Pages

Jumaat, 22 Januari 2010

Sabar

Pengubat Jiwa Terluka

Semoga Imma diberi kekuatan untuk terus bersabar... Imma tau Imma dah cuba sedaya upaya.

Imma pernah dengar orang cakap, sabar yang paling manis, apabila kita hampir nak marah pada orang tertentu... menahan marah sehingga gementar seluruh tubuh... suara bergetar... sejuk tubuh badan... tetapi kita masih menahan marah dan sabar, itu lah sabar yang paling di rahmati ALLAH. Imma tak tau kesahihannya sebab Imma dengar dari mulut ke mulut je.

Hari ini, daripada pagi sampai ke petang... Imma cuba bersabar dengan kerenah orang yang berurusan dengan Imma. Imma cuma hamba biasa... Imma tak kuat, tapi Imma cuma percaya, jika kita menjaga hubungan baik dengan ALLAH, insyaALLAH ALLAH akan menjaga hubungan kita sesama manusia. Malah, ALLAH hijabkan keburukan kita dari pandangan orang dan percakapan orang. Imma berpegang pada itu je. Alhamdulillah Imma sedikit sebanyak dapat bersabar dan bekerja dengan tenang hari ini, walaupun hampir-hampir sahaja Imma mengeluarkan kata-kata pedas pada orang yang berhampiran dengan Imma. Alhamdulillah syukur... ALLAH pegang hati Imma... Kalau kita lupa ALLAH, syaitan tidak sesekali melupakan kita... Amarah yang marah diapi-apikan syaitan... =((

Imma tak nak tulis kenapa Imma nak marah... Imma perlu jaga hati semua pihak. Bimbang ada yang salah paham. Biarlah pada ALLAH jua Imma mengadu, kerana dia sebaik-baik tempat untuk mengadu. (Cukuplah apa yang berlaku selama ini, mengadu bertukar menjadi salah paham lalu bertukar kepada persepsi negatif, bertukar lagi menjadi hubungan yang kian renggang... lalu ada yang menjauhkan diri... termasuk diri ini)

Semoga ALLAH menjaga hubungan ku dengan Manusia. Ameen.

Jumaat, 15 Januari 2010

Srikandi Harapan Pembela Anak Bangsa

Apakah kaedah yang berkesan untuk aku mengekalkannya (senyum) ?

Sesungguhnya akulah insan yang lemah...
Aku kalah dengan emosi yang bermaharajalela...
Hati yang rapuh menambahkan lagi sakit di jiwa...
Membuatkan diri lumpuh tidak berdaya...

Menangislah wahai mata hati...
Menangislah kepada Illahi...
Kepada-Nya engkau mengadu...
Kepada-Nya jua engkau duduk bertelaku...
Sambil berdoa agar diberikan kekuatan...
Ingatlah wahai diriku, engkaulah Srikandi harapan...
Membela anak bangsa yang hanyut ditelan arus liberalisasi...
Kuatlah... kuatlah... wahai Srikandi sejati...
Bangkitlah... bangkitlah... engkau membela agama!
Pasakkan di minda serta hatimu... engkau bekerja kerana ALLAH!
Bukan... kerana manusia!

You have to be strong Imma... don't cry my dear...
Believe me... ALLAH with you...



Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu...
Salah... kau limpahkan kurunia
Dalam sunyi aku bersujud

Khamis, 14 Januari 2010

Menyingkap sejarah Rosli Dhobi

Sumber terpilih: http://www.aidilx.com/2009/06/rosli-dhobi-pejuang-atau-pembunuh-ii.html

Ini merupakan entriku yang kedua berkatan Rosli Dhobi. Kebetulan, semasa aku menerbitkan entri awal pada 08.06.2009 bertajuk yang sama iaitu “Rosli Dhobi: Pejuang Atau Pembunuh”, server yang menampung blog aku mengalami masalah teknikal. Akhirnya, entri pertamaku berkubur bersama-sama sejarah Rosli Dhobi. Keesokkan harinya, aku mendapat perkabaran duka tentang sepupuku. Badikah ini?

Rosli Dhobi; namanya mula mekar semula apabila dokumentari tentangnya mula disiarkan semalam melalui saluran Astro Prima. Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.

Semasa kecil arwah bapa pernah menceritakan tentang kisah perjuangan Rosli Dhobi dan sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak. Beliau adalah seorang anak muda yang berani. Bayangkan diusia semudanya sudah sanggup memperjudikan nyawa demi kemerdekaan negerinya daripada penjajahan British. Cinta pula terpaksa dikorbankan demi negara, bangsa dan agama.

