Pages

Jumaat, 24 September 2010

Paparan Profile (facebook) Ditutup Lagi..

Salam lebaran buat semua...

Saya ingin memhon maaf pada kalian kerana saya terpaksa menutup profile Facebook saya untuk tatapan anda...

Saya kini dalam keadaan tidak stabil, kemarahan yang memuncak kepada orang-orang tertentu...

Saya bimbang ada perkataan yang tidak sepatutnya saya tulis pada status menjejaskan hubungan saya dengan anda semua...

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menutup profile Facebook saya untuk sementara waktu bagi memberi ruang pada saya untuk memerdekakan hati dan fikiran saya dari belenggu api kemarahan ini...

Saya tidak suka marah orang, tapi oleh kerana saya terlalu lama menahannya, akhirnya ia memuncak... saya perlu kawal sebelum terjadi perkara yang tidak sepatutnya...

Maafkan saya...

Wassalamm...

Hati Terluka Lagi

Entah lah...

Mudah benar terluka hati ini...

Mungkin diri ini terlalu memanjakannya...

Apabila dikasari sedikit...

Mulalah terasa hati...

Atau ini memang sifat semulajadi wanita?

Mengapa begitu melampau sekali?

Sehingga tidak boleh dikawal lagi?

Wahai hati kurniaan Illahi...

Bersuaralah engkau kepada ku...

Apa yang engkau mahu?

Bagai terseksa sekali...

Tidakkah kau kasihani aku wahai hati?

Deritanya aku tika dirimu terluka...

Berubahlah wahai hati...

Cukuplah engkau menyeksa diri ini...

Banyak lagi kerja yang aku harus lakukan yang memerlukan hati yang kental...

Bukannya hati yang lembik seperti ini!!!

Rabu, 15 September 2010

Salam Lebaran

Salam lebaran...

Imma harap masih belum terlambat untuk Imma ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog ini. Dikesempatan ini juga ingin memohon sejuta kemaafan buat semua seandainya ada yang terguris dengan perbuatan Imma selama ini. Maaf yer... =)


Macam mana dengan raya tahun ni? best tak? Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelum ini... Imma dan keluarga Imma beraya di Terengganu, Felda Jerangau. Kampung sebelah mak. Hmmm... cumanya, kami tak beraya dengan abah, sebab abah tak dapat cuti, abah kene standby di pejabat. Dalam sibuk-sibuk umat Islam membuat persiapan raya, masih lagi ada kes jenayah di Machang tu... nasiblah... nak buat macam mana, dah tugas... so abah kene laa jalankan tanggungjawab dia pada negara =)

Sebahagian keluarga... ramai yang tak de...

Alhamdulillah, kami sekeluarga sempat berkunjung ke rumah saudara terdekat, tak lupa juga rumah tunang abang. Comel je dia, tersenyum riang sewaktu kami berkunjung ke rumahnya... kalau Imma laa... tak sanggup family tunang datang beraya, malu... tapi tunang abang ni baik, dia peramah sangat, mungkin dah lama kenal dengan family kami dan sekampung pulak tu, so tak lah segan sangat kot.

Pada Raya ke-3, sepupu Imma namanya Suhaimi selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Akmawati @ Emma. Selamat sudah mereka bergelar suami dan isteri. Kecut perut jugak laa masa tengok sepupu Imma nak nikah tu, lebih-lebih lagi masa nak ke masjid kami naik satu kereta (kereta abang Imma)... apa lagi sempat jugaklaa kami mengusik dia. hehehe... jahat kan kitorang... Saat paling syahdu masa Tok Kadi baca khutbah nikah... hmm, sayu dalam hati terkenang sekiranya diri ini menjadi pengantin pulak.

Giliran abang Imma pulak akan melangsungkan perkahwinannya pada Oktober ini. InsyaALLAH. Imma pulak diberi amanah untuk menempah kad jemputan kahwin abang. Boleh tahan pening jugak laa... macam-macam konsep yang nak dibuatnya, tapi Imma dah buat konsep sendiri, moden+islamik+damai (sedap mata memandang). Amacam ok tak? Ok laa kan... =)salah satu kad yang berkenan di hati... simple+sweet

Hmmm... penat jugak yer buat persiapan kahwin ni, lebih-lebih lagi abang adalah orang yang pertama di kalangan adik beradik Imma yang akan berkahwin. So, banyak benda yang perlu dibeli. =) apa-apa pun doakan segalanya berjalan lancar yer... ameen...

Ahad, 5 September 2010

Doa Selepas Solat - 2


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa Selepas Solat - 1

Rabu, 1 September 2010

Choose! oleh Diefly

Aku masih teringatkan kata-kata mentor aku, ketika dia membuat ulasan berkaitan dengan buku Usul 20 dari Hassan Al-Banna. Antaranya berkaitan dengan kepercayaan dengan jampi. Pada asas ke 4 dalam usul 20 menerangkan Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al- Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w). Dan dia memberikan satu contoh, isu kanak-kanak menangis tak berhenti-henti, lalu kalau dipakaikan tangkal tertentu kanak-kanak itu berhenti menangis. Dan andai tangkal itu dicabut, kanak-kanak tersebut kembali menangis. So what we should do? Percayakan tangkal atau biarkan saja kanak-kanak itu menangis?


Dalam hidup ini kita sentiasa dibentangkan dengan pilihan, dan kita akan membuat pilihan berdasarkan beberapa sebab. Akal, pengalaman, kefahaman, nafsu dan iman akan menjadi neraca siapa kita. Setiap pilihan dalam hidup menggambarkan pendirian kita, menggambarkan siapa diri kita, menggambarkan ke mana arah kita.


Tengahari tadi aku menemani abah dan mama aku ke majlis kahwin anak kawan abah dan mama aku yang sama-sama tinggal sebilik ketika di Mekah dulu. Dia mengetahui yang aku masih belum kahwin, dan dia menceritakan tentang keluarganya yang kebanyakannya berkahwin awal. Bagaimana pengalaman dia sendiri kahwin pada usia 22 tahun dan ketika itu isterinya berumur 21 tahun, begitu juga terjadi kepada anaknya hari ini. Aku ketika itu sedang asyik mendengar lagu-lagu nyanyian Amar yang dipasang sebagai memeriahkan suasana majlis kenduri, tanpa menghiraukan bualan antara abah aku dan kawannya. Sampai waktu nak pulang ketika aku bersalaman dengan kawan abah aku tersebut, dia membisikkan pada aku, “Pakcik mendoakan jodoh kamu”. Aku agak terkejut, kerana kebanyakan orang yang aku jumpa sebelum ini kebanyakannya suka perli dan memperendah-rendahkan status aku ketika ini.


Apa yang aku nak kongsi di sini adalah kita punyai pilihan, andai kita lihat seseorang itu terjatuh, apakah tindakan kita? Mahu menolongnya? Atau mahu mentertawakannya? Orang kita punyai jalan mudah tanpa mengetahui situasi sebenar mereka telah awal-awal membuat perkiraan mereka sendiri tanpa melihat dunia ini dengan optimis. Kita akan merasa, apabila situasi tersebut terkena pada kita sendiri, baru ketika itu kita mahu sedar.

Mengapa ada nabi berdoa sampai tua untuk dapatkan hanya seorang anak, sedangkan berapa ramai remaja yang membuang anak-anak mereka di merata-rata tempat hasil dari hubungan haram mereka? Mengapa mereka yang hidup bergelumang dengan dosa, Allah bagi anak kepada mereka? Sedangkan anak-anak tersebut bakal terbiar tanpa didikan agama yang sempurna dan atau akan dibuang begitu sahaja. Hinakah mereka yang berdoa dan terus berdoa kepada Allah tanpa jemu untuk mendapat apa yang mereka inginkan, tetapi Allah tidak kurniakannya? Berbanding dengan manusia yang mendapat sesuatu tanpa berdoa kepada Allah, tetapi disia-siakan pemberian itu?


“Akan diKau kami sembah dan hanya kepadaMu kami minta pertolongan”. (S1:5)


Walauapapun yang kita pilih dalam hidup ini, walaupapun yang kita lalui dalam hidup ini berjalanlah terus, tanpa henti. Terima sahaja dengan redha segala peranan di dalam dunia yang dikurniakan. Cukup hanya Allah berada di sisi, tempat mengadu & mengeluh.


Hidup ini adalah sebuah perjalanan, mencari yang hakiki, mencari keabadian. Tiada siapa yang dapat menentukan nasib mereka sendiri, tiada siapa yang mampu mengubah takdir dan suratan. Pengalaman yang bertandang memberi kematangan, menguji keimanan, mendamba kesetiaan, menuntut pengorbanan. Mencari semangat untuk kembali mencari… Demi sebuah janji (diefly).


#mendapat kiriman email daripada seorang sahabat.