Pages

Isnin, 31 Mei 2010

Tiada tajuk sesuai... niat untuk berkongsi cuma

Ehsan daripada blog : http://addamanhuri86.blogspot.com/

Saturday, 29 May 2010
Bada'il bagi Facebook
Assalamualaikum,
Pada posting beberapa hari yang lepas ana ada melontarkan pandangan kepada sahabat2 agar sama2 kita mendiactivekan akaun facebook kita, rentetan dari peristiwa laman ini menyiarkan karikatur baginda yang kita sayangi. Mungkin beberapa alasan membuatkan sesetengah sahabat masih terfikir2 untuk melakukan perkara tersebut.

Antaranya dengan laman ini sahabat2 dapat mengetauhi informasi terkini dari sahabat2 yang lama tidak ditemui, maklumlah kawan ramai sangat, masa umur 10 tahun pindah rumah la, ayah style kerja pindah randah, ramai sgt lost contact dan sebagainya.

Kat sini ana nak kongsi sedikit alternatif mnggntikan Facebook yang anda telah deactivekan. Kalau sahabat belajar Feqh Muasiroh dalam bab2 muamlat, Islam akan cuba mencari Badail (Alternatif) bg menggantikan muamalat yang telah disepakati haram hukumnya oleh jumhur, ini tak lain untuk memudahan penganutnya bermuamalah dan selamat dari unsur2 yang diharamkan oleh Allah.

Jadi wujud sesetengah pihak berusaha mencipta laman yang bercirikan hampir sama dengan Facebook untuk kita sama2 sertai, walaupun mempunyai banyak kekurangan, namun bagi ana sudah cukup untuk kita mengubati penyakit tangan yang agak sukar untuk berpisah dari laman seperti ini. mana la tahu kan.... takut2 boleh bawak sampai mati, terjun bangunan sebab tak jumpa kawan lama. Memang kita x nafikan ianya agak memakan masa untuk kita menunggu kesemua sahabat2 kita sertai, namun ayuh kita sama2 promosi...

Persoalan : Tahukah anda Setiap kali anda LOG IN ke facebook, anda akan menyumbang sejumlah $5 kepada pihak Yahudi???

Berikut diantara 2 laman yang boleh dijadikan alternatif Klik atas gambar untuk Sign Up



haa... macam mana? masih keliru?
tepuk dada tanya iman.
Renung-renungkan... selamat beramal... =)

Wsalam...

Rabu, 26 Mei 2010

R.A.B.U - Perjalanan diteruskan


Salam mahabbah...

Hari ini hari Rabu... ye, semua tahu hari Rabu, saje je saya nak mulakan coretan saya kali ini dengan mengingatkan anda semua bahawa hari ini hari Rabu.... Jom muhasabah apa yang dah kita lakukan sepanjang hari ini............ <@@@@@@@@@>..... ok dah...

Alhamdulillah, hari ini siri usrah berjalan seperti minggu lepas, cumanya bermula agak lewat iaitu hampir jam 6.00 petang. Selepas solat berjemaah bersama boss, yang diimamkan oleh seorang staf lelaki 'dibawa' khas dari Kelantan Pulau Pinang, usrah bermula dengan kehadiran ahlinya seramai 8 orang.

Tajuk kali ini ada kesinambungan dengan tajuk minggu lepas di mana kami mengupas tajuk 'IKHLAS'. Minggu ini pula kami mengupas tajuk 'FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG IKHLAS'. Pelbagai gaya dan lagak masing-masing memberi penerangan dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hidup. Di pihak lelaki mengupas dengan penuh semangat sambil diselitkan pengalaman hidup mereka sehingga mencuit hati kami dan hampir pecah perut dibuatnya. Walaupun terselit gelak ketawa antara kami, boss tidak putus mengingatkan kami supaya sentiasa mengingati mati dan menghitung apakah amalan yang telah dibuat. Perancangan harus dilakukan untuk menuju mardhatillah dan mendapat ganjaran syurga.

Alhamdulillah, jam 7.10 petang kami menamatkan siri usrah hari ini. Hidangan nasi goreng ayam dan air oren membuatkan kami bukan sahaja kenyang dengan ilmu malah rohani perut kami turut terisi. syukur... murah rezeki hari ni...

***Tajuk minggu hadapan: Riak, takbur,ujub =)

Hari ini hari SELASA


Salam mahabbah...