Arwah Awang Rambli mempunyai kaitan persaudaraan dengan arwah bapa. Sebab itu, arwah bapa mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah ini. Tidak perlu disingkap dengan lebih lanjut tentang ikatan persaudaraan arwah bapa dan Awang Rambli, kerna aku rasa lebih baik ianya disimpan sebagai sejarah kami sekeluarga. Aku yakin sekiranya arwah bapa masih hidup dan berkesempatan menonton dokumentari ini sudah pasti arwah bapa akan rasa terharu. Aku juga yakin orang lama di Sarawak (khususnya di Sibu) yang menonton dokumentari ini pasti akan terimbau kembali detik bersejarah dan berdarah seorang Gabenor British yang angkuh, akhirnya tumbang ditangan Rosli Dhobi.

Perjuangan sahabatnya yang lain juga tidak boleh dinafikan. Mereka adalah pejuang; Bujang Suntong, Awang Rambli dan Morshidi Sidek. Mereka berjuang bukan pembunuh dan bukan jua petualang bangsa.

Terbitnya dokumentari ini aku rasa amat wajar sekali disaat orang muda sudah mula melupai sejarah bangsa. Cubalah buat kaji selidik berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada mana-mana remaja di Malaysia. Aku yakin di dalam 100 orang, mungkin hanya seorang dua yang mampu menjawab soalan berkaitan sejarah Malaysia dengan betul. Kalau tak percaya, kita tengoklah nanti apabila tibanya 31 Ogos. Justeru, aku beranggapan bahawa kamu boleh menentukan sama ada benar Rosli Dhobi adalah seorang pejuang ataupun pembunuh. Bagi aku, Rosli Dhobi tetap seorang wira. Wira yang tak pernah mati dihati rakyat negeri Sarawak. Sama seperti Rentap!Aku tuntaskan tulisan aku hari ini dengan petikan surat yang ditulis oleh Rosli Dhobi sebelum hukuman dijatuhkan. Untuk aku dan kamu baca kemudian hayati. Mudah-mudahan, kita mampu mengerti akan makna tersurat dan tersirat disebalik warkahnya yang terakhir.

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.

- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.







A. W. A. S

Salam mahabbah,

Alhamdulillah, saya berpeluang terlibat dengan satu diskusi ilmiah dengan beberapa orang sahabat pada malam semalam. Segala perbincangan berkisarkan ......... (maaf tidak dapat dicatat di sini atas sebab-sebab tertentu). Saya begitu teruja, sekian lama beristirehat dari terlibat dengan diskusi sebegini.. rasanya otak semakin beku dan berkarat. Berdebat sesama kami, lalu terhasilnya wehdatul fikr dan wehdatul amal. Itulah yang kami inginkan, kesatuan fikiran lalu tercetusnya kesatuan amal dalam merancang gerak kerja.

Kerinduan saya pada sahabat-sahabat kampus begitu mendalam, apatah lagi masing-masing sudah memegang passport alumni kampus masing-masing, dan juga sibuk dengan kerja masing-masing. Walaupun lama tidak bertemu, perdebatan kami yang kadang-kadang diselang seli dengan emosi yang tidak 'stabil', membuatkan perdebatan menjadi menarik malah bersemangat berdebat sehingga mencapai resolusi yang pastinya semua bersetuju sebulat suara. MasyaALLAH, inilah yang saya tunggu-tunggu, perbincangan ilmiah yang disokong oleh fakta, dalil, pengalaman, ilmu akademik dan lain-lain membuatkan kami masing-masing teruja dengan pendapat sahabat-sahabat kami. Tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa, bukan mendokong ego yang menggila tetapi menjinakkan ego menjadi tertib... banyak yang saya perolehi, pastinya diskusi menarik ini harus diteruskan. InsyaALLAH... terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir semalam, ada yang basah kuyup sebab naik motor, ada yang bermusafir menaiki komuter, singgah pula di surau KTM untuk menunaikan solat asar... berkonvoi pula kami menuju ke destinasi indah. Allahuakbar, rindu betul zaman kampus... yakinlah, kita semua dipilih oleh-NYA untuk duduk bersama, berfikir bersama, bergerak kerja bersama. Syukran sahabat. =)


B e r b e z a i t u d i k e n a l i : YB Husam Musa

P/s: K. Husni, nanti nak sauna lagi yer.

Selasa, 12 Januari 2010

Pergi

Salam Mahabbah,

Imma upload lagu 'PERGI' ini sebab Imma memang minat lagu ini. Antara sebabnya, lirik, melodi, muzik dan suara penyanyi berada dalam satu pakej yang menghasilkan satu karya yang hebat. Malah, lagu ini juga mengingatkan Imma kepada sebuah lagu cina yang pernah Imma nyanyikan semasa berada di SJK (c) dulu. Muziknya ada sedikit sama, tapi Imma lupa tajuk lagu tersebut. Pencipta lagu ini yang merupakan seorang berbangsa cina, maka tidak hairanlah terdapat sedikit pengaruh lagu cina di dalam lagu ini, selain terdapat juga elemen muzik kesenian bangsa India itu sendiri. Sekaligus, Imma boleh katakan lagu ini turut menggambarkan kewujudan kepelbagaian kaum/bangsa di Malaysia itu sendiri.



Pergi - Aizat

Tambahan...

Ditanya tentang kekuatan lagu “Pergi”, ciptaan Pete Teo,
Aizat berpendapat ia adalah pada 'setting' serta moodnya.

"Asalnya, lagu itu hanya vokal, petikan gitar dan sedikit 'erhu'.
Kini, ditambah lagi dengan sokongan sebuah orkestra, ia banyak menguatkan lagu tersebut,” katanya yang turut berkongsi telah menjiwai lagu "Pergi" dengan bait-bait liriknya yang menyentuh hati, dengan banyak berfikir tentang neneknya yang kebetulan sedang nazak serta kehilangan dua kucingnya.

sumber:http://www.gua.com.my/

Ahad, 10 Januari 2010

Duta Islam Yang Pertama

Musab bin Umair adalah sahabat Rasulullah yang sangat terkenal dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam lagi Musab terkenal sebagai orang yang berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu berlawan dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Musab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Musab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik beradiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Musab telah menganut Islam.

Ibu dan ayahnya telah mengurung dan menyeksa Musab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Bagaimanapun tindakan itu tidak sedikit pun melemahkan keyakinannya. Pujukan dan ancaman ibunya tidak berkesan. Mereka sudah habis ikhtiar lalu membebaskannya buat sementara.

Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Musab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu memujuk ibunya memeluk Islam kerana kasih pada ibunya. Musab membuat pelbagai ikhtiar tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Musab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi. Dia pun bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahawa dia tidak akan makan dan minum sehingga Musab meninggalkan Islamnya.

Cuba bayangkan bagaimana jika anda berada di tempat Musab ketika itu, berhadapan dengan ibu yang hanya hampir tinggal nyawa ikan? Apakah jawapan anda? Tergamakkah anda membiarkannya terlantar begitu? Atau apakah ada jawapan lain yang lebih menggembirakan? Dengarlah jawapan Musab kepada ibunya:

Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali.

Apa lagi lemahlah siibu mendengar jawapan sianak. Dengan jawapan tersebut juga, Musab dihalau daripada rumah ibunya. Tinggallah Musab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu.

Untuk meneruskan kehidupannya, Musab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Musab. Adik-beradik Musab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Musab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Musab turut bersama-sama rombongan tersebut.

Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Musab sering disebut-sebut oleh sahabat:

Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Musab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila ibu Musab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Musab yang bernama al-Rum untuk memujuknya. Namun Musab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Musab ditugaskan memegang panji-panji Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Musab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Musab dan melibas tangan kanannya yang memegang panji-panji Islam. Musab menyambut panji-panji itu dan memegang dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Musab terus menyambut dan memeluk panji-panji itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Musab sebagai syuhada' Uhud.

Abu al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan panji-panji tersebut daripada jatuh ke bumi. Abu Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Musab. Abu Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup mayat Musab. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air matanya. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

Apabila ditarik ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu.
Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yang pertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah. Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Musab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Musab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana dan kekurangan berbanding darjat dan kehidupan yang mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan kehidupan dalam perjuangan yang tidak pernah padam.


-sumber daripada weluvislam.com

Jumaat, 8 Januari 2010

Terima kasih


Salam mahabbah,

Alhamdulillah, hari ini genap 3 hari Imma bertugas dengan memegang jawatan baru. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu Imma. Imma gembira sangat, cuma rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata bila dipanggil 'cik'. Aduh... ditimpa perasaan.

Namun, ada juga cabaran yang Imma lalui seperti menghadiri mesyuarat besar yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai unit/jabatan. Imma sedikit gugup untuk bersuara, tetapi kuatkan semangat untuk berdepan dengan mereka yang banyak pengalaman, lebih senior, lebih veteran, lebih segala-galanya. Imma cumalah seorang budak hingusan yang baru bertatih untuk mengenal dunia kerjaya yang baru. Sungguh Imma gementar. Imma bersyukur Imma punyai rakan-rakan dan staf-staf sekeliling yang banyak membantu. Terima kasih daun keladi, dapat gaji Imma belanja maggie... =)

