Pages

Isnin, 30 November 2009

Rahsia di sebalik gerak laku


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1. Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2. Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3. Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4. Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5. Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6. Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7. Memandang kita, tetapi tidak pada mata (tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak relaks. Mungkin gemuruh.

8. Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap negatif kapada kita. Dia kemungkinaa berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9. Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10. Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.

sumber:http://myadha.blogspot.com/2009/11/rahsia-disebalik-gerak-laku.html

Perkahwinan

Satu perkataan yang pernah singgah dalam kamus hidupku... namun semuanya adalah kenangan silam. Apabila perkara ini disebut, pastinya sesuatu perhubungan itu mencapai ke kemuncaknya. Mengikat ikatan yang sah dengan lafaz akad, berserta dengan syarat-syaratnya yang lain.

Semenjak dua menjak ini, aku diundang ke majlis-majlis perkahwinan... namun satu undangan pun aku tidak berpeluang untuk hadir. Maaf sahabat-sahabat, bukan niat untuk sengaja tidak hadir, tetapi dek kerana tuntutan tugas di hujung minggu lebih memerlukan perhatianku. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kesudian kalian menjemputku. Tahniah dan semoga berbahagia bersama pasangan masing-masing...


Patah hati
Jika diimbas kenangan lalu, masih berbekas di hati ku. Aku cukup fobia dengan kata CINTA, aku cukup fobia dengan PERKAHWINAN... pedih teramat pedih aku rasakan. Namun aku harus berpegang pada kalam ALLAH yang suci ini,
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Aku bukan insan yang tabah persis Saidatina Siti Khadijah, aku juga bukanlah insan sehebat Saidatina Siti Fatimah... aku insan yang lemah, diuji sedikit aku terkulai layu...

Pernah suatu ketika aku diberi kata-kata perangsang oleh seorang sahabat, namun yang membuatkan aku bingung, sahabatku berkata,"Imma sampai bila nak tutup pintu hati tu? berilah peluang pada orang lain... janganlah ikut perasaan" Sahabat, tidakkah kau tahu yang hati aku dilukai begitu dalam sekali? tidakkah kau sedar aku bangun sedikit demi sedikit... hati aku bukanlah mainan yang boleh dibaling-baling sesuka hati. Aku punya perasaan, aku punya rasa. Bukan aku menidakkan lamaran orang, tapi cukuplah kau fahami bahawa aku belum bersedia. Berikan aku masa... berapa lama? 1 tahun mungkin, 2 tahun mungkin... terpulang, terpulanglah pada hatiku... Sahabatku... usah kau risau, aku tahu kini kau cukup bahagia bersama pasanganmu. Aku gembira untukmu... aku tahu kau risau melihat keadaan ku, namun percayalah sahabat... ALLAH itu maha adil, aku yakin akan janji-janji ALLAH itu pasti. Ya! Pasti. Aku Yakin.

Kepada Sahabat-sahabatku yang telah melangsungkan perkahwinan... maafku pinta sekali lagi...
Kepada:

Ustaz Dzulkhairi (GAMIS) & Kak Raihana
Wan Yusoff & Siti Fatimah (Sahabat baikku)

Ehsan (SPIES) & Shikin

Nuraisyah (sahabat tersayang) & suami

Kak Habibah Musa (Jemaah kampus) & Suami

Akhi Mior Isfanddy (Jemaah uia & SPM) & Isteri

Afifi (Jemaah UM) & Isteri

Kak Huda (jemaah kampus) & suami

Abg Hazman (Jurulatih silat sekolah) & Kak Linda -bakal dilangsungkan 13hb Dis ini


Semoga berbahagia, dimurahkan rezeki... dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Segala kebaikan datang pada kalian hendaknya. Ameen.

P/s: Hargailah perkahwinan, jagalah ia seperti mana kalian menjaga maruah peribadi kalian

Belaian Jiwa

Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar. Urusan ku berjalan lancar. =) aku gembira. Tapi dalam suka tetap ada duka. Hendak ku ceritakan tak terluah rasanya. Namun, biarlah ia berlalu bagaikan air mengalir di celahan batu-batu, air itu kelihatan cukup indah mengalir walaupun batu itu bertaburan di atas tanah.

Jumaat, 27 November 2009

Panduan Solat Sunat Aidiladha

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad (sunat yang dituntut)

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram /Niat solat:

Lafaz niat. "Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" (untuk solat seorang diri).

"Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

"Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" (jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.



(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.


(4) Membaca fatihah dan surah al-Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul (rakaat kedua) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al-Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir dan doa,

(11) Membaca dua Khutbah. (sekiranya bersolat secara berjamaah)


Peringatan:

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah) sehinggalah selepas solat Asar (13hb. Zulhijjah).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. (tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. (Aidil Fitri dan Aidil Adha)

Khamis, 26 November 2009

Hari Arafah - 9 Zulhijjah

Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah.
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-

Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai) sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan.
- Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-



Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Sumber:http://aki2004.wordpress.com/

Rabu, 25 November 2009

Sorotan cerita - Ayat-ayat Cinta (edited)

Buah tangan ini, ku titipkan khas buat sahabat-sahabat semua diluar sana. Sekian lama tidak ku hadiahkan pengisian untukmu sahabat, kali ini aku hadir dalam erti kata aku kembali ingin bersama mu semula.

Untuk pengetahuan, video ini telah saya paparkan di blog saya yang lama dahulu, paparan kali kedua ini hanya sekadar ingin mengimbas kembali pengisian-pengisian lama supaya kita semua tidak leka dengan kisah cinta yang belum pasti. Sekadar ingin berkongsi juga...

Semua insan ingin disayangi, sudah lumrah hidup kita, bercinta dan dicintai itu keperluan setiap insan... namun, kadang-kadang kita tewas dek kerana cinta manusia kita letak arasnya di atas cinta Illahi, kita juga tewas dek kerana arasnya kita letak sama dengan cinta Illahi. Iman yang turun naik aras meternya menjadikan manusia hilang arah tujuan bilamana cinta manusia menjadi matlamat utama dan bukan pula matlamat untuk menggapai cinta Illahi.

Bercinta Sampai ke syurga... mahu diungkapkan mudah, mahu dilaksana payah sekali. Apakah ada jalan pintas untuk bercinta lalu terus sampai ke sana? Jawapannya tidak bukan? Hidup suburkanlah hatimu wahai sahabat, sama-samalah kita mematuhi segala perintah dan larangan ALLAH... melakukan perkara sunat, yang menjadi amalan Nabi saw dan para sahabat... InsyaALLAH mereka kita jejaki, di sana kita bertemu... Janji ALLAH itu pasti! Tepuklah dada tanyalah Iman.




P/s: Dari sahabat untuk sahabat... jua untuk diri sendiri

Si Comel Masuk Klinik

Salam semua... apa khabar? harap-harap semua orang sihat. Imma still lagi tak sihat. Hari ni Imma MC. huhu...

Tak tau nak share ape, erm... semalam Imma bawa si comel ke klinik... nak servis dia. sebab Imma rasa lain macam dah bawa si comel ni. Satu lagi sebab dah 3 bulan tak servis... waaa... teruknya. Kesian si comel... tengok tu gambar si comel time tengah kene servis... =)


Tak lama lagi si comel akan ada kawan baru... =)