Hari ini sedikit penat dan agak kelam kabut sedikit... ops, bukan sedikit tetapi banyak... hmmm... di mana silapnya ya... adalah tu... tak perlulah saya hurai di sini... saya perlu menjaga hati pihak 'mertua' saya juga... (ayat standart artis). =)

Saya agak penat, mesyuarat yang bermula jam 4.30 petang boleh tamat jam 7.30 petang... hmmm... walaupun di waktu asar, di benarkan untuk solat dan minum petang tapi dalam masa yang sama mesyuarat tetap berjalan. Otak saya bagaikan tepu, namun tetap juga mahu fokus kepada perbincangan. Walaupun begitu, saya begitu mengharapkan program pada 30hb Mei 2010 ini nanti berjalan lancar. InsyaALLAH...

Seakan-akan tidak ada idea untuk ditulis, cukuplah itu sahaja. Hari ini, saya gembira mendapat khabar seorang kenalan saya yang dinaikkan pangkat dan saya juga berduka rakan saya kehilangan stafnya. Itulah yang dikatakan, "kita merancang, ALLAH juga merancang... pastilah perancangan ALLAH itu sebaik-baik perancangan" redha dengan apa yang berlaku dan cuba sedaya-upaya untuk memanfaatkan apa yang telah dikurniakan dengan sebaik-baiknya. Thank you ALLAH... =)

Isnin, 24 Mei 2010

Ku titipkan coretan nan indah buat DIA YANG BERNAMA IMMA


sayangku...
mengapa kau berduka?
tidakkah kau harus bergembira?

duhai intan...
salahkah aku berduka?
bukan menyusah pada sesiapa?

sayangku...
benar, dikau tiada menyusah sesiapa...
namun diriku resah melihat kau sengsara...

duhai intan...
aku memujuk hati yang lara...
hanya berteman 'si hitam' setia...

sayangku...
adakah kau bahagia bersamanya?
sedangkan 'dia' diam tiada berkata...

duhai intan...
diam tidak bererti dia tiada berbisa...
diam 'si dia' menyimpan sejuta rahsia...

sayangku...
ooohhh... cukuplah berteka teki...
penat menaip ke kanan kiri...

duhai intan...
penat, mengeluh, merungut tanda engkau mengalah...

sayangku...
jangan dibuat kesimpulan awal tanpa kau bertanya lanjut...

duhai intan...
haruskah bertanya jika soalan itu sendiri adalah jawapan...? >.<

sayangku...
apakah yang kau inginkan sebenarnya? berterus teranglah...

duhai intan...
..........(diam membisu)...............

sayangku...
..........(juga diam tetapi terpinga-pinga)..........

nukilanku: naurah_haqqul

Tabiat lama berfungsi semula

Salam Mahabbah...

Alhamdulillah di beri kelapangan untuk terus meng'update' blog kesayangan hamba ini. =)

Sedikit tenang apabila saya tidak lagi ber'FB', mungkin hati belum terdetik lagi untuk aktif semula. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan yang ber'FB' itu tidak baik, saya cuma berpuasa untuk ber'FB' buat seketika waktu sehinggalah keadaan kembali pulih seperti biasa. (ayat saya agak berbelit nampaknya)

Saya bersyukur pada ALLAH, sebab tabiat saya yang dulu sudah kembali... tabiat apa ya? =) hmmm... kegilaan saya terhadap buku, dan membaca... Ya ALLAH, tau tak saya begitu merindui tabiat ini... entah kenapa dalam tempoh yang agak lama juga saya kira, kemalasan saya terhadap 'membaca' menjadi-jadi. Puas saya memaksa, tapi tidak menjadi. Bila difikir-fikirkan, saya mengagak mungkin disebabkan faktor saya terlalu 'fokus' ber'FB' dan akhirnya saya ketinggalan jauh dalam dunia menimba ilmu melalui pembacaan. Disebabkan ini juga, saya mengambil keputusan untuk berpuasa dari aktiviti itu sementara waktu. Harap bersabar ye rakan-rakanku... =)Aku Terima Nikahnya - Ustaz HasrizalAbdul Jamil
Walaupun agak ketinggalan dalam memilikinya, saya sedikit pun tidak menyesal dan terkilan... saya anggap ada hikmahnya, ya! pasti. Saya telah tersalah anggap terhadap buku ini, kerana dahulunya saya anggap ia merupakan sebuah buku yang HANYA UNTUK GOLONGAN YANG BAKAL BERUMAH TANGGA DAN SUDAH BERUMAH TANGGA SAHAJA... rupanya setelah saya miliki, sangkaan saya 100% meleset... Sebenarnya buku ini berfungsi untuk memandu kita sebagai hamba yang lemah lagi ketandusan ilmu dalam mengecapi alam rumahtangga dan juga membimbing kita dalam penjagaan hubungan antara lelaki dan perempuan yang saya boleh katakan di sini berada dalam kelompok 'lampu isyarat merah dan kuning'. Saya begitu berterima kasih kepada ustaz Hasrizal kerana berjaya menghasilkan sebuah buku yang cukup bermakna buat saya.

'lampu isyarat merah dan kuning', tidaklah saya tujukan kepada mereka yang sudah ada ikatan khusus, tetapi maksud saya, selagi mereka atau saya sendiri yang belum ada apa-apa ikatan sah... (melalui akad nikah) maka saya letakkan di dalam kelompok 'lampu isyarat merah dan kuning', tidak kiralah yang sudah berpunya atau masih lagi 'kosong'. ^;^

Buku ini menjadi menarik apabila penulis begitu 'sporting' dalam berkongsi kisah 'percintaan'nya dahulu kala... tersenyum-senyum saya membacanya... maklumlah, sedkit sebanyak tercuit juga perasaan halus saya ni.

saling menghargai...

Kepada mereka yang masih belum memiliki buku ini, dapatkanlah segera agar anda lebih dipandu dalam memilih pasangan (bagi yang sedang mencari-cari), dan juga yang sudah ada ikatan pertunangan atau yang sudah berumahtangga miliki jua agar anda memahami apa itu erti 'memberi' di dalam konteks rumahtangga. InsyaALLAh rumahtangga kalian akan lebih harmoni. Percayalah... =)

P/s: Nurul Imma sedang berusaha mengembalikan 'mode' menulis yang lebih berbisa. =)

Ahad, 23 Mei 2010

Duhai hati... bersabarlah...


Di kala ini hati ku terasa resah...
Di kala ini diriku masih menanti jawapannya...
Di kala ini resah gelisah tidak keruan...
Di kala ini ingin saja aku tangisi apa yang berlaku...

Dia...
Dia diam membisu...
Dia diam seribu bahasa...
Dia berteka teki dengan ku...
Dia penuh rahsia...

Aku...
Aku cuba bersabar...
Aku cuba bertenang...
Aku mengharapkan sesuatu yang pasti...
Aku di sini menunggu...

Jika ada salah di pihak ku...
Maaf dipinta, ampunilah diri ini...

Ya ALLAH peliharalah hati-hati kami...
Ya ALLAH peliharalah ikatan ini...

Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersembunyi di lubuk hati kecil kami...
Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami...

Bantulah kami Ya ALLAH... Agar Kami kuat menempuh jalan-MU yang berliku ini.

Khamis, 20 Mei 2010

Jom berkarnival bersama NISA'.... anda pasti terpegun... =)


Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga...
Pelbagai aktiviti menarik disediakan...

JOM JOM JOM...

Rabu, 19 Mei 2010

I.K.H.L.A.S


Salam mahabbah... =) senyum semanis kurma... seindah suria... masyaALLAH, indahnya senyuman itu jika lahirnya tulus dari lubuk hati yang penuh dengan keihklasan.

Hari ini di pejabat Imma, siri usrah berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, syukur Imma pada ALLAH kerana kami semua diberi kelapangan untuk berkumpul, untuk mendengar pengisian daripada Boss kami sendiri, bertukar-tukar pendapat, mendengar setiap orang berceramah ala-ala ustaz dan ustazah... =) masyaALLAH, masing-masing temui isi yang menarik daripada tugasan tajuk yang diberikan iaitu 'IKHLAS'. Imma kira, sedikit sebanyak tajuk ini berjaya dikupas dan dihayati oleh setiap jiwa yang hadir di dalam usrah tadi. Syukur lagi pada ALLAH yang Maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku di dunia ini dan jua di akhirat. Sebagai hamba, Imma begitu merasa kerdil atas segala nikmat diberikan, berbanding amalan yang dilakukan tidaklah setanding mana dengan nikmat yang Imma dapat.

