Pages

Isnin, 19 Disember 2011

SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (Copy paste)

Entry ini adalah dicetak dengan izin dari BLOG Budak Hutan
Kepada yang terpinga-pinga orang duk heboh sana sini tentang SKIM BARU UNTUK PENJAWAT AWAM / SBPA, boleh baca entry ini sampai habis... Walaupun ada juga blog-walker yang bukan penjawat awam tetapi why not just read dan tambah pengetahuan anda daripada duk baca gosip je. ^^
*
*
*
MAAF : INI ‘ENTRY’ KHAS UNTUK PENJAWAT AWAM.
Ayat yang digunakan bersifat terbuka dan sedikit kasar. Sila teruskan bacaan jika anda sanggup!
Kenapa perlu menukar skim daripada SSM ke SBPA ?  Sana sini orang ‘mengaum’ (kalau taip melalak, ada yang sentap!) perihal SBPA. Kebaikan dan keburukan SBPA, itu yang menjadi topik hangat perbualan penjawat awam. Isu utama pastinya terletak pada GAJI dan GRED. Baiklah! aku akan cuba ceritakan seringkas yang boleh mengenai SBPA. Aku menyentuh beberapa perkara yang menjadi kekeliruan dan ketidakpuashatian beberapa pihak. (rencana ini ditulis setelah kajian dibuat berdasarkan pekeliling, nota dan taklimat diperolehi setakat 16.12.2011).
OPSYEN
Secara mudahnya, seperti grafik yang aku sertakan di atas.
Penjawat Awam yang sedang berada dalam perkhidmatan sebelum 1hb Januari 2012 ada EMPAT pilihan:
[1] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan memilih SBPA.
[2] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan memilih SBPA.
[3] Kekal dengan umur bersara pilihan sekarang 55 / 56 / 58 dan kekal SSM.
[4] Memilih untuk tukar umur bersara pilihan ke umur 60 dan kekal SSM.
manakala Penjawat Awam yang dilantik bermula 1hb Januari 2012, umur bersara wajib ialah 60 tahun.
OPSYEN – Klasifikasi / Gred mengikut kelayakan
- Seperti semua sedia maklum, ada lima lapisan gred
[1] IJAZAH
[2] DIPLOMA
[3] SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
[4] SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
[5] PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
Oleh itu untuk SBPA, anda akan diletakkan dalam kelompok mengikut kelayakan untuk skim perkhidmatan anda sewaktu pelantikan dahulu.Walaupun waktu itu anda memohon jawatan SPM dengan kelayakan SPM, walhal anda mempunyai kelayakan lebih tinggi (STPM/DIPLOMA/IJAZAH). Bukannya anda diletak secara automatik ke kelompok terkini mengikut kelulusan sedia ada. IKUT KELAYAKAN UNTUK SKIM PERKHIDMATAN .
GAJI
Aku terangkan secara ringkas / asas pemindahan gaji untuk mereka yang memilih SBPA. Aku sengaja meletakkan jumlah gaji di atas pada jumlah yang ‘bagaks!’ untuk menarik perhatian semua penjawat awam yang merasakan diri mereka teraniaya. Secara sinikal, tetapi kita harus faham…upah dibayar mengikut kelulusan, tanggungjawab serta peranan.
Kaedah pemindahan gaji untuk mereka yang telah gaji maksimum aka gaji mati juga menggunakan prinsip yang sama dengan kelebihan diberikan satu pergerakan gaji di gaji mati (Disember 2011) tambah beza (Tangga gaji mati – Tangga gaji sebelum Tangga gaji mati), kemudiannya dikira pada mata gaji terdekat di SBPA dan seterusnya pergerakan gaji tahunan bagi tahun 2012.
DASAR PEMISAH : EXIT POLICY
Cara mudah untuk aku terangkan adalah seperti grafik di atas.
