Pages

Jumaat, 6 Julai 2012

Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM : SPA

Baru-baru ini, negara digemparkan (saje nak bagi gempak sikit) dengan pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan dengan Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM. Pertamanya, anda semua tahu tak tentang isu ini? dan pernah tak fikir apa kesannya / implikasi kepada negara kita? Saya cuba untuk bersangka baik dengan keputusan kerajaan tetapi sangkaan baik itu haruslah disokong dengan hujah yang tepat. 
Saya terbaca satu artikel di sini dan saya bersetuju dengan respon yang diberikan terhadap keputusan kerajaan. Walau bagaimanapun, masing-masing ada pendapat tersendiri dan saya kurang bersetuju apabila ada statement yang mengatakan negara kita sudah kekurangan peluang pekerjaan. Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Dialog Bajet Kerajaan Negeri Selangor, dan salah satu slot perbincangan yang saya hadiri adalah bertajuk "INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI NEGERI SELANGOR : SEJAUH MANA IA DAPAT MEMENUHI PASARAN KERJA?". Alhamdulillah, pembentangan dan perbincangan yang dilakukan memberi gambaran jelas tentang isu pengangguran dikalangan graduan. Saya akan kongsikan dengan anda semua berkaitan pembentangan yang telah dibuat pada 2 Julai 2012 yang lepas. Sebelum tu, anda boleh baca artikel di bawah dahulu.. 
________________________________________________________________________

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..


Suruhanjaya Perkhimatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..
Kalau diikutkan di negara maju, senario bagi pelaksanaan dasar seperti memang sudah menjadi kebiasaan. Di negara-negara maju, ada kalangan pemandu teksi yang memilki Ijazah pun hanya bertugas sebagai pemandu teksi. Itu kisahnya apabila berlaku di negara maju, terbaru Malaysia juga ke arah pelaksanaan dasar seperti itu. 
Terbaru, Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam :
  1. Dasar pertama SPA : Membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
  2. Dasar kedua SPA : Membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Sekarang ini, ada seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan SPM manakala berdasarkan terbaru mencatatkan seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.
Apabila kita melihat daripada sudut positifnya, dengan lambakan graduan yang mengangur di luar sana mungkin dengan cara ini para graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda tidaklah sampai bertahun-tahun lamanya meneruskan kehidupan secara penganggur dengan cara memohon jawatan rendah dan merasainya sendiri alam pekerjaan yang sebenar dengan dasar keterbukaan seperti ini.
Nanti apabila jawatan-jawatan pangkat pegawai dibuka  semula, mereka-mereka ini boleh memohon semula jawatan tersebut. Tetapi ini sebenarnya hanya dilihat sebagai penyelesaian jangka masa pendek sahaja. Sekurang-kurangnya Suruhanjaya Perkhdimatan Awam (SPA) telah tampil memperkenalkan inisitif terbaru bagi mengurangkan limpahan graduan yang menganggur di luar sana.
Walaubagaimanapun, apa yang kami perhatikan akan ada nanti situasi di mana berlakunya banyak insiden keluar masuk untuk jawatan SPM ini. Secara realitinya, apabila ada kalangan yang memilki diploma Ijazah pastinya tidak mahu kekal lama dengan gaji SPM. Mohon jawatan SPM, pastinya akan dapat gaji SPM sahaja bukan? Berapa lama mereka mahu bertahan?
SPA8i online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) : Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan di Peringkat SPM Dan..
Presiden Cuepacs Membantah Dasar Baru SPA ini
Akhirnya nanti akan berlaku kenaikan kos tambahan melibatkan proses temuduga, pengambilan kakitangan awam yang baru bagi jawatan SPM, latihan dan lain-lain lagi. Lagipun apa yang kami perhatikan juga ia tampak seolah-seolah bakal menutup peluang para pemegang SPM sahaja. Ini disebabkan dalam kebanyakan kes, pasti yang ada ijazah akan lebih “berketrampilan dan meyakinkan” semasa temuduga.
Apabila bercakap dasar yang meliputi secara majoritinya :
  • Jikalau anda sebagai penemuduga, mana satu pilihan anda. Pemegang Ijazah atau pemegang SPM sahaja?
  • Tambahan pula, yang menghadiri temuduga jawatan SPM nanti datang dari pelbagai latarbelakang ada yang ada Diploma, ada yang ada SPM sahaja tetapi akhirnya gaji tetap ikut tangga gaji SPM juga.
Walaubagaimanapun, adakah akan gelap masa depan kalau tidak kerja kerajaan? Mahasiswa lepasan IPT sekarang ini sudah tidak mampu bersaing di sektor swasta? Atau kerana kurangnya peluang pekerjaan di Malaysia?
Untuk inisiatif jangka masa panjangnya, kerajaan perlu “bekerja keras” menjana lebih banyak peluang pekerjaan baru selari dengan permintaan pekerjaan dari rakyat. Pelaburan baru dari dalam dan luar negara yang boleh menjana pekerjaan juga perlu dipertingkat. Apa reaksi anda semua dengan dasar baru Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini terutamanya kalangan kakitangan awam dan bakal pemohon jawatan SPM ini nanti?
Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan SPM?
  • Tidak setuju (69%, 553 Votes)
  • Setuju (31%, 244 Votes)
Total Voters: 797
P/S : Anda setuju atau tidak? Mengapa?

Tiada ulasan: