Pages

Khamis, 25 November 2010

Bekerja seperti biasa...

Salam mahabbah...

Demam Imma belum kebah lagi. Masih lagi selsema, batuk, sakit tekak dan mata pedih-pedih. Malas nak ke klinik sebab keluar duit lagi nanti. ^^

Hari ni Imma datang kerja macam biasa, staff Imma cuti, dia tak sihat. Tak mengapalah biar dia rehat.

Hari ni Imma sarapan burger, lepat pisang 2 ketul, puding mangga dan minum weight gain. Alhamdulillah selera makan tak terjejas walaupun tak sihat.

k, Imma nak sambung kerja... have a nice day semua!!! ^_^

senaman mata sat... sejuk je tengok tulip ni

P/s: “Orang yang tidak mempunyai nur (cahaya iman) bagaimana dia nak menerangi orang di sekelilingnya? Dan bilakah akan betul lurus bayang-bayang jika kayu itu bengkok?” - Imam Al-Ghazali

Rabu, 24 November 2010

Sakit tekak, mata pedih... demam ke ni?


Salam mahabbah semua..

ehemm.. ehemm... hachummm!~

Imma sakit tekak ni, semalam duk bersin je.. mata pedih-pedih.. tak tau laa nak demam ke ape, lagipun Imma memang dah lama tak sakit/demam. Seksanya bila sakit tekak, nak cakap pun sakit.. pedih sangat.. =((

Pesanan penaja :
1) minum air banyak-banyak... - baiklah... (menjawab dengan malasnyee)
2) makan gula-gula berangin - baiklah... (menjawab dengan harapan kuranglah sakit)

Imma nak share sikit info yang Imma dapat dari infosihat :

Pengenalan


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.

Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.

Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.

Agen Penyebab


Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.
Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak.Ia merupakan satu satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.

Tanda dan Gejala

Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dangejala demam selesema termasuklah:
• Hingus meleleh
• Gatal dan sakit tekak
• Batuk
• Rasa sesak
• Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
• Kerap bersin
• Mata berair.
• Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
• Kepenatan

Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:

Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)
Gejala
• Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
Tanda
• Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal. Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.

Rawatan

Perawatan sakit tekak termasuklah:
Rawatan berdasarkan gejala.
Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.
3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.

Terapi Antibiotik
Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci. Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.

Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy
Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT. Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.

Semakan Akhir: 22 April 2008

P/s: Doakan Imma sembuh... kerja banyak lagi tak setel... ='(

Isnin, 22 November 2010

tak dapat berblog dgn jayanyaaaa

Salam semua! hmmm, imma tengah sedih ni, tak tau nape laptop imma tak leh bukak web blogger, ni pun imma update pakai hp, hmmmmm =( sedihnyeeeee, tak dapat laa nk bloging selalu,,,,, k laa, imma nk tido dah, merajuk dgn laptop,,,, k, nite

Khamis, 18 November 2010

SheLamaTT Hali RaYa... =)

Salam semua! =)

Selamat Hari Raya AidilAdha... Maaf Zahir dan Batyn...

gambar yang sangat cute untuk tatapan kamu semua!~ lalaaa..

Haaa... hari ni sangat hepi dan bersyukur... ALLAH permudahkan kerja-kerja Imma di pejabat, lebih-lebih lagi time Imma tengah mereng (cari laa sendiri dalam kamus maksud dia) nak buat program. Biasalaa... orang yang tak teror macam Imma ni, tak tenang punye... lebih-lebih lagi bila dah dekat program... huhu.. Lain laa orang yang dah ada pengalaman 10 tahun ke, 20 tahun ke... mesti tenang jee... (huhu, alasan tak abis-abis... dush! ape laa imma nie.. asyik negatif je...) hehe =P

K laaa.. nak sambung buat keje...stop dulu eh... malam nanti Imma update lagi.. daaa!

Salam.. =))

p/s : sedapnye makan nasi sup tulang + daging masak kicap kat SIRIM tadi... untong llaaaa! TQ warga SIRIM!

Ahad, 14 November 2010

Jelajah GEMS Daerah Hulu Langat

Alhamdulillah, semalam (13/11/2010) Imma berkesempatan menghadiri Jelajah Gems Hulu Langat (Batu 14) dan menjadi salah seorang tenaga kerja di sana. Sambutan di Hulu Langat boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Entahlah, orang kata roh kerjasama itu kurang... tidak seperti di Kuala Selangor. Namun, Imma tau, semua pihak telah cuba lakukan yang terbaik bagi menjayakan program ini. Lain tempat lain caranya... kan..kan.. =) Apa pun ia tidak lari daripada objektif sebenar program ini diadakan. Tahniah pada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini, sama-samalah kita muhasabah balik dan perbaiki mana yang kurang elok dan pertingkatkan prestasi. Pada yang tidak berkesempatan berkunjung ke program tersebut boleh laa tengok gambar-gambar di bawah ni, Imma sempat snap mana yang menarik je. Maklumlah, tengah bertugas... =))

Juara Pertandingan Bercerita... lupe pulak tajuk cerita dia...
kostum yang menarik perhatian juri dan penonton!



Persembahan Tarian Singa... Menarik!

Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 4-6 tahun. Fuh! Mencabar betul
nak handle adik-adik ni, apa tah lagi Imma jadi pengacara (bidan terjun) pertandingan.
Mesti adik-adik dan mak ayah boring tengok Imma yang tak pandai mengacara...
Apa-apa pun pengalaman menarik buat Imma... leh improve lagik! hehe


Artis : Blank (Gamma), Muaz, Amy Search

Di malam hari pula para pengunjung di hidangkan dengan alunan suara merdu
oleh artis-artis yang dijemput khas... Sebenarnya, malam itu ada acara Sembang Santai, pendek kata bukan sekadar menghibur tapi turut ada pengisian... namun, ALLAH merancang, kita merancang, sudah tentu perancangan ALLAH lebih baik. Sembang Santai tak dapat dilakukan atas sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah, acara malam itu diakhiri dengan bacaan doa dan selawat ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad SAW.

Selasa, 9 November 2010

Alasan Sama.. Tak Update Sebab Sibuk...

Salam,

Imma minta maaf pada semua pembaca sebab Imma dah lama tak update blog ni. Hmm, biasalah... alasan biasa yang Imma bagi : sibuk / busy dan seerti dengannya.

Ada banyak jugalah program yang dibuat sejak sebulan yang lepas. Pendek kata, tiada hujung minggu tuk Imma. Setiap hari adalah hari Isnin buat Imma. Penat tu tak payah cakaplah, memang penat Allah je yang tau. Ada sekali tu Imma bawa kereta terlanggar belakang kereta orang, nasib baiklah pak cik tu kata tak apa. Imma syukur sangat terlanggar kereta orang yang murah hati... ops! syukur? hmmm... kira syukurlah kan?

Pada 22hb Oktober 2010... Abg Imma selamat sudah nikah dengan si jantung hati dia, Nurul Fasihah. Hmm, camne nak panggail kakak ni, sebab umur kakak Ipar muda 1 tahun daripada Imma, empunya tuan pulak kecik molek... comey pulak tu. ;)

Pada 30hb Oktober pulak, kenduri sambut menantu di rumah Imma... meriah laa juga, tapi tak lah semeriah kat stadium Bukit Jalil. Punya laa best, malam tu kami dapat tengok perlawanan Akhir Piala Malaysia dengan skrin besar. Kelantan menang bergaya pulak tuu... aduh, mesti korang pun setuju dengan Imma kan? hepinye bukan main... meleret je senyum time masuk opis kat SUK tu. Kawan-kawan pulak tak berenti duk wish Imma, tahniah...tahniah... (hehe.. macam Imma ni pulak yang sumbat gol)

Walaupun penat handle bermacam-macam program, ternyata Imma puas dan bersyukur ALLAH permudahkan kerja-kerja Imma. Bila ada kesulitan je, mesti ALLAH datangkan penyelesaian dalam masa yang singkat. TQ ALLAH.

Imma pun tak tau nak cerita apa lagi... haaa, nak bagitau, tahun ni Imma tak balik Raya Haji kat Kelantan tau, Imma beraya kat rumah Ibu Zarah... haa, kalau nak kenal siapa Ibu Zarah ni, tunggu Imma update blog Imma lepas raya nanti ye...

k... jaga diri semua...

Salam sayang teramat sayang... =)