Pages

Sabtu, 27 Februari 2010

Berpindah

Salam,

Pengumuman: Imma telah pun berpindah ke alamat baru iaitu www.nurulimmamansor.blogspot.com


Sekian, Wassalam.
Imma

Sabtu, 6 Februari 2010

Update UPDATE Update

Salam semua... hmmm, Imma rasa macam lama sangat tak jenguk blog Imma ni. Penuh dengan sawang. Kesian pulak kawan-kawan tak dapat update daripada Imma. =)

Oklah, Imma cerita serba sedikit perkembangan terbaru Imma. Alhamdulillah, Imma masih lagi hidup seperti sedia kala di bumi bertuah ni, dan Imma sedikit sibuk dengan kerja-kerja hakiki. Imma pergi jalan-jalan pun ada juga. Kenal orang sana sini. Imma gembira sangat dan Imma sangat bersyukur dengan apa yang Imma dapat hari ni. Imma mula menyelami dunia PENDIDIKAN yang sebenar. Hmm... rupanya tak mudah untuk kita merencanakan sesuatu untuk masa depan anak-anak kita ni... (macam dah kahwin je cara cakap) Banyak benda yang perlu dititik-beratkan. Imma bertuah, Imma mendapat kerjasama pelbagai pihak, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Erm... Imma rasa Imma berhenti setakat ni dulu ye. Nanti kalau ada apa2 Imma tulis lagi. Terima kasih sudi baca.

Salam sayang. =)))


**Esok pagi2 nak gi jenguk si comel. sebab dah sebulan tak start si comel. takut dia koma pulak...