Pages

Ahad, 20 Februari 2011

Solat Iskharah - untuk cari/dapat pasangan je ke?

PANDUAN SOLAT ISTIKHARAH

Istikharah bermaksud: Memohon kepada Allah agar diberi petunjuk untuk memperolehi pilihan yang terbaik dalam masalah atau hal-hal yang dihalalkan atau disyariatkan.

Sembahyang istikharah hendaklah mengikut cara yang telah ditetapkan iaitu dua rakaat dan berdoa dengan doa istikharah yang dibaca:

1. Dibaca doa istikharah setelah memberi salam sebagaimana mengikut kebanyakan ulama seperti ulama empat mazhab.

2. Menurut Ibn Taimiyah rahimahullah bahawa doa istikharah dibaca sebelum memberi salam, iaitu diwaktu sujud atau tahiyat.

3. Sebahagian ulama Syafieyah berpendapat doa itu dibaca pada saat sujud atau setelah memberi salam.

Para ulama Salaf as-Soleh sepakat bahawa solat istikharah hukumnya sunnah bukan wajib. Iaitu dikerjakan dalam hal yang dibolehkan atau sunnah ketika terjadi sesuatu yang sukar untuk memilih terutama dalam hal-hal atau masalah yang diwajibkan atau disunnahkan, seperti dalam menentukan waktu untuk menunaikan ibadah haji atau umrah tahun ini atau sebaliknya. Iaitu umrah terlebih dahulu atau haji?

Hukum sembahyang Istikharah menurut ahli sunnah wal jamaah yang bermanhaj salaf.










Sabtu, 19 Februari 2011

Kala malam...

Kala malam
Bulan terang bercahaya
Aku keseorangan di bilik ini
Menekan papan kekunci
berdetap detup bunyinya
Laptop toshiba besar skrinnya

Jauh di sana... dari tingkap aku melihat
Di padang lapang itu
Anak muda berkumpul
Malam kian tua
Namun tidak ada tanda anak muda itu mahu beredar
Muzik dipasang kuat sekali
Menggangu fokus ku untuk mencoret sesuatu
'vrooommmmmmmmmmmm!'
Deruman enjin mengaum bagai singa kelaparan
Aku mengeluh kecewa...
"Apa mereka mahu bikin?"

Esok hari kedua aku di sini
Akan ku pastikan segalanya lancar
Sukar atau senang akan ku teruskan jua
Keputusannya serah saja pada ALLAH
Yang penting usaha yang tekun aku curahkan

Ada bujang ada duda, ada janda ada dara
Ada suami orang ada juga isteri orang
Aku tersenyum manis tatkala melihat ragam mereka
Pelbagai gaya menarik perhatian
Itulah slot taaruf salam perkenalan

**********tamat**********

***entah apa yang aku merepek tika ini... otak tersangat penat tetapi mata masih segar... Perut lapar yang amat.. Aduh! Cepatlah tidur wahai diri, esok perlukan tenaga agar aku kelihatan segar...

Hmm... Selamat Malam Semua... =.=

p/s: status diri tika ini : celaru haru biru...

Rabu, 16 Februari 2011

Ada Hukum Jugak ke Kalau Percaya Rahsia Tarikh Lahir? - JOM BACA

Anda semua ingat lagi tak entry Imma yang lepas berkenaan dengan RAHSIA TARIKH LAHIR? Hmmm... tak sangka juga ada yang bertanya soal hukum. Ini menunjukkan si gadis ini begitu mengambil berat soal hukum dalam setiap perkara berkaitan dengan kehidupan kita... terutamanya bab Aqidah. Imma berterima kasih banyak-banyak sangat pada 'little_muslimah' yang bertanyakan perkara ini. Imma cuba mengkaji dan mencari-cari sumber yang boleh memberi jawapan kepada persoalan si gadis kecil molek ini.

Dalam masa yang begitu pendek, Imma sempat mencari dengan pertolongan Yang Berhormat Youtube dan Pakcik Google. Di bawah ini hasilnya... (Sila baca dan dengar dengan teliti)


Ustaz Asri - Bekas Mufti Perlis

Berikut pula sumber yang diperolehi melalui sebuah blog

http://masyitahazzahra.blogspot.com
(saya copy paste bagi menjaga keaslian sumber ini)

1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi).

Artikel yang perlu dibaca dan dikongsi bersama...(sangat penting)..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt

Sewaktu saya masih kecil di peringkat sekolah menengah rendah, horoskop adalah mainan biasa diri saya serta hampir keseluruhan rakan-rakan. Tidak membaca dan tidak memahami horoskop seperti ketinggalan zaman. Sebutan seperti “saya bintang cancer awak bintang apa?” memang menjadi lumrah di kalangan rakan sebaya saya malahan arang dewasa pun amat ghairah dengan horoskop ini.

HOROSKOP atau pun dikenali juga sebagai astrologi atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagitarius, Capricorn, Aquarius, dan Pisces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.

Berikut adalah jadual tarikh lahir dengan nama zodiac masing-masing iaitu :
Aries (March 22 - April 20)
Taurus (April 21 - May 21)
Gemini (May 22 - June 21)
Cancer (June 22 - July 22)
Leo (July 23 - Aug 22)
Virgo (Aug 23 - Sep 22)
Libra (Sep 23 - Oct 23)
Scorpio (Oct 24 - Nov 21)
Sagittarius (Nov 22 - Dec 21)
Capricorn (Dec 22 - Jan 20)
Aquaries (Jan 21 - Feb 21)
Pisces (Feb 22 - Mar 21)

Berikut pula adalah antara ramalan personality lelaki mengikut horoskop: yang saya ambil dari http://www.esempoi.com/personaliti/personaliti-lelaki-mengikut-horoskop/ :

____________________________________________________________

Aries (21 Mac - 20 April)
Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la….)
Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib.. sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.

