Pages

Khamis, 19 Ogos 2010

...jangan marah lagi...

Salam mahabbah...

hmmmm... ='( hari ni Imma sedih sangat... entahlaa.. banyak sangat perkara yang menyedihkan berlaku dalam hidup Imma 2 hari ni...

Terus terang Imma katakan, Imma fobia dengan orang garang dan selalu marah-marah. Dulu Abah panas baran, selalu marah-marah... banyak barang rumah rosak sebab abah mengamuk. bertahun-tahun Imma berhadapan dengan keadaan sedemikian. Membesar dengan melihat abah yang asyik marah-marah walaupun perkara kecil.


Akibat daripada keadaan itu yang berlarutan bertahun-tahun, akhirnya Imma menjadi cukup trauma dengan orang yang ada sikap panas baran, garang dan cepat marah...sehinggalah Imma bekerja sekarang pun.

Walaupun bukan Imma yang kene marah, tetapi orang lain, tubuh Imma akan segera menggigil, dan rasa macam nak nangis, kemudian terasa diri yang buat salah. Imma memang susah nak buang benda ni dalam diri Imma... dah melekat sebab ia membesar bersama-sama Imma. Kalau boleh Imma tak nak orang marah-marah... Imma akan cuba sedaya upaya untuk tidak memberi ruang orang marah-marah... tapi kalau berlaku juga, Imma cepat down... cepat berpeluh sebab takut... akhirnya Imma akan cuba menjauhkan diri dari orang itu... bukan untuk memutuskan persaudaraan, tapi Imma takut pada orang itu... takut sangat... tak nak tengok dia marah-marah...

Perkara ini lah yang berlaku selama beberapa tahun dalam hidup Imma. Itu kelemahan Imma yang tak boleh tahan dengan kemarahan... mental Imma tak kuat... tapi kalau tekanan lain insyaALLAH boleh tahan, kecuali 'marah'.

Mungkin kawan-kawan / pembaca di luar sana ada tips untuk Imma berkaitan perkara di atas. Imma pun dah tak tau nak buat macam mana. kalau ada sila share ye...

ZIKIRILAH - JOM ZIKIR


Asslamualaikum all of you netters yang disayangi......

Izinkan saya membicarakan Bab Zikirilah, mudah-mudahan diri saya dan anda mendapat pertunjuk ilmu ini dariNya. Amin!

Perana zikir dalam kehidupan manusia ke arah untuk mengenali diri dan Allah sungguh besar dan bererti sekali. Dengan zikirilah seseorang itu dapat membersihkan hati dan dirinya yang sememangnya penuh dengan noda dan dosa. Diri (hati) manusia itu seperti perabut di dalam rumah yang sentiasa terdedah kepada hinggapan debu dan habuk. Maka ia selalulah kena bersih, sapu dan gilap. Alat untuk menyapu, membersih dan mengilap itu ialah ZIKIR. Kalau sembahyang (solat) mencegah kemungkaran, zikir pula mendekat dan merapatkan hamba dengan Tuhannya.

Maksud sebuah Firman Allah.......

"Zikir untuk membersihkan hati."

Dan Rasulullah S.A.W. bersabda......

" Sucikan hati dengan berzikir."

Dari Firman dan Hadis itu jelas menunjukkan zikir itu sangat besar peranan dan gunanya. Bolehlah dianggap bahawa zikir itu sebagai alat nombor satu ataupun "serbuk" pencuci yang tida ada tolak banding. Zikir menjadi cermin kepada setiap insan yang bercita-cita untuk melihat dirinya serta perkara-perkara ghaib yang berlegar-legar disekeliling kehidupannya.

Hakikat akan kebesaran dan ketinggian hikmah zikir ini dibuktikan sendiri oleh Allah dalam FirmanNya bermaksud.......

" Kalau engkau tidak tahu, bertanya kepada ahli zikir."

Ini menunjukkan ahli zikir menjadi "Prof." yang serba tahu mengenai sesuatu yang ghaib ataupun yang zahir. Golongan zikirilah inilah yang boleh tenggelam dalam kecintaan makrifat kepada Allah yang sebenarnya. Yang kasyaf dan dapat mengetahui sesuatu yang terlindung dari pancaindera zahir.

# Pengertian Zikir #

Sebelum kita membicarakan perihal zikir ini lebih lanjut lagi, marilah dulu sama-sama kita mengetahui apakah erti dan pengertian zikir itu. Apakah yang dikatakan zikir itu yang sebenarnya? Pengertian ini perlu kita ketahui dengan sebenarnya untuk mengelakkan kita daripada salah membuat tanggapan. Bahana salah membuat tanggapan terhadap sesuatu hakikat amal ibadat tak ubah seperti salah menaruh umpan di mata joran, di mana menyebabkan ikan yang kita harapkan makan kail, ikan lain pula yang dapat. Harap Tenggiri, dapat ikan Duri!

Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "mengingat Allah". Dalam pengertian ringkas ialah mengingati dan berdoa kepada Allah akan kesejahteraan, kebahagiaan dan kebermaknaan hidup kita dan umat Islam seluruhnya. Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati. Dan ingat itu ialah di dalam hati tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.

Jadi ertinya kalau dikatakan zikir ialah ingat, sambil berdoa dan bermohon kepada Allah. Disebut berzikir, maknanya kita mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon kepadaNya, baik secara nyata ataupun diam. Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.

Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan duduk dan martabat diri kita. Dengan berzikir juga kita sentiasa tahu duduk tara kita dengan Allah. Dengan berzikir juga boleh mengejapkan Tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad kita kepada segala perintahNya.

Zikir adalah satu ibadat yang dituntut oleh Allah sendiri. Perintah supaya sentiasa mengingat Allah itu, adalah berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Antara lain sebagai berikut :-

1. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Baqarah 152.......

"Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari (nikmat)Ku."

2. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Ahzab 41-42.......

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."

3. Firman Allah Ta'ala Surah Ab-Nisa' 103.......

"Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu berdiri, di waktu duduk dan diwaktu berbaring."

Dan Sunnah yang menjadi dalil dianjurkannya banyak berzikir itu, antara lain :-

1. Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda' (marfu')......

"Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amalmu yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi (mengangkat) darjatmu, dan lebih baik bagimu dari (berperang) melawan musuh, lantas kamu memenggal batang leher mereka dan merekapun memenggal batang lehermu?"

Para Sahabat menjawab......."Bahkan."

Rasulullah S.A.W. pun bersabda......."zikurullah."

2. Hadis Muslim dari Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda.......

"Tiada satu kaum (kalangan) duduk berzikir mengingati Allah pada suatu majlis, melainkan Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka dan Allah mengingat mereka, termasuk orang (yang dekat) disisiNya."

3. Hadis Bukhari.......

"Sesungguhnya bagi Allah itu ada Malaikat yang berkeliling di jalan-jalan, mencari orang-orang yang berzikir. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan) yang berzikir kepada Allah, mereka berseru......."Ayuh, mari kepada hajat kamu."

Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda......"Maka malaikat-malaikat itu mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia."

Hadis-hadis yang menerangkan kelebihan zikir itu cukup banyak. Adapun pengertian dan fungsi zikir atau berzikir ini boleh dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian, iaiti pengertian Syariat dan pengertian Hakikat.

# Pengertian Syariat #

Seperti disebutkan tadi, pengertian syariat zikir itu ialah mengingat dan sebut, atau sebut dan mengingat. Sebut di sini ialah sebut Asma' (nama) Allah serta ingat di dalam hati akan makna dan pengertian Asma' itu. Misalnya lidah menyebut Al-jabar (Pemaksa), maka hati mengingatkan kepada sifat pemaksaanNya. Bila lidah sebut Ar-Rahman, hati akan ingat kepada sifat-sifat kemurahanNya. Bila lidah menyebut Al-Latiff, maka hati akan terkenang kepada sifat kelemah-lembutan- Nya. Bila lidah sebut Ar-Rahim, hati ingat kepada sifat pengampunan- Nya dan begitulah seterusnya. Setiap kali lidah menyebut NamaNya, hati akan mengenangkan kepada sifat-sifatNya.

Perlu diingatkan, mengenai butir zikir ini ia tidak terbatas kepada perkataan tertentu, atau pun kepada "asma' ul'husna", sebaliknya ada perkataan-perkataan atau sebutan lain. dan paling unik ialah sebutan diri yang lahir dari lubuk hati seseorang itu. Sebutan ini berbeda dengan kebanyakan atau pun dengan butir-butir zikir yang popular.

# Pengertian Hakikat #

Zikir dalam pengertian hakikat ialah apabila kita menyebut Asma' Allah kita akan ingat kepada diri kita sendiri. Misalnya kita sebut "Jamal", kita ingat akan sifat "Jamal" Allah itulah yang ada kepada kita. Justeru itu kita perlu menggunakan (apa yang kita sebutkan) itu untuk terus mengingatkanNya. Kita sebut Allah, maka kita kembalikan kekuasaan Allah itu ke atas diri kita. Kita ingat dan sedar, tanpa ada Dia tidak mungkin kita dapat hidup dan menyebut serta menerimaNya sebagai Tuhan kita.