Cara kasarnya – Tujuan kerajaan adalah untuk mendapatkan Penjawat Awam yang lebih kompetitif, produktif dan bekerja. Paling senang untuk aku katakan, kalau kita semua buat kerja, selesaikan tugas yang diberikan dan prestasi elok, kita kekal dalam perkhidmatan awam. Kerja malas, ponteng, buat kerja luar waktu pejabat, tugas diberi dua tahun kemudian baru siap, layan pelanggan dengan muka masam dan kasar, marah, akhlak super ‘baik’, tidak berbudi bahasa, prestasi tahap cacing kerawit dan sewaktu dengannya… makanya, elok ditamatkan perkhidmatan.
Logiknya kalau kita sendiri punya ‘kedai’ atau ‘perniagaan’,  pekerja-pekerja dengan kategori di atas pastinya membebankan dan membazirkan untuk digaji atau diupah. Mahukah anda mengupah seseorang yang tidak berdisiplin, malas dan tidak produktif untuk MEMAJUKAN kedai anda? Otak mana bai? (oh…ini memang kasar.Provokasi). Rugi rakyat membayar cukai dan servis perkhidmatan untuk dijadikan upah kepada mereka yang tidak relevan.
Bagi mereka yang berprestasi baik tetapi sudah tidak ada peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam dan mereka yang tidak lagi dapat memberikan perkhidmatan terbaik disebabkan oleh masalah kesihatan, akan dibersarakan atas kepentingan perkhidmatan dan diri mereka. Peluang untuk menceburi bidang lain dan masa untuk memulihkan diri serta mendapatkan rawatan sewajarnya. Menariknya mereka yang dibersarakan melalui kaedah ini, pencen mereka dikira seolah mereka berkhidmat sehingga umur wajib bersara. Contoh, dibersarakan pada umur 52 tahun, dan ada 8 tahun sebelum umur 60 tahun : 8 tahun itu juga dikira sebagai tempoh berkhidmat dalam kerajaan.wow!
JAMINAN
Kajian demi kajian mengenai elaun, pelarasan gaji dan kemudahan untuk penjawat awam akan dilakukan. Wawasan 2020 untuk membentuk sebuah negara maju pasti tidak akan tercapai jika penjawat awam masih berada di takuk lama. Polisi perkhidmatan yang baik dan terkawal akan membolehkan perkhidmatan awam bertambah mutu dan keunggulannya. Berkhidmat untuk rakyat.
ISU DAN POK PEK POK PEK BELAKANG 
[1] Jumlah gaji pada mata gaji (sama skim dan gred) Senior (awal dilantik) dan Junior (kemudian dilantik), sangat dekat / hampir sama / sama. Gaji para Senior dan Junior tidak jauh berbeza. Seolah tiada kelebihan dari segi senioriti.
[2] Gred yang dijumudkan (SSM) kelayakan UPSR dimasukkan ke Gred kelayakan PMR  (SBPA) : Sekali lagi gaji hampir sama/ sama. Macam tidak siuk ni.
[3]  Gred N17 yang hakiki (dilantik awal)  tergugat dengan PTR N11 yang telah dijumud ke PT N17 serta N11 KUP N17. Isu ini berkaitan dengan kelebihan skim / senioriti dan mata gaji.
[4] Gaji Mati / Maksima :- Mereka yang telah gaji mati untuk 2 ke 5 tahun lalu akan sama gaji dengan mereka yang baru gaji mati tahun 2011
[5] Peluang kenaikan gaji / Lompat anak tangga (kalau ada PTK dulu boleh lompat tangga gaji~ siapalah yang tolak PTK tu…)
[6] Tempoh menandatangani Opsyen SBPA yang singkat dan dimusim cuti. (dimana ada kemahuan…situ ada highway!)
[7] CUEPACS suruh jangan pilih dan suruh berhimpun. (macam salah taktik ni bro… fahami, kaji dan BERTANYA dengan cara betul)
[8] Lampiran C dan Sifir Mata Gaji SBPA (Sabar… itu kan separuh dari iman. Kan dah maklum akan diberi jua nanti)
PENAMBAHBAIKAN – PENERANGAN / MAKLUMAT LANJUT
