Pages

Sabtu, 27 Mac 2010

Wahai Ibuku wahai ayahku... ampunilah aku...




Hubungkan mereka dengan tali Mu...
ameen ya rabbal alameen...

Khamis, 25 Mac 2010

Alhamdulillah...

Salam mahabbah...

Apa khabar sahabat-sahabat? Alhamdulillah Imma sihat-sihat sahaja, Imma harap sahabat-sahabat di luar sana pun sama malah lebih ceria lagi.

Hari ini hari yang agak penat buat Imma. Dari pagi sampai petang, penuh dengan meeting dan discussion. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik.


Imma cuma sedikit gementar bila program-program semakin hampir. Bila dah gementar, mulalah tidur tak lena, mandi tak basah... tapi makan lalu jer. Hehe...

Imma mengharapkan datangnya pertolongan ALLAH pada setiap pekerjaan Imma, dan semestinya mestilah niat Lillahitaala. Sesungguhnya kepada-NYA jua ku minta pertolongan. Semoga Imma istiqomah dalam setiap amalan. Bimbang juga lalai dan alpa dek kerana sibuk memenuhi tugas-tugas yang hakiki dan hiburan di depan mata. Namun, jika pekerjaan itu tetap kerana-NYA, jujur, amanah, ikhlas... walau bersengkang mata sekalipun... itu dikira ibadah. InsyaALLAH... doakan Imma ye. Imma pun doakan semua sahabat-sahabat jua istiqamah dan bertambah amalannya. ^_^

Sedikit perkongsian daripada Imma... sekadar peringatan buat diri dan sahabat-sahabat yang disayanagi. =)


Dua mata tidak akan disambar api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang berjaga mempertahankan agama Allah


Ahad, 21 Mac 2010

Jumaat, 19 Mac 2010

Pesanan TULIP


Seindah biasa, usah dipandang enteng~

Kelembutan ~peribadi yang luhur

Merah jambu lambang kewanitaan

Merah lambang keberanian dalam diri yang sangat sederhana

Putih lambang kesucian hati

Hidupmu akan mekar setelah ada insan mulia hatinya hadir mengambilmu dengan penuh rasa hormat dan tertib gayanya...

Ahad, 14 Mac 2010

T.u.l.i.p. pilihanku

tulip punya kecantikan tersendiri...
biasa, sederhana... tapi cantik...

Sabtu, 13 Mac 2010

Antara 2 CINTA



Di Antara 2 cinta. Itu tajuk yang saya tulis seperti di atas sana. 2 cinta yang saya maksudkan ini adalah sebuah filem CINTA iaitu "LOVE is CINTA" & sebuah lagi filem CINTA "Ketika CINTA bertasbih". Kedua-duanya punya kekuatan tersendiri, cuma untuk dijadikan contah terbaik, pastilah Ketika CINTA Bertasbih (KCB). Di lihat secara menyeluruh... filem ini cukup indah, dan halus pembuatannya... cuma ada sedikit sahaja yang pincang. Namun, masih bisa dimaafkan. Iya lah mana kan ada ciptaan manusia itu sempurna, dan pastilah ALLAH sahaja yang pencipta yang benar-benar sempurna.


LOVE is CINTA

Atas dorongan rakan serumah, saya berusaha menonton filem ini sehingga tamat dengan hanya bermedankan YOUTUBE.COM. Akhirnya saya khatam juga petang tadi, walaupun ada juga scene yang saya skip. Namun, apa yang saya dapat katakan tentang filem ini adalah, kecintaan seseorang pada sahabatnya begitu menyulitkan dia apabila berhadapan dengan sahabatnya. Ucapan kata cinta dilihat begitu sukar sekali untuk dilafazkan. Ternyata, cinta itu cukup tinggi nilainya pada seseorang yang begitu menjaga kesucian cintanya. Mencintai teman rapat sendiri lebih sukar kerana perasaan malu yang begitu menebal di dalam hati, dan juga keraguan yang wujud kerana itu adalah teman sendiri. apatah lagi jika teman itu sudah miliki pacar diam-diam di dalam hati.. segalanya bagaikan tidak percaya... keraguan begitu menebal, lalu lahirlah persepsi-persepsi yang berada di paras negatif, sederhana malahan adakala positif, dan pastinya paras negatif itu lebih dominan. Namun begitu, penonton hanya dapat menonton filem ini hanya sekadar pengubat jiwa yang bosan, dan bukannya sebagai ubat dan pembangun jiwa. Filem ini begitu jauh dari realiti, begitu fantasi sekali, namun bagi saya ia sekadar filem biasa kerana pengisian jiwa itu kurang. Kerana saya yakin dan percaya penonton dikalangan umat Islam jumlahnya begitu besar sekali. Adegan yang kurang manis membuatkan saya tidak selesa, kerana peluk memeluk itu bukan budaya kita sebagai orang Islam. Tidak harus ditunjukan rasa kasih dan cinta itu dengan memperlakukan sebegitu rupa. Apa-apa pun, filem ini hanya memberi kesan kepada emosi penonton terutama yang sedang dilamun cinta atau mungkin mengalami peristiwa yang sama seperti di dalam filem ini. #Ucapkanlah cinta sebelum terlambat.

Ketika cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih... hmmm, pada mulanya saya memang agak malas untuk mengikuti filem ini. Tapi atas desakan demi desakan rakan-rakan saya akhirnya mengalah. Apatah lagi Ika (sahabat maya, my sis in law wanna be ^^) menghadiahkan saya sebuah DVD KCB ini ketika menjelang hari lahir saya ke 24 yang lepas. Thanx a lot Ika dearie... Muaah...

