Pages

Ahad, 8 Julai 2012

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI DI NEGERI SELANGOR : SEJAUH MANA IA DAPAT MEMENUHI PASARAN KERJA?

Seperti yang dijanjikan... berikut adalah ringkasan yang dibuat oleh pembentang iaitu PROFESOR DR. ANUAR BIN HAJI AHMAD dari Universiti Selangor (UNISEL). 



       Isu memenuhi pasaran kerja negara adalah suatu isu yang sedang hangat dibincangkan bukan sahaja di malaysia, malah di seluruh dunia. Ini memandangkan banyak pusat-pusat dan blog-blog yang dibina di seluruh dunia bagi menganalisa isu ini. Tidak dinafikan, bilangan graduan semakin meningkat daripada tahun ke tahun, manakala  bilangan pekerjaan yang disediakan semakin berkurang. Dua perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah, pertama graduan yang keluar tidak sepertimana kehendak pasaran disebabkan oleh bidang yang tidak sesuai; dan keduanya, graduan yang keluar tidak mempunyai  kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi atau meyakinkan bagi sesuatu kerja; masalah ini adalah masalah employability atau kebolehpasaran para-graduan walaupun bidang yang dipelajari telah menepati kehendak pasaran.

Di peringkat negara, kurangnya kemasukan pelajar-pelajar ke bidang sains, teknologi dan kejuruteraan di universiti-universiti adalah punca utama mengapa miss-match ini berlaku. Puncanya adalah disebabkan penurunan yang ketara lulusan spm dan stpm yang mengikuti bidang sains. Berdasarkan tinjauan di dua puluh buah sekolah di Selangor tidak termasuk sekolah menengah sains dan maktab rendah sains mara (MRSM) kurang daripada 20% menyediakan kelas-kelas aliran sains. Usaha perlulah dibuat oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan minat pelajar mengikuti bidang sains di peringkat sekolah lagi. Insentif-insentif juga perlulah difikirkan. Usaha-usaha ini akan dicadangkan di dalam kertas kerja ini.

  
jika matlamat untuk meningkatkan pelajar dalam jurusan sains kepada 60% tidak dipenuhi, maka usaha negara untuk menghasilkan sumber tenaga kerja berkemahiran akan terencat dan seterusnya perkembangan ekonomi malaysia ke arah perindustrian juga akan turut terjejas. Bukan itu sahaja malah usaha untuk menyusun semula masyarakat agar lebih ramai bumiputera menceburi kerjaya dalam bidang sains dan teknologi tidak akan tercapai. Ini seterusnya boleh menghalang usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat saintifik selaras dengan wawasan 2020.” [saniah sembak national academic conf. 2011].

Bidang-bidang profesional lain seperti perakunan, arkitek (bukan sains) dan sains perubatan juga masih jauh kekurangan graduan untuk memenuhi pasaran. Masalah kebolehpasaran adalah perkara kedua yang akan dibincangkan. Fokus akan diberikan kepada bagaimana universiti perlu membina pengajaran dan pembelajaran yang boleh meningkatkan kebolehpasaran para-graduan. Topik yang sedang hangat dibincangkan di seluruh dunia sekarang ini adalah pedagogy for employability. Topik-topik lain yang akan dibincangkan adalah peningkatan soft-skill, mata-pelajaran keushawanan dan leadership-skill yang mana boleh meningkatkan kebolehpasaran para-graduan di peringkat negara dan juga global.

Nantikan perkongsian yang ke seterusnya.... 

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Link exchange is nothing else but it is just placing the other person's weblog link on your page at proper place and other person will also do similar for you.
Here is my homepage ; new york escorts

Tanpa Nama berkata...

Das könnte mir weiterhelfen. Habe aber auch lange danach
gesucht.
Also see my website: www.dampfer-katalog.de