Pengertian hakikat zikir itu ialah kita ingat kepada diri kita sendiri, sebagai hambaNya yang mulia dan harus melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya pada sepanjang masa. Di samping itu kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang mulia yang diturunkan untuk menjadi khalifah dan pemimpin di atas muka bumi ini.

"Sebaik-baik kejadian ialah manusia."

Zikir pada hakikatnya itu bukan untuk Allah sebab Allah tidak memerlukan apa-apa lagi seperti mana FirmanNya.......

"Wahai manusia sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah dan Allah yang Maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."

Al-Fatir 15-16

Allah berdiri di atas SifatNya sendiri, "muqhalafatuhuta'ala lilhawadith)", malahan Dia tempat bergantung dan meminta.

Jadi, apabila kita berzikir itu kita mencari kekuatan untuk diri kita sendiri dan bukan lagi untuk Allah. Apa yang kita lakukan itu hanya sebagai menjalankan tanggungjawab dan sumpah janji kita sahaja semasa di alam "luh mahfuz" dahulu.

# Bagaimana Zikir berperanan menyucikan diri? #

Peranan dan hikmah zikir sungguh besar dan luas sekali, sehingga ia boleh menyucikan diri seseorang. dan hasil dari penyucian (muhasabah) itu pula membolehkan seseorang itu kenal diri dan Tuhannya. Tetapi bagaimanakah ia berperanan menyucikan diri? Apakah cukup hanya setakat menyebut dan ingatkan diri kepada Allah, maka diri kita terus suci dan dapat berfungsi menjadi sebuah cermin untuk tilikan? Seperti mana serbuk penyuci berfungsi membersihkan kotoran kain baju. Begitukah?

Kalau setakat sebut sahaja atau ingat, maka diri terus menjadi suci, maka alangkah mudahnya zikir itu? Ia nampak semudah mengupas kulit pisang sahaja. Ataupun semudah serbuk penyuci menyentalkan kotoran di kain baju. Ternyata peranan penyucian zikir ke atas hati itu bukan seperti itu. Ia tidak semudah yang disangkakan.

Peranan zikir dan penyucian kepada hati, mesti melalui proses tertentu. Ada kaedah dan juga cara atau sistem tersendiri. Seperti juga usaha kita untuk melahirkan zuriat yang cerdas danpintar, ada kaedah dan teknik persetubuhan tertentu dan amalan-amalan yang harus dilakukan.

Untuk memahami dengan cara mudah peranan zikir itu bolehlah kita huraikan begini, apabila kita sebut sesuatu kalimah zikir maka kita akan ingat dan tanamkan maknanya ke dalam hati. Misalnya kita sebut "Subhanallah" iaitu Maha Suci Allah, maka kita hayati dalam diri kita yang Allah itu adalah Zat yang suci. Kesucian itu tidak ada tolak banding dengannya. Maka kita harus bertindak dengan akal dan fizikal, bahawa yang suci adalah Allah semata-mata, tidak ada yang lain. Segala unsur syirik yang bersarang secara diam dan tersembunyi hendaklah disingkirkan dari menjadi warga hati kita dan kurungkan Allah semata-mata dalam diri.

Kalau kita menyebut "Allah Hu Akbar" Allah yang agung, maka keagungan itu kita masukkan ke dalam diri kita. Kita tanamkan bahawa yang agung hanya Allah dan tidak ada yang lain. Baik diri kita ataupun kuasa lain. Justeru itu kita harus komitkan (iltizam) diri kita kepada keagunganNya sahaja.

Dengan cara itulah baru wujud penyucian. Penyucian di sini bermaksud, dengan mengingatkan segala sifat Allah itu, seperti Ar-rahman. Al-Rahim, Al-Latiff dan sebagainya. dan menyuci diri itu bermakna menyucikan diri/hati kita daripada syirik, kufur, munafik dan kafir kepada Allah. Suci ialah apabila mematuhi dan kenal denganNya.

Ingat, selagi kita masih syirik, kufur, munafik dan kafir serta memiliki sifat-sifat mazmumah yang mutlak masih belum tercapai lagi. Apabila hati kita tidak didindingi oleh segala elemen-elemen itu baharulah ia bersih dan menjadi sekeping cermin khuwah yang memungkinkan kita kasyaf dan dapat melihat apa-apa yang ghaib.