____________________________________________________________

Dari laman memfokuskan horoskop seperti http://astrology.hotplugins.com/7824/ , dan laman-laman seangkatan dengannya pelbagai khidmat boleh diperolehi seperti:
Ramalan zodiak mengikut HARI, MINGGU, BULAN, TAHUN, KESERASIAN PASANGAN KEKASIH (COMPATIBILITY ROMANCE), RAMALAN KEWANGAN, CINTA ORANG BUJANG DAN SUDAH BERKAHWIN, PENYAKIT SETIAP ZODIAK, dsb

Disebabkan terlalu ramai meminati horoskop ini, media masa seperti surat khabar dan majalah masing-masing berlumba mengemukakan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari. Setiap hari media massa ini menyajikan pelbagai ramalan zodiak mengikut hari.

Pada hari ini bilangan media massa yang menyajikan pelbagai ramalan horoskop masih tinggi walaupun media massa ini adalah disasarkan untuk umat Islam. Hari ini horoskop juga disediakan bagi mereka yang ingin melanggan khidmat pesanan ringkas SMS. Bayar sekian ringgit setiap bulan dan ramalan zodiak akan terus ke handphone anda setiap hari.

Disebalik begitu ramai umat Islam yang begitu ghairah dan meminati ramalan horoskop ini di Malaysia, apakah sebenarnya hukum membaca dan membenarkan ramalan horoskop ini?

HUKUM MEMBACA DAN MEMPERCAYAI HOROSKOP/ZODIAKHOROSKOP DAN ASTROLOGI ialah ilmu yang digunakan bagi mencari maklumat serta ramalan terhadap perkara ghaib dari bintang-bintang serta bulan-bulan kelahiran seseorang manusia. Seringkali kita lihat horoskop seperti ini banyak dipaparkan di dalam majalah dan media massa terutamanya yang disasarkan kepada golongan remaja.

Ramalan Horoskop (Horoscope) DIPERCAYAI KONONNYA yang dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat peribadi dan ramalan nasib bulan-bulan dalam kehidupannya. Misalnya bagi mereka yang lahir di dalam bulan Oktober pada hari 24 sehingga 22 November merupakan mereka yang dilabelkan dengan bintang SCORPIO dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu. Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya .
(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ULASAN ULAMA TERKENAL YUSUF AL-QARDAWI (PRESIDEN PERSATUAN ULAMA' SEDUNIA) mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.

"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya. TELAH JELAS HUKUM SIHIR BAHAWA IANYA HARAM menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.

Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui . (Al-An am : 97).

IMAM BUKHARI RA telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah. Tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa MEMBACA DAN MEMBENARKAN RAMALAN HOROSKOP membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Astrologi China??? ”. Bagi mereka yang benar-benar mantap ilmunya, mereka akan terus menolak astrologi China ini.

ASTROLOGI CHINA membahagikan tahun-tahun kepada:
Tahun Tikus : 1948, 1960, 1972, 1984, 1996
Tahun Lembu : 1949, 1961, 1973, 1985, 1997
Tahun Harimau : 1950, 1962, 1974, 1986, 1998
Tahun Arnab : 1951, 1963, 1975, 1987, 1999
dsbnya

Astrologi China meramalkan setiap lelaki dan wanita yang lahir pada setiap tahun haiwan ini mempunyai personaliti dan ciri peribadi lainnya menyamai ramalan personaliti horoskop. Astrologi China ini juga meramalkan soal kehidupan, takdir, kekecewaan, nasib buruk serta nasihat untuk membaiki kualiti kehidupan. Banyak laman web di internet menyediakan khidmat ramalan astrologi China ini secara percuma.

Apa yang penting yang ingin saya tegaskan di sini ialah membaca dan membenarkan ramalan horoskop atau ramalan astrologi China hanyalah membawa kesengsaraan semata-mata kepada umat Islam.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop dan astrologi China membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop dan astrologi China ini, kini saya mengemukakan soalan, “bolehkah kita pula membaca dan mempercayai Ilmu Numerologi???

ILMU NUMEROLOGI adalah satu ilmu berkenaan cara-cara menghitung dan menggunakan angka-angka / nombor-nombor untuk mengetahui sifat manusia. Numerologi adalah bentuk tertua dari ilmu nujum / meramal. Asal usulnya tidak dapat dikenalpasti tetapi bangsa Mesir kuno, Babylonia, China dan bangsa lainnya mempunyai teori nujum dengan angka-angka. Konsepnya diambil berdasarkan fenomena alam seperti, pelangi warnanya 7 buah ada 12 beserta zodiaknya dan sebagainya.

Walau ada beberapa pengembangan variasi antara sistem-sistem numerologi, sebahagian besar didasarkan pada teori matematika Yunani, dan ahli falsafah seperti Pytahgoras. Ia (Pytahgoras) percaya bahwa seluruh alam maya ini dapat dihitung secara matematik, dan bahkan dapat dipersembahkan dengan angka-angka yang merupakan kunci alam maya ini.

Numerologi dikenali juga dengan nama numeromancy atau arithomancy, pernah digunakan sebagai bentuk ramalan umum. Pada masa kini, ilmu numerologi banyak digunakan berkaitan dengan analisa keperibadian dan potensi diri sahaja.

Dasar kepercayaan numerologi, bahawa angka-angka terutama angka primer iaitu 1 sampai 9, mempunyai pengaruh terhadap segala segi kehidupan dan keperibadian kita.

Untuk lebih memahami ilmu numerology (untuk kajian dan bukan untuk diamalkan), bolehlah pembaca melayari http://www.dewa.com/dagelan/nomor.htm dan banyak lagi laman lain di internet.

Di dalam satu laman web ada menyebutkan bahawa :
“Get Your Free Numerology Reading Here
This is the popular web site where you and your friends can all get numerology readings for free.
Scroll down for your free numerology readings.
Numerology can tell you secrets about yourself- how you see the world; how the world sees you, your soul's urge.
Know yourself better. Know your friends better.
Divine your future. ”

Melalui ilmu celaka Numerologi inilah maka timbul istilah nombor sial dan nombor bertuah. Mereka yang percaya kepada numerology ini menganggap bahawa nombor 13 adalah nombor sial. Inilah yang menyebabkan hotel tidak mempunyai tingkat 13 dan nombor bilik 13. Di kawasan perumahan pula agensi kerajaan bersama-sama memeriahkan ilmu numerology ini dengan meniadakan rumah yang bernombor 13. Perbuatan ini seolah-olah mendidik masyarakat Islam agar percaya dengan ilmu numerology.

Melalui ilmu numerology ini mereka menghasilkan Carta Ciri-ciri Nombor berikut:
Chart of Characteristicsof Numbers
1
unity, creation, independence
2
duality, emergence
3
power, generative force
4
solidity, dullness
5
sensuality, pleasure
6
perfection, harmony, balance
7
mysticism, psychic, magic
8
material, success, justice
9
spiritual, mental achievement

Melalui laman http://www.themystica.com/mystica/articles/n/numerology.html mereka mengajarkan bahawa nama "John Smith" has a numerological value of 8. From the Chart of Characteristics of Numbers 8 has the characteristics of material, success, justice.

Masalah yang ingin saya ajukan di sini adalah “ADAKAH ILMU NUMEROLOGI INI DIBENARKAN DALAM ISLAM?” Sebenarnya ilmu numerologi ini adalah ilmu nujum atau meramal yang duduk satu kapal dengan ilmu horoskop / astrologi dan astrologi China. Dan itulah juga sebabnya dalam banyak hal seperti di http://astrology.hotplugins.com/7824/ , ilmu sesat numerologi diletakkan satu kapal dengan ilmu meramal / nujum lainnya iaitu:

Horoskop
Chinese Astrology
Palmistry (imu menilik melalui tapak tangan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini adalah jelas bahawa membaca dan membenarkan ramalan horoskop, astrologi China dan numerologi membawa implikasi besar dalam bab hukum Islam. Apabila kita semua telah jelas dan mantap menghayati kesalahan beramal dengan amalan horoskop, astrologi China dan numerologi ini, kini saya mengemukakan soalan, “BOLEHKAH KITA PULA MEMBACA DAN MEMPERCAYAI ILMU RAHSIA TARIKH LAHIR???

Ilmu analisis rahsia tarikh lahir adalah satu cabang applikasi dari ilmu sesat NUMEROLOGI. Melalui nombor-nombor ini kelak ramalan akan dikeluarkan bagi seseorang mirip ilmu horoskop dan astrologi China.

Antara pelopor ilmu rahsia tarikh lahir di Malaysia ialah Dr Fadzilah Kamsah seperti di http://rahsia-tarikh-lahir.blogspot.com/2008/01/tip-mengenal-diri-sendiri-melalui.html dan Azizan Osman.

Mutakhir ini, akhbar-akhbar perdana banyak memuatkan kisah ilmu rahsia Tarikh lahir yang diterajui oleh Azizan Osman sebanyak dua muka penuh, waduh waduh masing-masing berlumba tolong menolong mungkin untuk saham ke neraka?? Dalam artikel ini dinyatakan bahawa telah lebih dari 10,000 orang yang mengikuti seminar kendalian Azizan ini walau pun belum sampai setahun. Begitu ghairah sekali umat Malaysia mempelajari ilmu nujum numerology yang dikendalikan Azizan ini.

Azizan menyatakan bahawa bahawa ilmu ini boleh digunakan untuk MEMILIH JODOH. Apa bezanya dengan ilmu memilih jodoh sebagaimana yang diajarkan dalam horoskop dan astrologi China?? Memangnya mereka adalah adik beradik.

Azizan mempelajari ilmu numerology ini mulai tingkatan 3 dan seterusnya mendalami ilmu ini daripada seorang orang bukan Islam dari Kanada bernama T Harve Eker di Singapura. Dialah mentor Azizan.

Azizan muila memasarkan khidmat mengajar ilmu rahsia Tarikh lahir ini mulai Jun 2008.

Azizan mendapat PhD Sains Metafizik dari Gordon University Florida. Memanglah lulusan sains metafizik mempunyai persamaan kerana mereka mempelajari ilmu yang lebih kurang sama. Ilmu aura chakra kuasa minda juga adalah bidang sains metafizik sama seperti ilmu numerology ini. Bagi orang bukan Islam ilmu meramal melalui tapak tangan (palmistry) pun mereka namakan sains metafizik.

Selain Azizan dan Dr Fadzilah Kamsah, terdapat ramai individu Islam lain di internet yang turut menawarkan perkhidmatan ilmu Rahsia Tarikh Lahir ini. Sedarlah bahawa ilmu NUMEROLOGY yang menjadi teras Ilmu Rahsia Tarikh Lahir adalah satu ilmu meramal atau ilmu nujum dan Islam adalah melarang sama sekali ilmu seperti ini. Hukum mengamalkan ilmu seperti ini adalah berat sebagaimana dinyatakan di atas dan apa yang lebih berat adalah dosa setiap pelajar yang diajarkan ilmu ini juga akan turut ditanggung oleh orang yang mengajarkannya.

Kepada mereka yang mengajarkan ilmu ini serta yang mengamalkan ilmu ini, bertaubatlah.

Sekian wallahua’lam...

Makna Setitis Air Mata Wanita

Salam semua, adakah anda seorang wanita? atau seorang suami kepada wanita? Anak kepada seorang wanita? pekerja kepada bos wanita? pelajar kepada seorang guru wanita? siapapun anda, saya yakin dan pasti anda tidak akan lepas lari dari berurusan dengan manusia bernama wanita.
Kadang-kadang kita terlepas pandang untuk memahami mereka yang bernama wanita ini dengan lebih mendalam. Apatah lagi di ketika dan saat itu mereka menitiskan air mata di hadapan kita... Aduh! Kaget guweh... apa nak dibuat nih....
Buntu bukan????

So jangan beratkan kepala anda untuk fikirkannya,
Jom tengok rakaman video di bawah yang Imma copy-paste dari
Yang Berhormat Youtube. =)







Selasa, 15 Februari 2011

Ini nombor saya, bagaimana dengan nombor anda?