Rakan-rakan setugas begitu teruja bila berbicara soal 'IKHLAS' ini, kadang-kadang terlihat raut wajah keinsafan terbit luhur dari hati yang rasa berdosa pada ALLAH... mulalah ada yang menunduk sahaja semasa usrah berjalan. Bukan mahu mengaibkan sesiapa, tapi Imma sendiri insaf melihat rakan-rakan yang hatinya ALLAH pelihara. Apa yang dibimbangkan adalah apa akan terjadi jika ALLAH tidak lagi mahu memandang amal kita. Bagaimana pula jika hati kita mati dan langsung tiada apa-apa perasaan tika mana bercakap soal 'hati sedang sakit' dan 'hati yang mati'. Takut benar apa bila ALLAH menarik semula nikmat yang diberikan kepada kita. Maka jagalah hati, jangan sesekali dinodai dengan perkara-perkara yang membenarkan hati kita kian berjarak dengan ALLAH.

*Jauh tak berjarak, dekat tak bersentuh... begitulah perumpamaan kita sebagai hamba yang ingin dekat dengan ALLAH... Terasa begitu dekat dengan ALLAH jika setiap amal yang dilakukan dengan penuh keikhlasan (Niat kerana ALLAH).

Di Kesempatan ini Imma mengucapkan ribuan terima kasih kepada boss Imma yang berinisiatif untuk mengadakan usrah ini, juga rakan-rakan setugas atas segala perkongsian yang diberikan. Semoga ALLAH terus memberi nikmat masa lapang kepada kita setiap Rabu petang untuk berkumpul bagi melaksanakan "SKIM PROGRAM TINGKAT DIRI" ini. Semoga ALLAH memelihara hubungan kita ini daripada dinodai syaitan laknatullah, kerana sudah menjadi hukum alam, tidak mudah untuk melakukan kebaikan, pasti syaitan datang dalam pelbagai bentuk untuk memusnahkan perancangan kita ini yang hanya semata-mata untuk mencapai REDHA ALLAH dalam bekerja.

Cebisan Nota yang dikutip daripada usrah tadi:
*Ingat 2 lupa 2
*1 tangan memberi, 1000 tangan menghulur untuk memberi
*Seketul daging (hati), jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan anggota badan dan perbuatannya.

Sekian, Wassalam.

Ahad, 16 Mei 2010

Lebih baik diam


Rasulullah s.a.w sedang duduk-duduk bersama Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmahan dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihat Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa-apa, lelaki itu menjadi semakin berang..

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun cacian dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah, apa lagi bertindak balas. Beliau duduk diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w . Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus dengan galak dengan perangai bodohnya.
Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga Sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Saiyidina Abu Bakar r.a bangun, Rasulullah s.a.w yang sedari tadi terdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Saiyidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah! Adakah kau juga mahu membelaku?"

"Tidak," jawab Rasul sepatah. "Waktu engkau berdiam diri tadi, Malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan."
Untuk apa syaitan datang? Untuk mengapi-apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melaga-lagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih.

Allah s.w.t mengingatkan dalam firmanNya: "Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul bersama orang-oang yang jahil." (Surah Al-Qassas ayat 55)

P/s: Entry ini Imma ambil dari blog seorang sahabat. [klik]

Sedikit coretan buat rakan


Alhamdulillah... memanjatkan rasa syukur pada ALLAH swt dengan limpah kurnia-NYA Imma merasa nikmat yang begitu hebat beberapa hari ini... begitu terasa... mungkin ALLAH mendengar akan doa Imma yang inginkan ketenangan menyelubungi diri. Alhamdulillah...

Beberpa hari ini, kehidupan yang dilalui begitu tenang sekali, Imma telahpun melakukan beberapa perkara yang Imma sendiri tidak percaya... benarlah, kejayaan memerlukan pengorbanan... seperti mana entry Imma yang lepas. Imma minta maaf sebab Imma dah 'deactive' facebook Imma. Mungkin ada dikalangan rakan-rakan yang agak terkejut dengan keputusan Imma ini. Imma pun tak tau kenapa Imma buat macam tu, imma merasa tenang setelah keputusan dan tindakan dibuat. Imma juga tak pasti samada ia bersifat sementara atau selama-lamanya. Atau mungkin Imma akan melakukan 'rebranding' pada FB Imma tu, agar ia lebih bermanfaat pada agama khususnya. =) Terasa tenang jika dapat menyumbang sesuatu pada agama walaupun ia kecil. Namun, apa yang pasti Imma akan sentiasa update blog kesayangan Imma ini yang bakal mencecah usia 3 tahun. (tak silap Imma =))

Buat semua rakan-rakan... ampun dan maaf saya pinta jika ada salah dan silap saya lakukan terhadap anda semua secara sengaja mahupun tidak. Doakan kita sentiasa berada di jalan yang benar dan dirahmati ALLAH sentiasa... Ameen.