Demikianlah secara ringkas dahulu mengenai peranan zikir membersihkan hati dan diri insan. Ingin saya berpesan, bahawa zikir yang sebenarnya bukan sahaja setakat menyebut kalimah-kalimah ataupun pengucapan tertentu sahaja. Kalau setakat sebut sahaja ia tidak menjadi. Yang penting menghayati kemudian seterusnya bertindak dengan fizikal dan akal terhadap pengertian apa yang disebut itu.

Kalau setakat berzikir ia tidak menjamin kebersihan hati dan diri seseorang. Malahan perbuatan itu tidak lebih daripada sia-sia sahaja. Sebab itu kalau kita perhatikan ada ahli zikir yang perangainya tidak pernah berubah. Kalau dulu di pembohong, penipu, maka kini pun dia penipu dan pembohong, walau pun dia sudah mengerjakan zikir beratus juta kali. Kalau dulu dia mencuri dan mencaci, kini pun setelah berzikir sampai juta-juta kali, dia tetap juga dengan perangainya, mencaci orang itu dan orang ini. Itulah tanda zikir orang itu zikir pada lahir sahaja tetapi tidak meresap atau "jelira" ke dalam diri batinnya.

Dalam pada itu kalimah zikir bukan terbatas kepada "asma' ul'husna" yang 99 atau kalimah-kalimah pujian yang melulu sahaja. Malahan apa saja kalimah yang terbetik di hati dan terdengar dibibir ia merupakan "Asma'" Allah dan boleh dijadikan kalimah zikir. Pokok pangkalnya pengertian dan niat itu sahaja yang dikira.

FirmanNya.......

"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), dengan sebanyak-banyaknya (bermacam-macam sebutan)."

Al-Ahzab 41

Sebaik-baik amalan itu elok pada Syariat, tepat pada Hakikat, kena pada Tariqat dan sampai pada Makrifat.

Wallah hu ta'ala a'lam.......

Abdul Jamil Lam Al-Qadiri

Pengirim: "Abdul Jamil Lam"

Selasa, 17 Ogos 2010

Peng you yi sheng yi qi zou ... (^_^)



Zhe xie nian yi ge ren
Feng ye guo yu ye zou
You guo lei you guo zou
Hai ji de jian chi chen mo
Zhen ai guo cai hui dong
Hui ji mo hui hui shou
Zhong you meng zhong you ni zai xin zhong
Peng you yi sheng yi qi zou
Nei xie ri zi bu zai you
Yi ju hua
yi bei zi
Yi sheng qing
yi bei jiu
Peng you bu ceng gu dan guo
Yi sheng peng you ni hui dong
Hai you shang hai you tong
Hai yao zou hai you wo

Ahad, 15 Ogos 2010

IMAM MUDA (AKHIR)

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah, akhirnya Imma berpeluang juga menonton rancangan Imam Muda (Akhir) melalui youtube terima kasih tak terhingga kepada insan yang mengupload rancangan tersebut melalui saluran alternatif tersebut.

Jujur Imma katakan, Imma kagum dengan peserta-peserta Imam Muda dan terutamanya Juara dan Naib Juara Imam Muda. Subhanallah, indah ciptaan ALLAH... maha hebat... sepanjang menonton rancangan tersebut, sekejap-kejap berdiri bulu roma Imma... hebat betul mereka ini. Semoga ada sahamnya buat insan yang berjaya mengupload rancangan tersebut sehingga boleh ditonton oleh semua golongan di merata tempat tak kira bangsa, agama dan warna kulit... Kepada pihak penganjur, semua warga kerja yang terlibat dalam menganjurkan program ini, semoga ALLAH beri mereka balasan yang setimpal dengan usaha yang dilakukan insyaALLAH...

Kagum melihat hujah yang disampaikan oleh Imam Muda Asyraf, sungguh bijak beliau menjawab soalan mudir, sungguh berhikmah... beliau berjaya menghuraikan jawapan beliau sehingga menampakkan Islam itu mudah, Islam itu Indah...

Sama-sama kita saksikan...



















P/s: Masih begitu mengharapkan Rancangan Akademi Fantasia dimansuhkan, dan mengangkat martabat rancangan Imam Muda ini di tempat yang sepatutnya, sungguh... golongan muda begitu dahagakan rancangan dan input yang Islamik dan pratikal. Wallahualam.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Bidadari Mencemburui Kesolehannya....


WANITA SOLEHAH ~Bidadari Mencemburui Kesolehannya....

Tazkirah Perhiasan yang menjadi dambaan..

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu' ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.


Khamis, 12 Ogos 2010

Ku Mengharap Ramadhan Kali Ini Penuh Makna...



Salam Ramadhan...

Apa khabar? macam mana puasa di hari kedua? penuh tak? pergi terawih tak? =) jawab dalam hati ye. ^_^

Alhamdulillah, Imma pulak dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sabar pada tahun ni, cuma tak macam tahun lepas sebab Imma dah pindah rumah baru, jadi suasananya berlainan sedikit.

Hari ini Imma berkesempatan berbuka puasa bersama senior Imma di UiTM dulu, alhamdulillah kami dapat berbuka bersama-sama di masjid negeri dan solat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama...

Cantik kan?

Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam... rupanya dah banyak perubahan di masjid negeri... hmmm, nampak sangat Imma dah lama tak berkunjung ke sana kan? Teruk kan? ='( ... Ya ALLAH, serius Imma katakan Imma teruja sangat berbuka puasa di masjid negeri... auranya lain macam... susah Imma nak terangkan dalam perkataan, seeloknya anda semua cuba datang ke masjid negeri (Masjid SSAAS), berbuka puasa dan solat berjemaah di sini.

Tadi kami berimamkan Imam dari Madinah... subhanallah, bacaannya syahdu sangat... sebak rasa dalam dada... seronok sangat kalau tiap-tiap malam macam ni.

Ramadhan kali ni juga ALLAH perlihatkan Imma pada sesuatu yang indah, banyak sangat... rasanya tak terkira. Tidak kurang juga ALLAH perlihatkan perilaku sebenar rakan-rakan disekeliling Imma. Kadang-kadang sesuatu yang kita suka, tidak akan menjadi milik kita... dan sesuatu yang ditakdirkan menjadi milik kita... kita kene suka... betul ke ayat ni? apa-apapun Imma bersyukur sebab tersedar awal, dari terus hanyut dengan perasaan yang tak menentu... Alhamdulillah, dan syukur sangat-sangat... Syukur ku pada-MU Ya ALLAH kerana telah memberi ku petunjuk yang sebenarnya... Kini aku mengerti, setiap apa yang berlaku di dunia yang fana ini, janganlah aku mudah terpedaya... Rasa lega sedikit bila beban yang dipikul selama ini pergi meninggalkan Imma. TQ Allah... =) (Tak Perlu Lagi Mengharap... segalanya telah tersurat...)

Seperti bait-bait kata dalam lagu Harapan Ramadhan... begitu juga Imma mengharapkan... Ramadhan Kali Ini Penuh Makna... Agar Imma dapat lalui dengan sempurna... InsyaALLAH...


Harapan Ramadhan

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Kareem...


Selamat Menjalani Ibadah Puasa Buat Semua Umat Islam di Dunia...

Ampun Maaf Zahir dan Batin

Ahad, 8 Ogos 2010

Hidup ini Indah Jika Tahu Menghargainya

Salam mahabbah...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Imma 'update' blog Imma ni.

Pelbagai peristiwa dalam hidup
Seminggu dua ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup Imma. Bermula bulan 6 yang lepas, ramai rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan. Kebanyakan mereka adalah rakan sekolah Imma, rakan persatuan di Universiti, kenalan blogger dan kenalan di Facebook. Sedikit terkilan tidak dapat bertandang ke majlis perkahwinan rakan-rakan Imma, terpaksa bekerja walaupun di hujung minggu.

Lega dan syukur Imma sebab rakan-rakan Imma telahpun melangsungkan perkahwinan mereka, tentunya mereka telahpun terlepas dari fitnah (hidup membujang). "Imma bila lagi?" , "Imma macam mana?", antara pertanyaan yang ditujukan buat Imma. Malas hendak menjawab kerana sememangnya Imma tiada jawapan. Tapi jauh di sudut hati Imma pun menginginkan sebuah perkahwinan yang indah, sederhana dan paling penting diredhai ALLAH s.w.t. Cuba untuk berkelakuan 'selamber' di hadapan rakan-rakan untuk mengelak dari mereka melihat diri ini begitu teruja pada sebuah perkahwinan. Tetapi, melihatkan potrait-potrait mereka yang cukup romantis akhirnya diri ini tewas dengan perasaan cemburu terhadap mereka... persoalan demi persoalan merajai hati Imma, kenapa hati ini belum termiliki? Ramai yang kata Imma memilih... tapi pada Imma, Imma bukan memilih cuma Imma tak nak pisang berbuah 2 kali. Itu sahaja.

Bagi mengubati jiwa yang tidak tenteram, Imma mengambil pilihan untuk membeli buku-buku panduan dalam perhubungan, bermula dengan membeli buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA', kemudian, tulisan Pahrol Mohd. Juoi 'HATI SEORANG LELAKI', kemudian buku 'MURABBI CINTA', buku 'KENAL PEMBEZAAN HAK DAN BATIL', dan seseorang (dianggap bapa) menghadiahkan buku 'AKU, BUKU dan CINTA' kepada Imma. Semakin banyak Imma membaca, semakin Imma rasakan Imma belum cukup bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Alam yang cukup mencabar, menduga diri dan keimanan seseorang jika diri tidak cukup berilmu dan beramal soleh.

Pada bulan Julai yang lepas, Imma dan keluarga dikejutkan pula dengan peristiwa abg kesayangan Imma tidak kesampaian untuk menikahi kekasihnya. Segala persiapan telah dibuat, hantaran telah tersedia, namun takdir ALLAH menentukan mereka akhirnya tidak bersatu juga. Peristiwa sedih hadir tanpa diundang, bagaikan sebuah novel yang tertulis dan tersusun rapi di helaian demi helaian... satu tamparan hebat buat abg dan satu peristiwa tragis buat kami sekeluarga. Imma tidak mampu untuk bercerita lanjut di atas apa yang berlaku, cukuplah Imma kata antara abg dan dia tiada jodoh. Abg akhirnya akur untuk menyerahkan segala tentang jodoh kepada mak. Pada Imma pula, peristiwa itu menambahkan lagi keperitan jiwa Imma yang sememangnya tidak percaya pada cinta pilihan sendiri. Entah, hati kuat mengatakan untuk menerima pilihan mak dan abah. Imma redha siapa pilihan mereka. Walaupun mak dan abah menolak untuk mencarikan calon buat Imma, namun Imma menyerahkan segala urusan kepada mereka. Percaya suatu hari nanti Imma juga akan bahagia seperti rakan-rakan Imma.

Kerja yang semakin bertimbun-timbun
Kerja...kerja...dan kerja...
Imma akui kerja Imma banyak apatah lagi kerja kerajaan yang berkhidmat pada rakyat terutamanya di Selangor. Penat memang penat, tapi hari demi hari cuba perbetulkan niat akan pekerjaanku menjadi ibadahku dan mendapat keberkatan-NYA. Syukur sangat-sangat sebab kerja Imma adalah di bidang pendidikan, kerap kali dapat mendampingi adik-adik yang berada di sekolah agama, pondok, yang setia mengabdikan diri menghafaz Kalam ALLAH. Tenang jiwaku... kembali bersemangat bila melihat wajah mereka yang begitu mengharapkan bantuan dariku...

Kadang-kadang balik awal, kadang-kadang Imma balik lambat... sebagai seorang anak gadis yang kerap kali balik lambat, memang tidak manis dipandang orang, tapi apakan daya kerja Imma menuntut Imma untuk terus bekerja walaupun lewat malam. Imma anggap semua ini adalah 'learning process' untuk Imma di mana suatu hari nanti Imma mungkin akan berdepan dengan perkara yang lebih mencabar. Apa yang Imma pelajari inilah yang akan Imma praktikkan suatu hari nanti, insyaALLAH. =)

Kerja Sosial/Kebajikan
Suatu perkara yang Imma suka lakukan adalah melakukan kerja-kerja sosial/kebajikan. Hmmm... terasa diri semakin hari semakin mementingkan diri bila tak menyumbangkan tenaga pada kerja-kerja seumpama itu. Satu kebahagian melihat wajah-wajah insan yang memerlukan bantuan dan Imma hadir membantu mereka. Aduh, puas dan bahagia sangat tatkala melihat senyuman mereka. Tapi, kekangan masa menyebabkan Imma terpaksa mengurangkan aktiviti Imma bersama mereka yang memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang... kadang-kadang bergenang air mata tak dapat bersama rakan-rakan menyumbangkan tenaga untuk kerja-kerja sosial, terasa diri begitu teruk sekali... hmm... doakan Imma diberi kelapangan masa dan diberi kekuatan untuk turun padang bersama rakan-rakan membuat kerja-kerja kebajikan ye... "please do pray for me..."

Wassalam... =)

*Hidup ini indah jika tahu menghargainya*