Banyak lagi yang perlu Imma perbaiki, insyaALLAH Imma cuba untuk perbaiki dan belajar dengan cepat. 'Career 1st!!!' Doakan Imma berjaya dan dipermudahkan urusan ye. Terima kasih banyak-banyak. =)

Jom Kerja


Kerajaan Negeri Selangor bersama Perbadanan Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan menganjurkan Program Jom Kerja! Siri III Peringkat Daerah Klang yang akan disertai oleh 25 syarikat swasta terpilih pada 9 dan 10 Januari 2010 (Sabtu & Ahad) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Temuduga terbuka akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. [baca lagi]

Antara objektif Program Jom Kerja! ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada terutamanya golongan belia dan ibu tunggal. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Program ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor di mana peluang tersebut dibuka seluas-luasnya kepada rakyat tempatan sebelum pihak berkenaan mendesak mencari pekerja asing.Calon-calon yang berminat boleh hadir ke lokasi Program Jom Kerja! Siri III di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

Sumber terpilih: http://www.drhalimahali.blogspot.com/

Khamis, 7 Januari 2010

Rabu, 6 Januari 2010

Menelusuri denai-denai baik pulih


Salam mahabbah...

Maaf kepada semua, blog Imma kini sedang melalui proses baik pulih agar ia tampak lebih matang, bersih, sedap mata memandang... bersesuaian dengan umur Imma kini yang bakal menjangkau usia 24tahun (insyaALLAH). Semoga blog ini lebih terisi dengan tajuk-tajuk (juga isinya) yang dapat memberi manfaat kepada pembaca budiman. InsyaALLAH.

Semoga kalian tidak bisa putus untuk berkunjung ke laman biasa ini...

Harap maklum.

Isnin, 4 Januari 2010

*Home Sweet Home*

gambar hiasan

Alhamdulillah, hari ini genap 4 hari Imma berada di rumah (Machang, Kelantan). Imma happy sangat, lupa segala kerja-kerja di ofis dan lupa segala benda yang dah jadi dulu... Sekarang Imma dengan semangat baru, chapter baru, diari baru... jawatan baru, ofis baru... =)) Ops, Imma lupa nak bagitau pasal kerja Imma. Jom masuk perenggan baru...

gambar hiasan

Alhamdulillah sekali lagi, setelah Imma fikir masak-masak, tanya orang berpengalaman, mohon petunjuk Illahi... akhirnya Imma berlapang dada dan menerima 'jawatan' itu dengan harapan ia dapat membentuk keperibadian Imma, khususnya jati diri Imma, kerjaya Imma menjadi semakin baik, Imma melangkah setapak ke hadapan untuk maju dalam hidup, Imma dapat membalas jasa Mak dan Abah Imma... dan semoga dengan kehadiran Imma dalam 'unit' tersebut, Imma dapat menyumbangkan tenaga Imma, buah fikiran Imma untuk keperluan rakyat Selangor. InsyaALLAH.

Semalam 3hb Januari 2010, kenduri kesyukuran telah diadakan di rumah mak dan abah Imma sendiri, melahirkan rasa syukur pada ALLAH atas kejayaan anak-anak mak dan abah dalam bidang masing-masing. Terima kasih ALLAH, terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah kerana berjaya mendidik kami semua menjadi insan berguna. Imma tak pernah sangka, kesusahan hidup yang kita lalui 15 tahun dahulu, akhirnya membuahkan hasil yang tidak ternilai pada hari ini. Imma sebak mengenangkan nasib kita dulu.. apapun yang terjadi, kita tetap bersabar, redho dan bersyukur dengan apa yang ALLAH hadiahkan dulu dan kini. Hari ini, mak dan abah boleh menarik nafas lega, melihat kami adik beradik berjaya di medan masing-masing.

Kepada rakan-rakan, adik-adik di luar sana... bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah. Kalau boleh Imma tak nak ingat perkara pahit yang terjadi dalam keluarga Imma, perit sangat, tapi setiap kali mak cerita balik pasti Imma bergenang air mata. Mungkin, mak nak kami adik beradik ingat macam mana kami bangkit dari kesusahan... jangan lupa asal usul... berpijak di bumi yang nyata. Sungguh! Imma tak pernah lupa mak. Tiap kali Imma melakari kejayaan tak kurang juga jatuh dek kegagalan, di saat itulah kepedihan sejarah hitam menjelma di ingatan... kerana sejarah itulah yang membentuk keperibadian imma hari ini. Mak, you are the real superstar in my heart. I l o v e y o u...and Thank You Mak & Abah.

P/s: Penulisan Novel *N O T A C I N T A D A R I B E I J I N G* terpaksa ditangguhkan. Penulis sedang mencari ilham menulis novel lain.