Wassalam...

Selasa, 11 Mei 2010

Sejuk mata memandang...

Ya ALLAH...
Engkau peliharakanlah akhlakku juga wajahku...
Sepertimana,
Engkau pelihara keindahan tulip ini...
Sejuk mata memandang...
Sesejuk embun pagi...
Ameen...

Pengorbanan itu sakit...


Pengorbanan itu sakit...
Sepahit hempedu...
Hanya mereka yang hebat bisa menelan kepahitan itu...
Dan hanya mereka yang hebat bisa menelan tanpa memuntahkannya semula...

Pengorbanan itu sakit...
Semua tahu kejayaan memerlukan pengorbanan...
Besar atau kecil...
Lebih besar kejayaan yang diingini...
Maka lebih besarlah pengorbanan yang harus dilakukan...

Pengorbanan itu sakit...
Setiap insan di dunia ini tidak dapat tidak perlu menghadapinya...
Berkorban untuk diri sendiri mahupun orang lain...

Pengorbanan itu sakit...
Ketika melalui saat-saat getir untuk berkorban...
Dunia bagaikan gelap gelita...
Namun ianya seketika cuma...

Percayalah NURUL IMMA BINTI MANSOR
dirimu umpama tulip yang mekar di taman...
Di kelilingi bunga-bunga yang juga mekar bersamamu...
Dalam dirimu berusaha untuk mekar untuk menghiasi taman itu...
Pelbagai dugaan harus dihadapi...
Tabah, cekal, sabar, istiqamah itulah peganganmu...

bersabarlah sayang...

Janji ALLAH itu PASTI!

Rabu, 5 Mei 2010

Kerajaan perlu prihatin isu sekolah agama

Kerajaan perlu prihatin isu sekolah agama

KLANG - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelajaran diminta memberi perhatian kepada keperluan Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum berhajat mengambil alih Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah tadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (MPPIBG), Misswadi Sarbini berkata, perhatian serius terhadap sekolah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat harus dipantau dari segi kemudahan bangunan dan infrastruktur.

“Tindakan sedemikian perlu bagi memberi kemudahan kepada pelajar dan kakitangan sekolah yang dikatakan masih tidak mampu menampung jumlah kemasukan pelajar yang ramai.

“Tambahan pula, mengikut perangkaan tahun ini, seramai 25,653 pelajar yang memohon untuk memasuki tingkatan satu di SABK, namun hanya 3920 sahaja yang layak mendapat tempat,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan yang memohon adalah dalam kalangan pelajar yang cemerlang, namun tempat yang terhad menjadi faktor utama menghantui SABK.

“Permintaan yang tinggi daripada masyarakat terhadap SABK menggalakkan, namun rata-rata ibu bapa kecewa kerana sekolah itu tidak mampu menyediakan tempat yang banyak.

“Walaupun begitu, kita tidak menghalang Kerajaan Pusat mengambil alih SRA, namun mereka harus menaiktarafkan SABK terlebih dahulu agar SRA kelak mendapat kemudahan yang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden MPPIBG, Hashim Maon berkata, pihaknya menyokong sekiranya kerajaan Persekutuan berminat untuk membangunkan SABK seterusnya SRA.

“Hal ini kerana, prasarana dan kemudahan yang ada pada 23 SABK di Selangor masih belum sempurna dan lengkap.

“Oleh itu, kita minta kerajaan menaiktarafkan kesemua sekolah agar dapat membantu pelajar menimba ilmu dengan lebih selesa dan terjamin,” katanya.

Beliau berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO), MPPIBG berperanan besar dalam mengumpul dana membantu pelajar yang serba kekurangan.

“Kita tidak mahu berlaku percanggahan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri demi kebaikan semua pihak.

“Malah, sikap berkompromi dan kerjasama amat digalakkan agar dapat melancarkan urusan semua pihak,” katanya.

“Jangan ada sekatan terhadap Kerajaan Negeri untuk bersama membantu dan memasuki SAM di bawah SBK demi kebaikan pelajar dan PIBG,” katanya.

Pada 30 April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu mohon perkenan Sultan Selangor agar SAM Selangor yang belum berdaftar dapat didaftarkan sebagai SABK serta diletakkan sebaris sekolah lain dalam sistem pendidikan arus perdana ketika majlis perasmian Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin.

Sumber: Sinar harian edisi Selangor