan, cara pemakanan yang tidak sihat, penyakit jangkitan virus serta mereka yang terdedah kepada kesan radiasi," katanya.

Gejala

Mengakui agak sukar mengesan kanser paru-paru dengan lebih awal, kata Dr. Beh, kebanyakan yang datang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selalunya berada di tahap empat .

Bagaimanapun, seseorang itu boleh mengambil langkah pencegahan awal dengan melakukan pemeriksaan kesihatan komprehensif apabila mengalami batuk berpanjangan, kesesakan nafas, sakit dada, belakang, bahu, bengkak muka dan suara garau.

Tidak sekadar itu, gejala seperti sakit tulang, lemah atau kebas di kawasan tangan dan kaki, hilang selera makan, penurunan berat badan, lemah dan kekurangan tenaga juga perlu diambil perhatian.

Atas faktor itu, Dr. Beh menegaskan pemeriksaan kesihatan secara komprehensif amat penting dan bukan sekadar bergantung kepada ujian darah sahaja.

"Ujian darah sahaja tidak berkesan untuk mengesan sel-sel kanser. Disebabkan itu, perlu ada pemeriksaan menyeluruh seperti x-ray, ataupun menggunakan kaedah endoskopi untuk memeriksa bahagian dalam tubuh seseorang.

"Goh menjalani pemeriksaan darah secara rutin yang menunjukkan peningkatan petunjuk kanser dan beliau membuat keputusan menjalani PET CT yang menunjukkan beliau mengalami kanser pada peringkat empat," kata Dr. Beh.

Dr. Beh juga berkata, adalah lebih baik bagi seseorang individu itu melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh sekali bagi setiap tiga tahun apabila umur mereka menjangkaui 40 tahun.

Bila berada di tahap empat, selalunya dikatakan sudah terlambat untuk merawat kanser paru-paru.

Bagaimanapun, keadaan Goh berubah apabila wanita ini menjalani terapi Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV) di Jepun tahun lepas.

"Saya diberitahu tentang terapi HITV melalui Dr. Beh, dan kami pergi ke Tokyo untuk mencubanya," cerita Goh

Mengulas mengenai rawatan ini, Dr. Beh berkata, keputusan yang diperoleh amat mengejutkan apabila mendapat tahu bahawa kesemua sel kanser dalam badan wanita itu telah hilang.

— BERNAMA

Selasa, 15 November 2011

Dia baik, Kita doakan dia cay..

Mungkin saya tak mampu nak tolong dia...

Tapi saya perlu dekat dengan ALLAH agar ALLAH dengar permintaan saya...

Dunno why, nak sangat tolong dia... dari sinar matanya, dia sangat jujur dan ikhlas... saya rasa macam sedih sangat, napa dia yang baik macam tu boleh jadi 'pengkid'. Rasa macam tak boleh terima je...


Mungkin dia ada sebab yang kuat menjadikan dia macam tu.


Paling penting, doa harus diteruskan agar hidayah ALLAH sampai padanya.


Dia sangat manis dan baik...

Nurul Iman

NURUL IMAN

Satu nama yang telah menawan hati Imma.


Tak tau kenapa nama ni betul-betul buat hati Imma terpaut padanya dan pemunya nama ini. Mungkin, dulu nama ini menjadi tajuk lagu yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi nasyid Amar dan lagu tersebut meletop suatu ketika dahulu. Alaa.. zaman-zaman student dulu. ^.^

Pada Imma, nama ini punya maksud tersendiri... selain maksud cahaya keimanan. Tetapi pemunya nama ini punya pewartakan peribadi yang cukup cantik pada pandangan Imma. Macam Kak Iman, pengacara Solehah - Saluran TV Al-Hijrah tu. Cantik, lembut, bijak, merdu suaranya, solehah... aduh, Imma minat sangat dekat kak Iman. Dia beri inspirasi pada Imma untuk jadi macam dia suatu hari nanti. InsyaALLAH.. Ameen.. (berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari).

Irma Hasmie & Nurul Iman - Pengacara Solehah


Pernah terniat, nak bagi nama anak sendiri NURUL IMAN binti ******. Kalau panjang umur insyaALLAH. =)