Selepas ini akan ada banyak Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang akan menambahbaik serta memberikan panduan / penerangan lebih lengkap mengenai setiap aspek dalam SBPA. Yang telah keluar :
[ SPP Bil. 4 /2011] – Program Bersepadu Potensi dan Kompetensi
[ SPP Bil. 5 /2011] – Peperiksaan Perkhidmatan Awam
[ SPP Bil. 6/ 2011] – Program Transformasi Minda
[ SPP Bil. 7/2011] – Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Khimdat Cemerlang
[ SPP Bil. 8/2011] – Sistem Penilaian Prestasi di bawah SBPA
KATA AKU
Bersyukur di atas limpahan rezeki, rahmat dan keberkatan yang telah diberikan oleh Allah. Bekerja dengan ikhlas, dedikasi dan produktif pasti ada hikmah juga kelebihannya. Tahu kekurangan dan insafi kelemahan sendiri. Kalau ada yang bertanya, YA, aku pilih SBPA dan akan pencen pada umur 60. Moga diberikan kekuatan, kesihatan dan perkenan Yang Maha Esa.
p/s: BANTUAN RM500
Kenapa perlu menipu sekiranya memang kita tidak layak untuk memohon? Boleh aku katakan disini, itu adalah HAK mereka yang betul-betul daif, serba kekurangan, orang-orang tua, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Apa hukumnya memakan harta anak yatim?
RM 500 yang dipohon untuk apa? Beli telefon bimbit baru, ubahsuai kenderaan, makan di restoran mewah, baju baru, berjoli sakan dan sewaktu dengannya?
bagaimana dengan mereka yang amat memerlukan tetapi tidak dapat bantuan itu? Untuk baiki atap rumah yang bocor, mengganti dinding rumah yang usang, membeli pakaian baru kerana yang ada tidak berganti untuk sekian lamanya, membeli sekarung beras dan banyak lagi kegunaannya untuk mereka yang benar-benar memerlukan…
Fikirkan… kenapa sehingga ke hari ini masih rasa tidak mencukupi? kerana tidak mensyukuri…
peraturannya sangat mudah…
Fikirkan tentang orang lain, orang lain akan fikirkan tentang kita, kalau tiada pun orang yang akan ingat kita, ingatan ALLAH terhadap kita itu lebih penting…
wah! penulisan yang berbaur emosi. Salam!
SBPA : Sangat Beruntung Penjawat Awam (aku rasa aku yang pertama pakai ni…hehehe)
TAMBAHAN : CONTOH KIRAAN PEMINDAHAN GAJI GRED N48 (soalan saudara WMWI)
Wmwi~ Maaf kerana saya tidak mengetahu Skim Perkhidmatan tuan, tetapi asas pengiraan pemindahan gaji daripada SSM ke SBPA adalah seperti di atas.
Contoh ; Sekiranya tuan dalam skim N48 ( P1T7 – RM 5568.40 ) untuk tahun 2011, maka sebelum pemindahan ke SBPA, satu pergerakan gaji akan diberi daripada P1T7 tadi ke P1T8 ( RM 5771.68). (pergerakan gaji tahunan= RM203.xx)
seterusnya, jumlah mata gaji tersebut akan dipindahkan ke mata gaji terdekat dalam SBPA, iaitu T7 (RM 6010). Satu lagi pergerakan gaji tahunan untuk 2012 akan diberi mengikut tarikh pergerakan gaji (TPG) tuan. Sekiranya TPG pada bulan Januari, maka matagaji akan menaik ke T8 ( RM 6280)
[jumlah kenaikan diperolehi 2012 : RM 6280 - RM 5568.40 = RM 711.6]
[kenaikan gaji tahunan SBPA : RM 6280 - RM 6010 = RM270]
Tuan sangat beruntung. ~_^
TAMBAHAN : TUKAR LANTIK DALAM SBPA MENGIKUT KELAYAKAN SEMASA?

KPPA, Abu Bakar Haji Abdullah memberikan gambaran mengenai penambahbaikan serta kemudahan kepada mereka yang mempunyai kelulusan untuk ditukar lantik ke skim yang lebih tinggi.

P/s : Kerja betul-betul | Betul-betul bekerja =)

Tiada ulasan: