Pages

Khamis, 19 Januari 2012

Tahniah YB Dr. Ahmad Yunus Hairi

TAHNIAH YB... ^^,

Saya antara orang yang cukup-cukup gembira dengan perlantikan YB Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor, menggantikan tempat YB Dato' Hassan yang sebelum ini memegang jawatan tersebut...

YB Dr. Ahmad Yunus in Person

Alhamdulillah... saya diberi peluang mengenali beliau secara dekat, bilamana kami sama-sama terlibat dalam melaksanakan beberapa program anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Seorang yang humble, kelakar, suka mengusik, berpengetahuan, amanah, jujur..... dan paling penting beliau juga tegas.

YB yang saya kenali, antara YB yang paling sempoi di Selangor. Kadang-kadang bila sama-sama buat kerja, berbincang... mesyuarat... merasakan yang beliau bukan YB. Oleh kerana pembawakan dirinya seperti tiada pangkat YB. Beliau turut disenangi oleh kebanyakan penjawat awam malahan dipuji lagi.

Saya bukanlah hendak berkempen, hanya ingin melahirkan rasa gembira dengan perlantikan ini... dan sungguh tak disangka beliau terpilih. Jangan tak tau... ramai antara kakitangan yang gembira sebaik sahaja beliau selesai mengangkat sumpah.

Tahniah YB. Semoga ALLAH permudahkan urusan YB juga ALLAH beri ketabahan kepada YB dalam melaksanakan amanah yang diberikan..

***Bukan senang nak jaga DUN dalam masa sama nak jaga satu Selangor. 

SHAH ALAM, 18 JAN : Pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru melibatkan rombakan kecil di dalam pentadbiran negeri di mana beliau akan dipertanggungjawabkan terhadap portfolio Adat Resam Melayu dan Belia dan Sukan.

Manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam yang dipegang Datuk Dr Hasan Ali sebelum ini akan diambil alih oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, rombakan yang berkuatkuasa hari ini dilakukan bagi memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan lancar.

Tambahnya Dr Ahmad Yunus sebelum ini adalah pembantu exco untuk portfolio belia dan sukan.
"Saya percaya Dr Ahmad Yunus boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab. Latar belakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat dan boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri secara profesional," ujarnya.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut mengumumkan bahawa Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL), manakala Adun Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT) yang sebelumnya disandang oleh Hasan.

"Seperti yang saya katakan, kita gunakan peluang ini untuk cepat selesaikan pentadbiran. Saya berpendapat, Dr Ahmad Yunus mempunyai pengalaman dalam portfolio belia dan sukan, maka beliau sesuai untuk mengambil alih portfolio itu daripada saya bagi menjalankan tugas.

Oleh kerana Datuk Setiausaha Kerajaan adalah ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), maka mudah bagi saya selaku pengerusi untuk melihat perkembangan hal ehwal Islam di Selangor," katanya.

Dr Ahmad Yunus merupakan lulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan Universiti Malaya pada tahun 1991 dan mempunyai empat orang anak.

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Selangor dan Ahli Jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat.

Tiada ulasan: