Pages

Jumaat, 28 Januari 2011

Dia Pergi Dulu.... Coretan buat sahabat-sahabat

27.1.2010 (10.00 malam)

Ketika itu aku dan sahabat-sahabat lain berada di rumah ibu Lin menghadiri Usrah bulanan. Ibu memulakan usrah kami dengan menceritakan kronologi pemergian sahabat Ibu yang juga pengetua Sekolah Rendah Islam Hira', Klang yang pertama. Kata Ibu mereka berkenalan semasa belajar di UK. Ibu bercerita pada kami dengan bersungguh-sungguh dan menyatakan keterujaannya terhadap sahabatnya yang dikata baik budi pekertinya apatah lagi arwah seorang pendidik, pendakwah.

***
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Kami masih meneruskan usrah dan Ibu meminta salah seorang daripada kami membuat analisis SWOT terhadap diri sendiri dan niat agar sahabat-sahabat dapat mengenali dirinya, juga dirinya lebih mengenali siapa dirinya.

Sebelum seorang sahabat kami melaksanakan tugas yang diberi Ibu, tiba-tiba Kak Ina bersuara:"Ibu, emmmm... sebelum kita teruskan, saya nak umumkan sesuatu..." waktu ini tiba-tiba jantung ku berdegup kencang... terpandang Kak Izzah di sebelah Kak Ina sedang menahan sebak. lalu Kak Ina meneruskan kata-katanya (membacakan mesej yang tertera di skrin telefon bimbitnya) :"Al-Fatihah. Dapat call dr ayah Sa'dah, beliau telah kembali menghadap Illahi 30 minit yang lalu. Jenazah masih di hospital" suasana sunyi seketika, tiada yang bersuara. Wajah Saadah sahabat ku tiba-tiba menerpa di ingatan. Terbayang dirinya yang terlantar di hospita Ampang. "Allah.... Saadah, kau pergi dulu meninggalkan kami"

Akhirnya Ibu bersuara, "Ibu rasa, u oll pun dah tak dapat nak teruskan usrah kita ni, perasaan kita sudah tak menentu dan Ibu rasa kita berhenti setakat ini. Pergilah ziarah dia..." Ya ALLAH, rupanya cerita ibu tadi ada kaitan dengan kami, agar kami terlebih dahulu bersedia untuk mendengar berita pemergian Al Marhumah Saadah.

Kami kemudiannya merancang untuk konvoi ke rumah arwah malam itu juga... memandangkan berita tersebar, ramai sahabat yang ingin konvoi bersama, dan kami bertolak dari rumah jam 1.30pagi dengan berbekalkan alamat yang dikirimkan kepada kami.

28.1.2010 (1.30 pagi)

Sesungguhnya badan saya begitu penat, namun digagahi juga untuk memandu, hampir-hampir juga terbabas, namun alhamdulillah ALLAH masih selamatkan kami.

Sampai di rumah arwah, jam hampir 3.30 pagi... masih belum ramai orang yang datang. Hati sayu sangat ketika melihat sekujur tubuh dibaluti kain batik dan bahagian kepalanya ditutupi kain tudung bawal putih terbaring di ruang tamu. Berat kaki nak melangkah menghampirinya. namun harus digagahi jua. Aku memilih untuk berada di sebelah arwah, kain yang menutupi wajahnya dibuka.... ku tatap wajahnya... lama ku tatap... aku rakam beberapa detik untuk disimpan di dalam hati. "Saadah.. akhirnya kau pergi juga setelah setahun lebih kau menderita, pergilah kau menemui ibu mu di sana..."

***Kami membaca surah Yassin dan doa untuk arwah

Seusai membaca Yassin, aku dan sahabat ke bahagian dapur untuk bertanya khabar berkenaan pemergian Saadah.

Mengikut cerita Ibunya (tiri), Saadah memang dah sihat cuma dia perlu mendapatkan rawatan setiap bulan di Hospital Ampang. Cumanya kali ini, Saadah kata dia dah tak tahan sangat dah, tak lalu makan, masuk ubat kemudia muntah balik.. Dia demam. Ayah dia bawa ke hospital kemudian doktor kata sel darah putih dia semakin kurang dan antibody dia sangat-sangat lemah. Saadah diasingkan dari pesakit lain kerana bimbang dijangkiti kuman dan mudah untuk sakit. Tiba-tiba semalam dia kata dia sesak nafas, kemudian doktor pindahkan dia ke wad ICU. kamudian dia pergi dengan mengejut.... yang ada dengan dia waktu tu cuma ayah dia sahaja. Adik-beradik dia semua tak de dengan dia, ayah dia masih terkejut sebab sebelum ini dia memang sihat."

Perubahan pada arwah sebelum dia pergi, kata ibunya:"sebelum ni kalau nak masuk Hospital, dia bawa baju banyak, makanan banyak... tapi kali ni sedikit sahaja... makcik tanya juga, kenapa tak bawa banyak, dia cakap tak pe. Masa dia di hospital makcik cakap hujung minggu boleh laa berkumpul adik beradik, bawa dorang datang sini jenguk Saadah. Tapi dia seakan-akan tahu yang dia memang tak sempat dah jumpa adik beradik dia..." hmmm sedih sangat. ='(

***
Aku sempat mengucup dahi arwah, berbisik di telinganya... :"Saadah, Kak Lin (Fazlina Samsudin) kirim salam pada Saadah. Saadah.... Imma redho Saadah pergi dulu... Imma maafkan Saadah, Imma halalkan semua yang berlaku antara kita. Semoga Saadah tenang di sana ye... Assalamualaikum w.b.t"

Alhamdulillah, lega dapat meluahkan kata-kata di telinganya. Semoga dia pergi dengan tenang.

***5.00 pagi tiba di rumah.

28.1.2010 (12.30 t.hari) - tiba di Surau Kg. Seri Kundang, Kuang.
Sekali lagi pergi menziarahi arwah, kali ini ramai sahabat-sahabat kampus UiTM datang. Yang lama tak berjumpa turut hadir. Hati sedikit gembira dapat bertemu sahabat-sahabat lama. Neng Animurni dan Suami, Kak Labibah dan Suami, Kak Syafini, Kak Khulailah dan suami, Maizan, adik-adik PMH... Kak Bushro, dan ramai lagi muslimin dan muslimat.

Kali ini, arwah dikapankan, sekali lagi aku sempat menatap wajahnya.... SubahaALLAH, kali ini berseri, tenang saja wajahnya... macam tidur!!! tenang sangat-sangat. Macam tak puas tengok.

Seusai solat Jumaat, disambung dengan Solat Jenazah dan kemudiannya di bawa ke Tanah Perkuburan. Alhamdulillah aku dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain menghantarnya hinggalah tanah menjadi pemisah antara kami. Terputuslah sudah hubungan jasad sesama kami., namun rohnya tidak. 25 tahun dia pergi.. usia yang masih muda dan dapat dia bertemu ibunya yang sememangnya dia tersangat rindukan Ibunya.

Nurussaadah binti Jamaludin
Kau Sahabat Kau lah teman sejati
Pergimu di malam Jumaat yang sepi
Tiada siapa menjangka pergimu di saat ini

Namun ku percaya
Telah tibanya saat waktu kau tinggalkan kami
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Perjuangan kita di kampus tinggal kenangan

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabat kau teman sejati


***Antara kata-kata sahabat tentang dirimu.
1) "Saadah susah nak menolak kalau minta tolong, dia pasti penuhi permintaan kita"
2) "Saadah ni, walau penat macam mana pun dia tetap akan buat kerja yang diberi, amanah yang diberi."
3) "Masa kat kampus dulu, kalau esok ada test dia tetap datang usrah... dia komited"

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



Kenangan terakhir aku dan dia... di Facebook (ketika ini dia sudah beransur pulih)


Saadah, Terima kasih kerana sudi hadir di laman FB Imma...

Al-Fatihah...

Perginya Seorang Sahabat - Nurussaadah binti Jamaludin

Salam semua sahabat-sahabat...

Mohon semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat Imma yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada jam 10.30 tadi.

Berikut adalah makluman untuk semua sahabat:

Jenazah akan dimandikan pada hari esok jam 10.00 pagi dan seterusnya disolatkan selepas solat Jumaat esok.

Alamat rumah Al marhumah:

B140, kg. Melayu Seri Kundang, Kuang, Selangor.

InsyaALLAH Imma dan sahabat-sahabat akan ke rumahnya untuk ziarah. Sesungguhnya kami benar2 terkejut dengan berita ini.

Kebaikkan mu ku Kenang, Senyuman mu ku rindu... tenanglah mu di sana... Al-Fatihah.




Khamis, 27 Januari 2011

Nobody's Child


Sebenarnya lagu ini diperkenalkan oleh Ibu Lin (My English Teacher) semalam. Waktu kelas ibu share lagu ni dengan anak-anak muridnya dan Ibu menulis beberapa keratan lirik di papan putih. Tak semena-mena Imma minta Ibu nyanyikan lagu ini untuk kami... ternyata lagu ini sangat sedih. hm... terutama mereka yang tinggal berjauhan dengan mak dan ayah... macam Imma. ='(( huhu...

layan.... ^.^


Rabu, 26 Januari 2011

Suatu Penantian

Suatu Penantian
Demi sebuah impian
Moga kan jadi Kenyataan

Tika diri ini sendirian
Melayani hati dan perasaan
Aahh! Berkecamuk tak keruan

Di keheningan malam yang indah
Membangkit diri menghampar sejadah
Ku Sujud menghadap Ya Allah
Mengharap redho dan barakah

Berjanji setia dia dan aku
Mengharap kasih bersemi di situ
Ikatan keikhlasan jadi penentu
Supaya kasih ada bertuju

Mata bertentang hati bergetar
Mengucap Syahadah lidah terketar
Pesan Ibu selalulah Istighfar
Pendinding diri jauhi yang mungkar

Bagai pinang dibelah dua
Menjadi bualan orang tua-tua
Ingatlah ALLAH syariat terjaga
Bertemu jodoh maruah terpelihara

Idea asal : Cik Imma
Gubahan : Cik Imma



Khamis, 20 Januari 2011

Hey Ladies Jangan Dibilang Lemah!

Salam, hehe... tajuk aje gempak... yang penting nak share info di bawah ni. Wanita-wanita sila jaga kesihatan kamu! Jangan dibilang lemah tau! =)

MANFAAT SENAMAN TAI CHI

Mana lebih baik, senaman cergas atau yang ada pergerakan perlahan? Sukar membuat perbandingan untuk menentukan mana satu lebih baik kerana masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Pilihan ada di tangan anda, kedua-duanya akan memberi manfaat kesihatan asalkan ia dijadikan amalan harian.

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan untuk memilih jenis senaman ialah keupayaan dan keadaan kesihatan anda. Ini penting, terutama bagi mereka yang mengalami masalah sakit sendi, sama ada disebabkan artritis, berat badan berlebihan atau penyakit lain.

Bagi kumpulan ini, pergerakan cergas boleh memburukkan lagi keadaan kerana ia memberi tekanan berlebihan kepada sendi bahagian kaki.

Untuk kes begini, jenis senaman yang ada pergerakan perlahan dan lembut seperti tai chi, yoga atau qigong lebih sesuai. Ia bukan saja boleh membakar lemak, tetapi pada masa sama membantu mengekalkan kestabilan dan memberikan ketenangan fikiran.

Berdasarkan sejarah, tai chi adalah sejenis seni mempertahankan diri yang diamalkan lebih 2,000 tahun dulu di China. Namun pergerakannya yang lembut dan kurang memberi tekanan pada kaki menjadi antara senaman yang boleh merehatkan badan dan minda, kata guru tai chi, Sim Eng Ket.

Ada banyak jenis pergerakan tai chi, tetapi semuanya dilakukan secara perlahan dan lembut yang disertakan pernafasan dalam serta meditasi. Ada yang menggelar tai chi sebagai meditasi bergerak. Tai chi sesuai diamalkan semua peringkat umur dan tahap kesihatan, tetapi lebih popular di kalangan orang tua kerana pergerakannya lembut dan kurang tekanan.

Ramai menjadikan tai chi antara cara mengawal masalah kesihatan. Menurut Sim, tai chi bukan bertujuan merawat masalah kesihatan, tetapi senaman ini jika diamalkan boleh membantu meningkatkan daya ketahanan, kekuatan badan dan ketenangan fikiran.

Walaupun tidak banyak penyelidikan klinikal dijalankan untuk mengetahui semua manfaat tai chi, beberapa kajian mengesahkan dakwaan kebanyakan pengamalnya melaporkan mereka berasa tahap kesihatan secara keseluruhan bertambah baik.

Ketika bersenam, fikiran anda tertumpu pada pergerakan dan pernafasan. Gabungan dua perkara ini secara tidak disedari membuatkan anda berasa tenang. Ini sebabnya ia baik untuk individu yang dalam keadaan resah atau tertekan. Malah, kesan tenang ini berlanjutan lama selepas sesi senaman tamat.

Guru tai chi terlatih dan bertauliah akan mengajar teknik pernafasan betul serta pergerakan tertentu bagi membantu mengurangkan masalah anda untuk diamalkan di rumah. Mereka juga boleh mengajar teknik senaman selamat jika anda mengalami kecederaan atau masalah kesihatan tertentu.

“Untuk melakukan tai chi, anda perlu menumpukan fikiran dan mesti ada keharmonian antara fikiran, pergerakan serta anggota badan. Tai chi tidak memerlukan pakaian khas asalkan selesa. Ia boleh dilakukan di mana saja, sama ada di dalam atau luar bangunan, namun ada kelebihan jika bersenam di taman kerana kita dikelilingi banyak tenaga (daripada tumbuh-tumbuhan).

“Semua pergerakan tai chi mesti dimulakan dengan merehatkan seluruh badan, termasuk fikiran. Fikiran mesti dikosong dan ditenangkan. Lupakan seketika semua masalah dan beri tumpuan pada senaman,” katanya pada Kongres Awam Kesihatan Tulang dan Sendi anjuran Yayasan Artritis Malaysia.

Antara ciri penting untuk melakukan tai chi ialah:

# Merehatkan badan dan fikiran. Mulakan dengan mengosongkan fikiran, perlahan-lahan rehatkan bahu, badan, tangan dan beralih ke kaki

# Memberi tumpuan dan berfikiran positif. Sim berkata, pesakit perlu ada semangat kuat dan berfikiran positif. Jangan sentiasa memikirkan diri sendiri sebagai pesakit kerana ia hanya membuat mereka berasa sedih. Pemikiran negatif seperti ini boleh menjejaskan semangat dan tindak balas badan terhadap rawatan. Sentiasa beritahu diri sendiri, anda boleh menjalani kehidupan seperti atau lebih baik berbanding orang sihat.

# Pergerakan perlahan — Pergerakan perlahan sebenarnya ada rahsia tersendiri kerana ia boleh mengumpulkan tenaga atau chi pada pengamalnya. Apabila melakukan satu-satu pergerakan secara perlahan-lahan, anda berasa seolah-olah tenaga ‘mengalir’ ke dalam badan atau anggota digerakkan. Pergerakan perlahan juga boleh membantu memperbaiki dan melancarkan aliran darah.

# Keharmonian — Ini adalah ciri penting kerana pergerakan, pernafasan, tumpuan dan tenaga perlu dilakukan secara harmoni. Ia dapat dicapai melalui latihan. Jika diamalkan, tai chi boleh membuatkan seseorang menjadi ketagih untuk meneruskannya.

Sama seperti senaman lain, pergerakan tai chi merangsang badan untuk menghasilkan hormon endorfin yang membuatkan seseorang berasa ‘selesa dan gembira’. Ini yang dinamakan ketagih positif kerana ia mampu membantu pengamalnya lebih sihat, tenang dan bertenaga.

# Seni mempertahankan diri. Seperti disebut di atas, tai chi adalah seni mempertahankan diri dan bukan senaman. Bagaimanapun, pergerakannya yang lembut dan perlahan membuatkan ia juga sesuai dijadikan senaman, terutama bagi orang tua dan individu yang tidak boleh melakukan senaman cergas.

“Ramai tidak percaya bagaimana tai chi yang mempunyai pergerakan perlahan boleh dijadikan seni mempertahankan diri. Ramai tidak sedar, setiap pergerakan tai chi boleh dijadikan pergerakan untuk menahan dan menyelamatkan diri apabila diserang. Bagaimanapun, teknik ini perlu dipelajari dengan tekun dan sabar.

“Yang lebih penting ialah melindung dan melawan penyakit. Ini sebabnya sesetengah orang menggelar tai chi sebagai ‘tinju bayang-bayang’. Jika dijadikan amalan, tai boleh membantu anda mengawal penyakit di samping pengambilan ubat secara teratur seperti diarah doktor.

“Tai chi bukan penawar atau penyembuh penyakit. Individu yang menghidap penyakit mesti mengambil ubat seperti dijadualkan. Kebergantungan terhadap ubat mungkin boleh dikurangkan melalui senaman yang teratur, asalkan ia dilakukan dengan sabar,” katanya.

Walaupun pergerakannya lembut dan perlahan, seseorang disaran tidak melakukan senaman tai chi dalam beberapa keadaan iaitu sejurus selepas makan, terlalu penat, ketika mengalami jangkitan atau jika penyakit dalam keadaan aktif.

Tai chi juga boleh dijadikan cara mudah untuk berehat iaitu dengan berdiri tegak, tangan lurus di tepi dan lidah menyentuh lelangit. Pada masa sama rehatkan kepala, bahu, dada dan seluruh badan. Perlahan-lahan bengkokkan lutut, tahan seketika dan kembali ke posisi asal (berdiri). Lakukan beberapa kali mengikut kemampuan.

Manfaat

# Memperbaiki kekuatan, koordinasi dan keanjalan sendi

# Mengurangkan kesakitan dan ketegangan sendi

# Menambah kestabilan badan dan mengurangkan risiko jatuh

# Membantu tidur dengan lebih baik (tidur lebih lena dan tidak mengantuk pada waktu siang)

# Memperlahankan proses kehilangan tulang pada wanita selepas menopaus

# Melancarkan aliran darah

# Merendahkan tekanan darah

# Meningkatkan fungsi fizikal

# Mengurangkan rasa sakit

# Mengurangkan tekanan

# Meningkatkan kepekaan fikiran dan deria secara keseluruhan

# Menjadikan fikiran lebih tenang

Cuti Itu Best

Salam semua... Selamat Pagi! =) mulakan hari dengan senyuman, bahagianya.... =)

Alhamdulillah, seusai solat Subuh Imma bersiap untuk ke Masjid Negeri/ Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam) untuk jogging. Semalam, lepas kelas dah janji dengan Kak Ju dan Kak Harisah nak jogging sama-sama. Jam 7.00 pagi !

Sampai di masjid, terus parking kereta kat area jam besar masjid (sambil-sambil nak tergelak dengar panggilan hangit di Hotfm. Orang ramai dah mula datang, ada yang datang dengan family, ada yang datang dengan ehem ehem dia, ada yang datang sorang macam Imma ni... apa pun semua yang datang nak bersenam. =)

Tunggu punya tunggu dorang tak sampai-sampai. Hmm, lewat lagi... =(( Kak Harisah pulak tak jadi datang... katanya nak ke Tenang, almaklumlah tengah hangat sekarang ni kat sana. di pendekkan cerita, Kak Ju, Imma dan ditambah lagi seorang, Siti...(tiba-tiba je jumpa Siti). Semua perancangan ALLAH. Janji dengan orang lain tapi yang jadinya dengan orang lain. (kalau kahwin camne laa gaknya... bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain.. whatever >,< Allah knows everuthing. Kami mula dengan senaman ringan dulu baru start jogging. Memang best sangat-sangat jogging kat Tasik, ramai pulak tu orang. Pendek kata, meriah sungguh. Lepas kami jogging, kami join group senamrobik yang dibayar oleh MBSA. Mula-mula sikit, makin lama makin ramai pulak join. Terasa peluh menitik-nitik. =) kemudian, lepas senamrobik, disambung pula dengan senaman Taichi. Sapa yang nak join boleh stay, dan tak nak boleh laa balik. Tiada paksaan, everyone is free to join or to leave the group. Seumur hidup Imma, ini lah yang pertama Imma join/buat senaman Taichi... memang betul-betul best. Kene fokus, tenang... rasa diri ini macam tak de masalah bila buat Taichi. Seronok sangat dapat buat senaman taichi ramai-ramai walaupun baru je jumpa kat dalam group tu... sambil bersenam tu, kami saling berpandangan dan senyum.... wah, nikmat sangat terutama dapat senyum kat Chinese. Bila kita senyum, dia balas balik. Rasa nikmatnya ukhwah dengan sekadar memberi senyuman... =) Masa Imma buat taichi tu, terasa peredaran darah sedikit lancar, urat-urat pun macam ok.. badan macam lega dan bertenaga. Cam ne ek nak terangkan, uols kene rasa sendiri baru tau macam mana rasa dia. So jangan lepaskan peluang untuk join mana-mana group taichi yang berdekatan dengan uols.

Dalam 8.30pagi kami balik rumah masing-masing. Hmm.. tak sampai pun 2 jam bersenam, rasa sihat dan badan berpeluh. Alhamdulillah.... =) Uols pulak buat apa hari ni? Isi masa dengan berfaedah tau... jangan buat perkara-perkara yang tak bermanfaat. Nak Untung dunia akhirat. ke nak rugi dunia akhirat? kita yang pilih. =)

InsyaALLAH, lepas Zohor Imma dan Kak Ju nak gi KLCC... nak gi Kinokuniya. Cari buku...

Sport Shoes. Cute tak? =)

Rabu, 19 Januari 2011

Tahajud Cinta buat yang hak 2


Ayuh mari kita soroti fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.

Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit
  • Lahir kesan taqwa pada wajahnya
  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
  • Dipermudahkan hisab
  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:

  1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
  2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
  3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
  4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
  5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).

Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).

Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”

Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).

‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).

Wassalam.

Artikel adalah sumbangan dari : Saudara Rosli Hanip

Ahad, 16 Januari 2011

Tahajud Cinta buat yang hak 1


Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran. Munurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan. Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.

Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan. Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan.

Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.

Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter. Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya . Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi. Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??

Artikel diterima daripada Nuratiah Ismail (dotty_311@yahoo.com)

Selamat Malam... =)


SELAMAT MALAM SEMUA!!!




Kerana Mulut Badan Binasa - Dato' Dr. Fadzilah Kamsah








Sabtu, 15 Januari 2011

Kenangan Lama Terusik Kembali



Salam semua, =)

Entry kali ni just perkongsian kenangan lama Imma zaman student dulu-dulu.. Uols pernah dengar tak lagu Mentera Semerah Padi? Lagu ni meninggalkan kesan mendalam dalam hidup Imma, yang mana lagu ni pernah menjadi latar muzik sewaktu Imma buat persembahan Silat di hadapan Menteri Belia dan Sukan. Waktu tu Menterinya adalah Hishamudin Tun Hussin Onn. Terasa sangat dihargai kerana diberi peluang bertemu pemimpin. Tak kisahlah apa parti yang dia pegang, waktu tu pikir nak perform the best je. Sampai sekarang bila dengar lagu ni, meremang bulu roma ni, rasa macam nak bukak langkah je... hehe... tapi lupekan je laa, dah tua ni energy kurang, stamina pun turun naik je. =)

Alhamdulillah, masa di bangku sekolah, Imma berpeluang mengharumkan nama sekolah Imma di peringkat Negeri dan Kebangsaan kerana berjaya mewakili sekolah, daerah dan negeri dalam pertandingan Silat Seni. Semuanya kenangan belaka. Di Universiti pula, Imma sempat join Kelab Silat (Kelab Silat Olahraga UiTM). Di UiTM Imma sempat juga mewakili UiTM ke MASUM (Majlis Sukan Malaysia), dan wakil Kuala Selangor ke Pertandingan Silat Negeri Selangor. Bila ingat kenangan lama ni, rasa best sangat... tiba-tiba je macam ada energy datang menusuk ke dalam badan Imma ni.

Penting belajar seni mempertahankan diri
Sebagai gadis/wanita/perempuan adalah penting untuk kita ada ilmu seni mempertahankan diri. Bukan untuk bergaduh, tapi untuk mempertahankan diri kita sekiranya berlaku perkara-perkara di luar jangka. Mungkin ia boleh mengurangkan risiko berlakunya kes-kes jenayah...namun tak ramai yang menyedari betapa pentingnya ia, kerana ramai yang menganggap kalau belajar seni mempertahankan diri akan menghilangkan sifat feminin seorang wanita. Mungkin, mereka sekadar membuat andaian atau sekadar melihat dari jauh cuma. Kata orang belum cuba belum tau. Banyak jenis seni mempertahankan diri ada di Malaysia, cuma pilihan ada pada kita, sama ada nak atau tak nak aje. Alamak, membebel pulak, maaf yer... sekadar nak ingatkan je... =) apa-apa pun Imma tetap ingat semua kenangan Imma dalam dunia persilatan, terutama waktu latihan. Latihan itulah yang membentuk jati diri Imma pada hari ini. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Tok Guru Imma (Coach Mat, Cikgu Wan Abdul Halim), Jurulatih (Abe Mubin, Abe Lie, Abe Jemme, Abe Ubai, Abe Tek , Sepek, Kak Nora, Kak Anie) serta rakan-rakan yang banyak sangat membantu mempelajari Silat samada di bangku sekolah mahupun di Universiti. U are SUPESTAR!!! =) may ALLAH bless oll of u... Ameen...

.
Jurus Tunggal: Satu disiplin Silat yang pernah Imma belajar suatu ketika dulu

it's interesting =) creative!



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyiarkan tiga video melalui lamanweb Youtube, sebagai respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan daripada orang ramai kepada akaun Twitter blog mikronya, Selasa lalu.

NONESambil menyifatkan sesetengah soalan itu sebagai kelakar, Najib
berkata, usaha itu telah memberikan beliau satu 'pandangan sebenar' mengenai cara rakyat Malaysia berfikir dan menggunakan media sosial.

"Ribuan terima kasih atas (respons) menggalakkan untuk sesi Twitter dan Facebook Selasa lalu.#tanyanajib merupakan kali kelima berhubung Twitter's Trending Topic di seluruh dunia.

"Saya teliti beberapa komen dalam tweets dan fb, dan ia sebenarnya benar-benar menarik. Sebenarnya sesetengahnya sangat kelakar," katanya melalui video yang disiarkan.

Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung Talent Corporation, memberi jaminan bahawa bekerja di Malaysia adalah satu pilihan yang sangat baik memandangkan peluang-peluang yang disediakan menerusi projek permulaan (EPP) yang diumumkan dari semasa ke semasa di bawah pelan transformasi ekonomi negara
(ETP).

Beliau berkata pelbagai usaha akan dijalankan bagi menarik keyakinan kepada mereka yang belum membuat keputusan sama ada bekerja di Malaysia atau luar negara.


Selasa, 11 Januari 2011

PETUA MENCUCI HATI

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati :

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

wallahua'lam..

P/s: Thanx for sharing Kak Muna Izzah. =)


Ahad, 9 Januari 2011

JOM BERUBAH

Salam semua... ok, pagi ni jom kita hayati lagu yang hebat dari kumpulan Wali Band yang Imma datangkan khas dari Indonesia. =) Teman-teman, please sama-sama kita hayati lirik yang sudah tercipta indah ni... Sangat menginsafkan.



Lagu ini juga mengingatkan Imma pada dosa-dosa Imma yang lalu. Kita pernah buat ALLAH murka tanpa sedar dan sedar. Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat, ingat-ingatlah akhirat. Lebih kurang macam tulah lirik yang terselit di dalam lagu yang penuh makna. Saya kira konsep lagu ini menjadi minat anak muda zaman kini. Ia memang terhibur dan liriknya juga membawa kita ingat pada ALLAH. Bila agaknya ada kumpulan sebegini di Malaysia? Ayuh selamatkan anak muda! Anak muda pula please bangun, kalian punya tenaga yang banyak... kalian punya kuasa tersendiri untuk merubah dan membuat perubahan. Jangan disia-siakan usia muda kalian. Sambil-sambil tu, jom kita layan lagu mantap dari Muadz, Stand Up.


Sabtu, 8 Januari 2011

Mutiara Kata Untuk Rantaian Hati


"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya... telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

~Imam Umar bin Abdul Aziz~

Hanya Tuhan Yang Tahu

Awak dah bertunang ke?

Bila lagi majlisnye?

Dengan orang mana?

Umur awak dah berapa ni, kena fikir... mana boleh tak fikir.

Ini single lagi... haaa, yang ni pun single... yang ni pulak single 3... awak pilihlah... (Sambil menunjuk2 gambar jejaka yang ada dalam simpanannya-K.N yang ku anggap seperti kakakku)

Begitulah antara dialog-dialog yang sentiasa ditujukan buat saya yang masih lagi belum bergelar isteri atau ibu kepada anak. Namun tidak bererti saya langsung tidak mengendahkan perkara ini apatah lagi saya langsung tak ambil serius.

Sekadar ingin meluahkan, saya sedikit tertekan dengan dialog begini. Pada saya kalau ada jodoh adalah. Saya akui saya memilih, memilih yang beragama terutamanya dan juga mempunyai wawasan jelas dalam menyambung perjuangan Rasulullah. Siapa tidak tertekan tatkala melihat sahabat-sahabat bahagia bersama suami serta anak masing-masing. Cuba untuk pujuk hati ini, jangan terlalu memikirkannya kerna saya yakin bahawa ALLAH telah menetapkan siapa jodoh saya. Sentiasa mahu memperbaiki diri ini kerana yakin pada ayat 26 (Surah An-Nur) Allah Taala berfirman; "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula."

Perancangan?
Pernah seorang rakan bertanya pada saya apakah perancangan saya pada masa akan datang. Saya menjawab sambil lewa padanya seolah saya tidak ada perancangan langsung. Sebenarnya, saya mengimpikan untuk miliki perniagaan sendiri suatu hari nanti, dah lama saya angankan perkara ini sejak saya berada di alam kampus lagi. Namun saya cuma akan meneruskannya setelah saya berkahwin kelak, insyaALLAH. Tetapi kenapa setelah berkahwin? kerana saya ingin menunaikan hajat Ibu dan Ayah saya yang mahu melihat saya bekerja kerajaan. Berbakti kepada kedua ibu bapa dahulu. Setelah punya suami saya kira ia masa yang sesuai. Selain itu, saya ingin menyumbang sesuatu pada agama, dengan berniaga saya ingin perniagaan saya itu berunsurkan nilai-nilai Islam yang mana ia menjadi contoh pada peniaga lain. Ya! Memang besar angan-angan ini, saya akan laksanakan bersama suami tercinta. Saya yakin, ALLAH Maha Mendengar, ALLAH tahu segala-gala. Saat itu pastikan tiba! Jadi saya punya perancangan tersendiri lagi terancang yang mahukan ianya berjaya dilaksanakan. Tiap hari saya terbayang-bayang atau istilah lain, berangan yang saya ada peniagaan sendiri. Kalau zaman kampus dulu saya menjadi pencetus siswi yang berani menjual T-Shirt muslimah dari kolej ke kolej (waktu itu pakaian tersebut menjadi kegilaan anak gadis Islamik). Maka hari ini saya tidak mahu ia sekadar tinggal kenangan, saya akan pastikan ia diteruskan dengan mengikut fesyen muslimah semasa namun masih menutup aurat dengan sempurna. Segala-galanya saya mulakan dengan niat bahawa saya ingin sekali meneruskan apa yang Rasulullah lakukan. Please doakan saya...

Panjang benar tulisan saya berkenaan perancangan masa depan, sebenarnya ia ada kaitan dengan mamilih suami, kenapa? =) biarlah ia menjadi rahsia saya seorang. hehehe

Saya sekadar ingin berkongsi apa yang baik. Buat teman-teman di luar sana jika merasakan apa yang saya kongsikan di sini boleh menjadi panduan, silalah ambil. Ia sekadar lahir dari hati saya sendiri. Jika kita ingin melakukan sesuatu itu, pastikanlah dahulu dasarnya apa? tujuannya apa? sandarannya apa? segalanya wajib kembali semula kepada Agama ALLAH. InsyaALLAH, letak akhirat depan mata dunia bawah dagu, kita kan selamat di dunia jua akhirat.








P/s: Sekadar berkongsi...

Jumaat, 7 Januari 2011

Apa Diharap Padi Seberang

Salam Jumaat semua! =)

Mula-mula Imma nak tanya, amacam cantik tak tamplate blog Imma yang baru ni? kalau ada yang kata tak cantik, Imma tetap kata cantik. Hehehe... Masuk lif tekan sendiri.

Imma cuma nak share, hari ini Imma mendapat pesanan ikhlas dari seseorang melalui FB, nak tau ape dia? tu baca kat bawah tu...

apa diharap padi seberang, entahkan jadi entahkan tidak..
apa diharap kepada orang, entah kan sudi entahkan tidak..

Sebenarnya Imma ada minta pendapat dari Encik tersebut berkenaan dengan jodoh. Panjang berjelalah jawapannye, terselit juga kenangan sewaktu beliau mengorat isterinya dulu. Memang interesting...

Apa pun, pantun tu buat Imma termenung sejenak dan berfikir 2 3 jenak. Apa yang anda faham melalui pantun tu? =)



Wali Band - CARI JODOH
***Lirik yang last tu memang kesianlah pada sesiapa yang terkena. Sabar ye.
Belum tiba waktunya... bukan tak laku - laku... =)


P/s: bukan senang nak buat pilihan dalam soal jodoh ni. ONLY ALLAH KNOWS WAT THE BEST FOR ME...

Selasa, 4 Januari 2011

My Feveret Song Ever



Let's Song Together
=)

Insya Allah

Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Sekadar untuk renungan


Permulaan hari ini yang sedikit hambar, tidak seperti hari-hari yang lalu. Begitu juga semalam, diriku sedikit lemah dek terlalu mengikutkan perasaan yang sedang berduka.

Seperti kata sahabatku, "anda seorang yang normal bila anda rasa kecewa". Ya diriku terima kenyataan itu. Kekecewaan yang hanya boleh diubati dengan mengadu domba pada tuhan yang maha Esa, kekuatan minda yang boleh menepis segala prasangka. Kadang-kadang diriku tewas kerana perasaan negatif juga ditambah perasa hasutan oleh sang syaitan jahanam!

Alhamdulillah, jiwa dan pemikiran ku sedikit terubat, zikir yang ku amalkan, doa yang teman rapatku berikan. Ia memberi kesan yang baik dalam diri ku. Suatu yang baik untuk ku hadam dalam diriku untuk seumur hidupku.

Tiada yang dapat lari dari masalah diri, hanya mereka yang tabah bisa menempuhi dugaan yang mendatang. Diri ku cuma manusia biasa yang tidak lari dari rasa kecewa, cemburu... namun diriku tidak pernah ingin rasa berdendam... Alhamdulillah, didikan dari mak ayah, membuatkan diriku sudah terbiasa melepaskan perkara yang ia ditakdirkan bukan miliku.