Sedikit ulasan mengenai Ketika Cinta Bertasbih...
1. Diawal perjalanan Filem ini agak membosankan, namun membuatkan terus saya melekat di hadapan laptop adalah kerana lagunya yang indah... bagus bangat dong.

2. Filem ini banyak menyedarkan saya mengenai jodoh dan pertemuan itu di tangan ALLAH, owhh maaf, bukan menyedarkan tetapi lebih meyakinkan. Ya benar, selama ini kita percaya jodoh pertemuan di tangan ALLAH, tetapi adakah kita benar-benar yakin? percaya dan yakin itu berbeza!~ harus tahu itu. MasyaALLAH, filem ini menjadi wadah dalam menterjemahkan kekuasaan ALLAH kepada kita. Satu rasa yang sukar untuk saya nyatakan di sini ketika satu babak di dalam filem ini betul-betul menyentuh perasaan saya.

Babak di mana, Nisa (heroin) melakukan sujud syukur serta merta kepada ALLAH sebaik sahaja mendengar akan perbualan ayahnya yang ingin menikahkannya dengan jejaka
(hero) yang selama ini bertahta di hatinya. Dia bagai tidak percaya, akhirnya dia dapat bersatu juga dengan jejaka berkenaan. Cinta yang sekian lama terpendam, tidak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH. Di ketika inilah, kita dapat lihat ALLAH Maha Berkuasa, Maha Adil... dan janji ALLAH itu PASTI! Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaiknya. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada sebab musabab yang kita tidak ketahui.

Ternyata sentuhan Ustaz Habiburahman El-Shirazy ini begitu hebat sekali. Mesej yang disampaikan begitu jelas. Ketika menontonnya, anda harus sabar dan teliti, mungkin kerana bahasa yang digunakan. Jika tidak mungkin anda tidak faham apa yang ingin disampaikan dan tidak menjiwai sepenuhnya.

***

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

C.U.T.I

Salam Maulidur Rasul,


Welcome to my new blog! Walaupun isinya masih sama, tapi Imma akan update dari semasa ke semasa, biarpun hanya 1 perkataan. ehehh... *-*

Semalam 26/2/10
Pagi
Imma sempat menghadiri Bengkel Speaker. Seronok sangat... Tq Kak Yder (DT) sudi berkongsi pengalaman, memberi pelbagai tips menarik kepada kami anak-anak muda remaja ni... Petang
Imma pergi ke rumah abg kepada h/mate Imma, dia dan isteri buat kenduri kecil-kecilan. Best sangat... makan mee bandung. nyum nyummm... ^-^ Rumah abg Kak Lin dekat je dengan Masjid Al Hidayah Seksyen 18 tuu. Untong kan, dapat rumah dekat dengan masjid/surau... setiap waktu leh jemaah kat sana. hmmm... semoga Imma pun dapat rumah dekat dengan surau/masjid suatu hari nanti. Ameen Ya Rabbal Alameen...

Malam
Imma dan h/mate ke Jusco Bukit Raja, niat di hati nak beli baju dan kasut, apakan daya tak de yang berkenan. Lenguh kaki berjalan... hmmm... ~.~

Hari ini 27/2/10
Pagi
Cuci bilik air dan cuci toilet. Almaklumlah, minggu ini giliran Imma cuci toilet. Geram tol ngan rumet Imma nih, time turn kita cuci toilet, asyik remind je... kalo time dia tuh... diam je... Cisss! Rumetku yang budiman sungguh.

Petang
Keluar makan kat Kedai masakan Thai, h/mate mengidam nak makan masakan Thai. Best sangat... kami makan tom yam campur, kailan goreng ikan masin, kerabu mangga dan bandung cincau a.k.a bancau. Lepas makan kami pun berpisah, dia masuk UiTM katanya ada diskasen, Imma lak melencong ke pasaraya Bintang seksyen 7... bukan sopim tau, beli barang keperluan. Yang paling menyedihkan, bila Imma kuar dari Bintang, Imma berjalan ke Keta Imma (CHENTA)... Imma rase macam nak pengsan, geram, lomah jantung dan segala macam penyakit kronik yang datang kat Imma. Tau x nape? huwaaaaaa!!! waaa!!!! ='O keta Imma! kene langgar dengan makluk asing... kompem laa alien kan? hish... kalo manusia takkan laa dia menghilangkan diri, tak pun makhluk halus yang Imma tak leh nampak ngan mata comel Imma ni. hmmm sedey maaa... nak nangis, orang nampak laaak... dah laa kite tgh pokai, makhluk tu pulak buat hallll... Astaghfirullah... tak baik... kan segalanya adalah datang dari ALLAH, mesti ada hikmah yang tersembunyi... Imma kenelah bersabar. Tak pe tak baiki pun, keta tak comel tak pe, janji driver dia comey... eccehhhh... heheheh... =)

yey~!! dah hepi balik...

**maka dgn itu, moral of the story is ~ setiap kejadian ada hikmahnya, tak baik pikir bukan-bukan, yang paling penting muhasabah diri, mungkin ada dosa yang telah kita lakukan dan ALLAH murka, atau juga ujian ALLAH pada kita... remember Kung Fu Panda tak? =)


sekian...

**sungguhlaa memboringkan update blog tanpa gambar...