Selasa, 24 November 2009

Betul-betul demam


Rupanya Imma betul-betul demam hari ni... ='( Imma ingat semalam Imma cuma panas-panas badan dan sakit tekak, tak sangka pulak berlarutan sampai demam. Pagi tadi nak bangun qiam pun tak larat... lemah sangat... ingat nak MC, bila pikir nak present design buletin yang dah diperbaiki terpaksalah membatalkan niat tu. Kat luar rumah hujan lebat... Imma dah laa fobia bawa skuter dalam hujan, dulu penah accident sekali disebabkan licin then Imma jatuh dari motor pastu kepala Imma kene langgar dengan kereta. Hmmm... Imma rasa effect sampai sekarang, mungkin Imma selalu lupa tuu effect daripada accident... mungkin... Hari ni Imma bawa skuter slow sangat, memandangkan hujan still lebat. Nasib baik ada baju hujan yang labuh sampai kaki. Hmm... sedihnya. Tak pe, Imma redho... Imma tau ALLAH sayang Imma. Imma pun sayang ALLAH. Sampai dipejabat Imma sedikit basah, si comel Imma lagi basah... kesian dia.

Orang kata, bila demam kene minum air banyak-banyak, tapi Imma tak leh minum air, rasa pahit sangat-sangat. Tekak pun still pedih-pedih... badan bisa-bisa... kepala sakit... rasa nak baring je. Sesekali rasa nak muntah... Teruknya demam kali ni... badan pulak panas yang amat. Bos pulak tak masuk lagi ofis, Imma nak minta cuti separuh hari, tak berdaya dah...

Kawan-kawan doakan Imma cepat sihat ye. Tq... Imma sayang semua.

P/s: Demam rindu pada mak di kampung...

Isnin, 23 November 2009

Nak Demam...


Pagi tadi Imma ok lagi. Disebabkan terlampau tension dengan kerja, tambah lagi air-cond kat office yang sejuk sangat, Imma punya ketahanan badan terus down, tekak sakit sangat... Malam ni badan dah panas-panas. Imma harap tak teruk sangat, tak nak ambik mc... ='( mungkin juga Imma rindu sangat kat mak dan ayah di kampung. Sedihnya... housemate semua balik kampung... me alone. Nak call mak takut mak perasan suara Imma bunyi lain, nanti mak risau... tapi Imma rindu sangat kat mak... nak cakap dengan mak... ='( I miss u mum... rindu nak makan masakan mak... rindu nak urut kaki mak... rindu nak tengok tv dengan mak... rindu nak tolong mak masak, rindu nak dengar mak bebel... rindu semua yang mak buat... rindu nak cium mak... ='( huhh... i'm crying again.

Rase 'down'

Imma tak de mood nak buat kerja hari ni... Pagi tadi datang office dengan penuh semangat tapi selepas present design buletin buat kali ke berapa entah... Imma terus jadi 'down' sangat-sangat. Entah laa... Imma dah design buletin tu, dan dah present banyak kali pada bos. Tiap kali present kene tukar, kene buat design lain, kene perbaiki. Sebelum ni ok je walaupun asyik kene tukar je, tapi hari ni betul-betul rasa tak de semangat nak buat kerja... Imma rasa imma dah buat apa yang diminta, tapi kenapa still ada perubahan? due date pun dah lepas, patutnya buletin ni print masa sidang DUN lepas. Tapi... teruknya imma... i dun know why... kenapa teruk sangat saya ni. Rasanya imma dah kekeringan idea, nak nangis pun ada, tapi tak boleh sebab tengah kerja. Imma tak tau apa yang bos imma nak sebenarnya... Ya ALLAH, engkau menguji kesabaran ku dengan bebanan kerja dunia... sesungguhnya hambamu ini lemah dan tidak berdaya untuk terus bersabar dengan kerenah manusia. Engkau berikanlah ku petunjuk dan permudahkanlah aku dalam berurusan dengan orang-orang disekelilingku. Allahuakbar...

Khamis, 19 November 2009

Kembali Menulis...

love this pic v.much... sebab ada tulip... =)

Salam semua... rindu pada anda pembaca setia www.naurahhaqq.blogspot.com. Setelah lama berehat dari dunia blogging, hati rindu untuk menulis semula. Tapi mungkin kali ini dengan nafas baru berserta dengan konsep baru yang Imma tonjolkan. (Imma akan sambung menulis lagi...)