Salam semua...anda semua dah cuba kira tarikh lahir masing-masing?
Bagi yang belum cuba sila ke halaman berikut:

(sila klik link di bawah)

Imma dah cuba step 1,2,3, dan 4.
dan di sini Imma paparkan keputusannya...

Menariknya!!! ^.^

***Walaubagaimanapun, Imma tidak paparkan keputusan nombor-nombor di Step 5. Tak pun kalau anda rajin nak tengokkan nombor Imma, silakan... =)


Contoh kiraan : Tarikh Lahir Afra Yuri

Nombor 1
  • Bijak *Syukur =)*
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader) *Alhamdulillah... dapat memimpin orang selain mahu dipimpin juga*
  • Tidak suka dengar arahan orang lain *exactly!!! tak tau laa camne nak ubah ni... =((*
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus.*adalaa jugak, kdg2 sampai menganiayai diri sendiri...sebab semua nak buat sendiri*
  • Suka memerhatikan orang *exactly!!*
  • Kreatif *Yup!Hiasan dalaman, photography, graphic design, video montage*
  • Banyak idea *tak berenti bercakap dan mengomen*
  • Pantang dicabar *Yap! tercabar sangat!*
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik *Selalu sangat orang kate sombong*
  • Berdikari *exactly! sejak tadika*
  • Positive thinking *kadang-kadang...*
  • Sentiasa nak menang *kalau dah benda betul mmglaa kita nak menang*
  • Keras kepala *hehehehheeee*
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam *sangat sensitif!!! berdendam???*
  • Selalu dipijak pijak *kene buli =(( *
  • Perfectionist *exactly!!!*
  • High expectation *erm....*
  • Terlalu berterus terang *yap!! terlebih jujur*

Nombor 2
  • Mudah keliru *Yap! terutama bab jodoh*
  • Susah buat keputusan *Yap! terutama bab jodoh, sampai pernah terfikir tak mau kahwin*
  • Easy to manipulate *hmmm....*
  • Ada kekuatan suara *Akui...kdg2*
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan *Kalau tertekan, akan dgn sendirinya pi window shopping or shopping*
  • Jujur *Yap!!! tak reti dah nak pusing-pusing*
  • Suka pada kebersihan *Setuju! Sila jangan sepahkan bilik saya!!!*
  • Tenang *Ada org ckp saya kelihatan tenang.... mungkin*
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat *hehehe.. *
  • Memahami *saya sgt paham ape yg awk ceritakan*
  • Mudah bersabar *Yap.... selalu... kene buli pun sabarrrrr*
  • Mudah simpati *setuju...terutama kat anak2 yatim, OKU, peminta sedekah, staf yang kene bt OT**
  • Mudah memaafkan *saya maafkan awak*
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan *setuju*
  • Sangat- sangat emosional *kdg2 bila sesuatu perkara telah diberitahu tp tak buat dgn baik mmg saya akan mengamuk, terutama pada lelaki*
  • High jealousy *erm.... =')*
  • Boleh dipercayai *saya akan simpan baik2 cerita ini*
  • Pengikut yang bagus *maybe kot*
  • Tahap kesabaran yang tinggi *yer.... saya setuju*

Nombor 9
  • Good in public relation *=) *
  • Senang dapat kawan *setakat ni alhamdulillah*
  • Suka bergaya kemas *yer...*
  • Senang menarik hati org tua *alamak, mesti mak mertua sayang nanti*
  • Bijak *syukur*
  • Global thinking *kdg2*
  • Penyayang *sangat2 penyayang*
  • Suka kongsi dan suka memberi *tak sampai ati tgk org lain tak de...*
  • Sensitive *mudah nangis...apabila tersentuh*
  • Ikhlas *Only Allah knows*
  • Romantis *ehehhh ^^*
  • Berbakat *adalah dalam perkara2 tertentu, terutama dalam bidang seni*
  • Understanding *untungnya sape jadi suami cik imma ^^*
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional *perkara2 tertentu*
  • Jiwang *setuju...^^*
  • Love yang over *kalau dah sayang... sayang sampai bila2 dan jaga betul2*

STEP yang ke-4
If the number inside the green box (Figure 4 below) is the same, in other words the number in the green box is same both left and right, u have "nombor cermin". Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular. Sila lah kembangkan hidung hehe. Means that you are able to be great and successful if you fully use your potential, know your potential and you follow the right direction@system that suits you. Sesiapa yang tidak ada nombor ini jgn gusar, kerana anda juga boleh berjaya.

*Imma memiliki nombor cermin ini. iaitu nombor 9. Kanan dan kiri bernombor 9. =)

Contoh kiraan : tarikh lahir Afra Yuri

Amaran keras: Jangan sesekali beriman kepada nombor. Ini sekadar ilmu hasil kajian yang telah dilakukan oleh seorang Profesor. Anda hendaklah yakin pada setiap ciptaan ALLAH, nombor ini hanya menunjukkan kepada kita bahawa tiada yang kebetulan dalam dunia ini yang telah ALLAH ciptakan. Gunakanlah potensi/bakat/ kelebihan yang ada ke jalan kebaikkan atau lebih tepat untuk agama. (ini adalah nasihat dari Naqibah saya) =)

Nabi Muhammad s.a.w - The Chosen One

Salam Maulidur Rasul Semua....!

Hari ini Imma akan ke Stadium Melawati Untuk Sama-sama Menyambut Maulidur Rasul. =)

Imma nak share video best dari Maher Zain... The Chosen One. Video mengingatkan kita kepada akhlak Rasulullah yang mana wajib kita contohi...

Maher Zain - The Chosen Oneماهر زين - المختار

Memilih Pasangan Melalui Ilmu Gelombang Frekuensi Pada Badan Manusia


"Dirimu enggang dan aku hanyalah pipit, manakan boleh kita bersama"

Kebanyakan manusia sudah terlalu tenggelam dgn sifat dunia yg fizikal, kecantikan luaran menjadi titik tolak dalam memilih pasangan dan disebabkan oleh itulah manusia semakin lama semakin menghias diri. Yang menutup aurat pun seperti telanjang kerana siapa akan perasan pinggangku yg ramping dan dadaku yg montok jika aku memakai pakaian yg longgar, lelaki juga tidak ketinggalan tetapi dgn lebih kepada duit, pangkat dan harta.

Melalui tv dan filem manusia teruja dgn kecantikan fizikal, kebanyakan hero dan heroin semuanya hensem dan cantik2 belaka jadi disebabkan kesan hipnosis tv, manusia semakin lama semakin memandang kecantikan luaran. Budaya melayu sendiri menitik beratkan kecantikan fizikal pasangan, sebab itu pengantin dikatakan "bak pinang dibelah dua". Tetapi realitinya ada pasangan yg tidak sepadan rupa parasnya, adakah ukuran fizikal menjadi syarat untuk menjadi pasangan yg sesuai dan hidup bahagia? Walaupun mungkin ramai yg berkata "aku tidak memilih rupa dan harta", akan tetapi pada hakikatnya itu selalunya menjadi pilihan utama.


Badan kita terbina dari berpuluh trillion sel2, sel2 ini pula terbina dari molekul2, jika dikecilkan lagi akan sampai ketahap atom, apa yg tinggal selepas atom itu pula hanyalah tenaga. Ya.. kita hanyalah tenaga yg dizahirkan. Ilusi "fizikal"nya kita ini hanyalah didunia yg sementara ini sahaja. Tenaga ini boleh dinamakan "roh" yg akan hilang apabila kita mati. Umpama jam yg berhenti berfungsi apabila kuasa bateri atau springnya hilang. Tenaga yg dimiliki oleh badan anda itu pula mempunyai gelombang frekuensi tertentu yg tidak boleh dilihat oleh manusia tetapi boleh dirasai. Setiap apa yg kita fikirkan, setiap emosi yg kita rasakan, setiap perasaan baik atau buruk, kelakuan dan tingkah laku positif atau negatif yg akan mencorak gelombang2 tertentu dari diri kita ini. Kekuatan dan frekuensi tenaga diri kita ini juga berkait rapat dgn dosa dan pahala yg dimiliki. Jenis dan sekuat mana gelombang frekuensi yg kita miliki dan pancarkan itu akan menjadi sebagai "label" diri kita untuk bertemu dgn pasangan yg serasi.

Sebab itu ada kalanya bila kita bertemu dgn seseorang yg tidak dikenali, walau pertama kali jumpa kita sudah boleh berbicara dgn selesa kerana kita berada didlm frekuensi yg sama, seolah2 sudah lama kenal, "aku ngam la dgn dia". "Ngam" itu disebabkan oleh gelombang yg kita pancarkan dari diri kita ini serasi dgn sahabat yg baru dikenali tadi. Jadi didlm bab memilih pasangan juga akan mengikut gelombang apa yg kita sendiri pancarkan, yg mana tanpa kita sedari.

Kewujudan frekuensi ini sudah terbukti dibidang sains, contohnya EEG (Electroencephalograph) yang mana gelombang frekuensi otak diukur dgn meletakkan alat pengesan dikulit kepala. Satu lagi teknologi mengesan frekuensi ini adalah MEG (Magnetoencephalograph) yg mengukur gelombang magnetik yg terhasil oleh otak. Dari otak anda juga isyarat tersebut akan disampaikan kesegenap tubuh anda baik dari sistem saraf mahupun endokrin anda (kimia emosi). Bagi manusia kebanyakan, pengetahuan mengenai wujudnya gelombang fikiran ini amat terhad dan tidak dihebahkan dgn meluas, mungkin kerana tidak dapat dilihat kaitannya dgn kehidupan, akan tetapi salah satu misteri alam yg diketahui melalui quantum fizik menyatakan yg kita semua berkait (entanglement) dgn satu ruang tenaga (energy field) yg tidak boleh dilihat. Bagaimana kita berinteraksi dgn ruang tenaga ini adalah dgn gelombang yg terhasil dari diri kita ini.

Berdasarkan rajah diatas, katakanlah anda sedang mencari pasangan dan anda memilih ciri2 fizikal iaitu rupa, pangkat dan harta sebagai syarat utama, katakanlah anda mempunyai gelombang X (1), anda bertemu dgn insan Y yg mempunyai frekuensi yg sama, apabila anda bertemu (2), gelombang yg terhasil menjadi semakin kuat (3). Sebab itulah pasangan yg bercinta ingin sering bertemu, ketika inilah amat terasa hebatnya percintaan dan semuanya indah2 belaka, apa yg buruk pada pasangan pada ketika itu tidak kelihatan kerana frekuensi untuk rupa dan harta menjadi lebih dominan.
Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg memilih ciri yg zahir iaitu keimanan dan ketakwaan dan anda tidak? Gelombang A & B apabila bertemu ianya menidakkan antara satu sama lain (3), tidak memberi makna. Sebab itu ada ketikanya anda bertemu dgn insan yg menarik fizikalnya tetapi anda tidak berkenan dihati. Bagaimana pula jika anda bertemu dgn insan yg beriman dan anda tidak berkenan? Mungkinkah keimanan anda tidak sama dgn dirinya?

Didalam AL Quran Surah An Nur, Allah berfirman bahawa lelaki yg baik untuk wanita yg baik sahaja adakah ia bermaksud baik dgn tingkah laku yg boleh dinampak sahaja? Contohnya bila berhadapan dgn seseorang yg kita ingin menjadikan pasangan, selalunya kita akan berkelakuan baik dan sopan, sedangkan perangai kita sebenarnya tidak (berpura2). Jika kita memilih paras sebagai ukuran, pasangan yg meminati kita juga akan mempunyai pemikiran yg sama. Sebab itu kebanyakan pasangan begini berakhir dgn perceraian kerana bila sudah kahwin dan kecantikan menjadi sudah serasi, baru sedar yg sifat dan sikap tidak serasi.

Rupa paras, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal yg apabila kita sudah lali dgnnya maka ia tidaklah lagi sesuatu yg dapat dirasai lagi. Umpama pertama kali anda memandu kereta baru, terasa canggihnya berbanding kereta lama, lama kelamaan sudah menjadi benda yg biasa. Begitu juga apabila mencari pasangan, kegembiraan yg dirasai diawal perkahwinan (memilih rupa dan harta) lama kelamaan akan luntur dan yg sifat2 yg buruk makin lama akan menyerlah. Sebab itu tahun awal2 perkahwinan dikatakan zaman toleransi, cuba bertolak ansur dan cuba saling memahami. Akan tetapi dizaman yg penuh keegoaan yg mana banyak ilmu rumah tangga dipelajari dari media TV dan filem, lancangnya mulut menjatuhkan talak atau menuntut cerai bukanlah perkara yg asing lagi.

Perceraian adalah sesuatu yg dibenci oleh Nabi, kerana apa? Kerana anak2 yg akan menjadi mangsa. Anak2 yg membesar dgn keadaan terbiar dan kurang perhatian tidak akan membesar menjadi insan yg hebat, mungkin tidak semua akan tetapi majoritinya golongan anak beribu bapa tunggal inilah yg akan selalu mempunyai jiwa dan kehidupan yg tidak bahagia apabila dewasa. Jadi disebabkan pentingkan diri sendiri dan ego baik lelaki dan wanita, anak2 yg menjadi mangsa. Anak2 ini yg menjadi generasi masa depan dan mereka juga akan cenderung kearah yg sama, kahwin dan cerai. Makin lama rosaklah generasi manusia itu sendiri.

Didalam hadis Nabi berpesan, pilihlah pasangan dari segi rupa, pangkat, harta dan agama, akan tetapi pilihlah agama dan kamu tidak akan rugi (Sahih Bukhari). Rupa, pangkat dan harta adalah ciri2 fizikal duniawi yg boleh dilihat dan dinikmati akan tetapi keimanan adalah sesuatu yg terlindung. Kita boleh nampak sidia itu kelihatan baik tetapi bagaimana pula dgn isi hatinya? Tanamkan niat memilih agama sebagai pilihan utama dan berbahagialah dunia dan akhirat.

Kita akan tertarik dgn insan yg mempunyai frekuensi gelombang yg sama dgn diri kita sendiri. Minda sedar mungkin berkata yg saya inginkan pasangan yg baik, jujur, berakhlak mulia dan sebagainya tetapi besar kemungkinan minda separuh sedar kita inginkan rupa, harta dan pangkat. Ini ditanam secara halusnya kedalam minda separuh sedar ketika manusia berada didlm keadaan ter"pukau" (hypnogogic trance) semasa menonton TV dan filem. Seseorang itu boleh berkata "aku tidak memilih rupa dan harta" akan tetapi minda separuh sedar besar kemungkinan tidak. Jika minda separuh sedar berpuluh2 ribu kali lebih hebat dari minda sedar, adakah pasti pilihan kita itu dari minda sedar yg inginkan agama berbanding rupa dan harta? Ada pasangan artis yg terkenal apabila ditanya wartawan, adakah rupa dan harta menjadi penentu, selalunya dinafikan, akan tetapi jika kedua2 mereka tidak berada didlm frekuensi gelombang yg sama, mereka tidak akan bersama. Yg sedihnya pasangan yg menjadi ramai peminat itu bercerai akhirnya, satu contoh yg tidah baik untuk peminat2 semua.

Semak diri sendiri gelombang frekuensi apa yg kita miliki? Layakkah kita bersama insan yg baik dan jujur jika kita sendiri tidak? Sebelum menyenaraikan ciri2 pasangan yg ingin dimiliki, senaraikan juga sifat2 diri sendiri, berusaha mengubahnya agar menyamai ciri2 pasangan yg di inginkan dan ini lebih memberi jaminan untuk kekal bahagia. Jika perkahwinan sekarang sedang goyah, ingat kembali atas dasar apa perkahwinan dahulu? Kita boleh berbohong dgn manusia lain dan berlakon berlagak baik lain tetapi tidak pada diri sendiri. Adakah insan yg kita cintai dahulu sudah berubah atau rupa, pangkat dan harta yg anda pilih dahulu sudah menjadi biasa lantas keburukan yg menyerlah?

Rupa paras, pangkat dan harta belum tentu menjamin kebahagiaan, hanya keimanan dan amal perbuatan yg baik sahaja yg akan berkekalan. Umpama dosa dan pahala yg tidak boleh dilihat, gelombang tenaga baik atau buruk yg dimiliki itu tidak boleh ditutupi dgn kepura-puraan. Inilah janji Allah bahawa lelaki yg baik itu hanya untuk wanita yg baik sahaja (dan sebaliknya), akan tetapi bukan baik dari satu sudut sahaja tetapi baik secara keseluruhan, dari gelombang tenaga yg dimiliki. Ikutlah pesanan Nabi agar memilih agama agar anda menjadi golongan yg beruntung, tetapi ini tidak bermakna pasanganku mesti insan yg solat lima kali sehari tetapi aku tidak.

Isnin, 14 Februari 2011

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Kaedah Metafizik

***Bagi mengekalkan keaslian penerangan yang diberikan oleh penulis (Cik Afra Yuri), saya copy paste semua sekali melalui webnya (alamat seperti di atas). Saya cuma share apa yang saya telah baca di webnya. Harap anda beroleh ilmu dan share pada rakan-rakan yang lain pula. =)

-----------------
Seminar yang saya pergi, Workshop Rahsia Tarikh Lahir – Kenali Potensi Diri diasaskan oleh Dr Azizan Osman. Ok who is this guy actually? Let me tell you a little bit about him. Hes DAMN RICH!! Ok relax afra..yela xpasal2 die berlagak kat kiteorg aritu kate porsche die nak keluar that day. Then kekasih pon cerita yang by giving free tix pon (which cost rm30 for registration), he still makes money. Well of course la u buat bisnes mestila u want untung kan? Cube korang darap rm30 dgn audience seramai 2000++, pastu darab 8 for the state hes going besides Malacca.
This seminar is running throughout the month of July and theres probably NO next year sebab di internet sudah ada org tiru whats he doing xpercaya sila google. Dr Azizan tgk org tu! Haha kidding (afra ko nk ngorat Dr Azizan kan?). God cube u bayangkan this guy trying to organize the same thing Dr Azizan does and it cost almost RM500! Gile hoh. btw harga sebenar seminar ni pon RM495. hehe..oh pandai kan main market? Haha. I rasa this guy punye seminar tak hot da sebab all the info is right on my fingertips bebeh. Plus beribu org dah pergi seminar ini and probably everyone knows the secret of everyone’s birthday kan?
Sebelum anda lihat penilaian based on tarikh lahir di bawah and go straight to the conclusion by saying that this is a scam atau tilik nasib, well go ahead. Tp I TAHU u dah take a peek from it, stalker!
The core reason for this seminar is to fully understand our potential, weakness and strength. We are able to fully recognize the character of our childrens, colleagues, friends, etc. Its not that u don’t take note of ur friends behavior for example, the purpose here is, can you manipulate them? Hehe tricky kan? Btw i forgot to add that you can determine from now on what career is suitable for your kids in the future. Because saya sepatutnya amek accountancy dah agak dah dari dulu mmg rase nk amek. (-__-'')
Mind you that this is called metaphysic approaches where it has been a research over thousand years ago. It recognizes peoples behavior and it has been experimented to billions of people so come on la, accurate dowh! Maybe for some reason u said its not accurate at all (the negativity), ok sebabnya u have change which is good or kamu mmg xnak mengaku. muahahaha. Well itu choice kamu. We can use this input and practice it in our daily lives/career/business so that we can sacked the negativity, improved our ability, cherish our positivity and take advantage of our potential.
"Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu jika dia tidak berusaha mengubah diri sendiri"

Let’s get down to business and Hit It!
STEP 1
For example my birthday is 19/03/1986. So put it this way:
AB / CD / EFGH. Please have calculator with you its faster.


Figure 1: How to calculate

Figure 2: Result of calculation



STEP 2

Look at my number outside the triangle on the left, how do i get 7+5= 3?
Yes the answer is 12. But 12 is a two digit number. So it is crucial that you bear in mind to change it to one digit.
12 ---> 1+2= 3
So the final number is 7+5= 3




Figure 3: My chassis number (in yellow box)




STEP 3
Determine your chassis number. My chassis number is 1-3-1 which i call my code number. So i have the number 1 and 3 like obvious afra.haha. I LOVE my number! In fact Oleen has the same as mine. Tp perangai kami xla sama 100%. Kan kan? hehe. Focus afra people want to know more!
Ok if you have the same code number mcm 3-3-3, its ok you are normal. Cuma u ada 3 times perangai yang dinyatakan. haha like me, i have two times number 1, so i bijak 2 times. gile perasan! haha. eh beb, itu Dr Azizan ckp k? ;P

1
WHO HAS IT? Kekasih, Najla, Zizie, Ita, Oleen, Fira, Ena, Mak mertua
  • Bijak *awww u shouldnt have..*
  • Boleh jadi pemimpin (natural born leader) *i mmg suka pimpin org tua lintas jalan*
  • Tidak suka dengar arahan orang lain *rules are meant to be broken*
  • Tidak percaya kebolehan orang lain. Dia rasa die lagi bagus. *erk?*
  • Suka memerhatikan orang *fira suka. sorry terlepas ckp*
  • Kreatif *kiteorg mmg suka gubah bunga*
  • Banyak idea *i rasa kambing patut duduk dlm kandang*
  • Pantang dicabar *cabar la lagi. i suka*
  • Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik *hai, saya afra dan saya xsombong*
  • Berdikari *xpayah tolong2 i can do it (berlagak siot)*
  • Positive thinking *saya pasti dpt kerja*
  • Sentiasa nak menang *hoi ni blog aku bukan blog kau!*
  • Keras kepala *kenapa kena mandi petang?*
  • Sangat sentisitif dan suka berdendam *watch out!*
  • Selalu dipijak pijak *aku pijak ko blk*
  • Perfectionist *ada taik gigi x?(malas tgk cermin)*
  • High expectation *chanel 2.55*
  • Terlalu berterus terang *i love my mom and dad*

2

WHO HAS IT? Mom, Marina, Mak mertua
  • Mudah keliru
  • Susah buat keputusan
  • Easy to manipulate
  • Ada kekuatan suara
  • Tidak boleh tertekan dlm membuat keputusan
  • Jujur
  • Suka pada kebersihan
  • Tenang
  • Dengar tapi tidak semestinya dia buat
  • Memahami
  • Mudah bersabar
  • Mudah simpati
  • Mudah memaafkan
  • Tidak tetap dalam membuat keputusan
  • Sangat- sangat emosional
  • High jealousy
  • Boleh dipercayai
  • Pengikut yang bagus
  • Tahap kesabaran yang tinggi

3

WHO HAS IT? Mom, Kekasih, Najla, Oleen, Zuret, Ena, Shidan, Bapak mertua
  • Aktif *Jom dating?*
  • Mudah popular *yeka?terharu haha perasan*
  • Menawan semasa muda *ini xbole belah. kembang semangkuk masa Dr Azizan puji*
  • Senang diberi tanggungjawab *hmm*
  • Mudah berkawan, kepoh *sape2 nak kawan sila email*
  • Baran *hoi ini blog...ok u get it*
  • Kerja siap cepat tetapi tidak sempurna *hmm*
  • Kurang kesabaran *xsabar dah ni nk convo*
  • Peramah *hai saya afra yuri*
  • Nafsu tinggi *erkk*
  • Suka mengikut fesyen terkini *chanel 2.55*
  • Semangat tinggi *chanel 2.55*
  • Kreatif *saya suka mewarna*
  • Artistic *gila xpernah rasa*
  • Egois *u got me here*
  • Suka kritik secara terbuka *bukan kritik tapi tegur*
  • Suka mengawal *ok mengaku*

4
WHO HAS IT? Marina, Fira, Mell, Ita
  • Suka merancang
  • Suka mencari ilmu dan belajar
  • Membuat kajian sebelum buat keputusan
  • Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
  • Bijak
  • Tidak mudah putus asa
  • Sukar simpan wang
  • Rajin. Kerja, etc
  • Keras kepala, susah ubah fikiran
  • Suka bersangka buruk pd org lain
  • Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
  • Suka logik
  • Tidak berani ambil risiko
  • Setia
  • Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu

5
WHO HAS IT? Dad, Zuret, Ena, Bapak mertua
  • Suka mencari peluang, arah dan direction
  • Workaholic *my dad, fuh sangat*
  • Suka travel
  • Mudah naik pangkat
  • Their motto is "Life is a learning process"
  • Ada genetic degil
  • Adventurous
  • Bertenaga
  • Citarasa tinggi
  • Bernafsu tinggi
  • Bijak
  • Berani ambil risiko
  • Minat berniaga (bisnes minded over gila)
  • Suka shopping dan boros
  • Angin turun naik
  • Suka bertangguh
  • Daya tarikan tinggi (charming)
  • Sexy (If perempuan) *zuret sexy?!wewit wewit haha*

6
WHO HAS IT? Mom, Ita, Bapak mertua
  • Mata duitan
  • Suka mengawal wang
  • High taste
  • Kekeluargaan
  • Pendamai dua pihak bertelagah
  • Jujur
  • Penyayang
  • Mengambil berat
  • Tidak pentingkan diri sendiri
  • Menegakkan keadilan
  • Tamak
  • Bijak

7
WHO HAS IT? Mak mertua, Mell
  • Love to argue
  • Senang dapat pengikut atau penyokong
  • Senang berkawan
  • Cerewet
  • Popular
  • Suka benda mistik
  • Suka berfalsafah
  • Pendendam
  • Analytical (suka kaji dalam2)
  • Ada kekuatan kerohanian
  • Good instinct
  • Sensitive with surrounding
  • Suka menyendiri
  • Suka berfikir

8
WHO HAS IT? Najla, Marina, Fira, Mell, Zizie
  • Bertanggungjawab
  • Boleh dipercayai
  • Pertahankan kawan
  • Keras kepala
  • Suka teratur
  • Suka membantu dan baik hati
  • Mudah simpati hingga tertipu
  • Mudah tertekan, tak reti have fun.*Dr Azizan ckp their face selalu masam jer. yeke?*
  • Instinct hebat, boleh jd bomoh
  • Setia
  • Materialistik
  • Suka kuasa
  • Ambitious

9
WHO HAS IT? Dad, Kekasih
  • Good in public relation
  • Senang dapat kawan
  • Suka bergaya kemas
  • Senang menarik hati org tua
  • Bijak
  • Global thinking
  • Penyayang
  • Suka kongsi dan suka memberi
  • Sensitive
  • Ikhlas
  • Romantis *awww i loike*
  • Berbakat
  • Understanding
  • Gentleman (if lelaki)
  • Emosional
  • Jiwang *Ini paling xboleh belah. I smiled to him writing it*
  • Love yang over *tak over lah. bagi la lagi.hehe*



STEP 4
If the number inside the green box (Figure 4 below) is the same, in other words the number in the green box is same both left and right, u have "nombor cermin". Maksudnya? Anda mudah hebat/popular dan sepatutnya jadi org hebat/popular. Sila lah kembangkan hidung hehe. Means that you are able to be great and successful if you fully use your potential, know your potential and you follow the right direction@system that suits you. Sesiapa yang tidak ada nombor ini jgn gusar, kerana anda juga boleh berjaya.

Figure 4





STEP 5
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used for combination of the number below. For example i have number 1, 1, 1, 2, 3, 3, 3, 4, 5, 5, 5, 6, 7, 7, 7 and 9.

And here are the meaning if you have the combination of:

1 2 3 @ 1 2 *i have*
  • Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
  • Boleh ckp laju
  • Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
  • Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
  • Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)
4 2 6 @ 2 4 *i have*
  • Pandai ceramah dan syarahan
  • Suka share ilmu
  • Boleh jadi motivator

8 4 3
  • Mudah bosan
  • Banyak angan2
  • Sukar berjaya if not focus
  • Selalu cari peluang baru/kejayaan
5 7 3 *i have*
  • Senang bergaul dengan vip/atasan
  • Orang atasan senang percaya cakap dia
  • Senang disabotaj, senang sabotaj org
9 1 1 *i have*
  • Suka berdikari
  • Susah ada partner sendiri dlm syarikat
  • Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
  • Suka buat keputusan sendiri
  • Boleh jd org tengah
  • Mudah berjaya atas usaha sendiri
  • Keras kepala
  • Senang dikhiniati org
1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6
Suka fikir dalam2, xsuka share, mudah kecewa, tekanan emosi
4 5 6 *i have*
  • Bole jd akauntan dan uruskan kewangan (Yeah Dr Azizan ckp pekerjaan sesuai adalah accountant!blurgh lagi)
  • Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang.
9 9 9
Banyak peluang dalam hidup hingga jadi tamak, kesunyian, suka tinggal tmpat dikelilingi pokok
3 3 3 @ 8 8 8 *i have*
  • Mudah tertekan
  • Panas baran
  • Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
  • Pendendam
  • Degil
  • Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!
4 5 9 *i have*
Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat
6 7 *i have*
Senang belanja org
1 5 6 *i have*
Kerja outstation rezeki lebih baik
1 8 9
Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan
8 3
Suka aktiviti luar rumah, xsuka stay in ofis@rumah
3 3 6 *i have*
Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

7 2 9 @ 2 7 @ 2 5 7 *saya ada dan saya suka yang ini.hehe*

  • Ada pelaris semulajadi
  • Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
  • Menawan
  • Senang dapat penyokong/pengikut
  • Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
  • Mudah disabotaj
  • Kawan tidak setia sebab jealous!
  • Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to us bebeh!
  • Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!

P/S: So which one is yours?