Pages

Sabtu, 26 November 2011

Selamat Pengantin Baru buat Izyan, Kak Ani dan Mudz

Ya ALLAH.. ngantuk yang amat neh.

Mata dah berair dah akibat terlalu mengantuk dan penat seharian bekerja.

Tapi, degil tak mau tido, nak jugak update blog... =) Imma nak share gambar kahwin sahabat-sahabat Imma yang kahwin minggu lepas. =) Imma minta maaf tak sempat gi kenduri kahwin Kak Ani dan Mudzil di Johor. Cuma sempat pergi kenduri Izyan di KL je. Maaf sangat... Imma ade urusan lebih aula untuk disiapkan. Apapun Imma still mendoakan kalian berada dalam keadaan baik selalu.


Oklah... selamat membelek-belek gambar ye.. =)

Omar Hafriz & Izyan
Izyan atau lebih mesra Imma panggil Yan ni Imma kenal sejak tahun 1999 lagi.
Kami sama-sama menuntut di SMK Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan. Kiranya, kami ni kawan lama dan kawan baik sejak di bangku sekolah lagi. Izyan ni memang cantik dan bijak orangnye... selalu jadi rebutan masa zaman belajar dulu... at last dapat kat Omar si hensem man. =)
Yang buat Imma rasa terharu pulak, Izyan bertemu jodoh dengan anak seorang mak cik yang Imma kenal rapat. tak sangka... kecik sangat dunia ni. Imma lega Imma kenal Izyan kahwin dengan siapa dan punyai latar belakang keluarga yang baik-baik. 
Tahniah Izyan & Omar.... Semoga bahagia hingga ke syurga. Ameen.
*26/11/2011 kenduri belah Omar pulak... insyaALLAH Imma pergi, memenuhi jemputan Mak Cik Ani, Omar's Mom.


Amin (maaf tak biasa panggil abg) & Kak Ani
Kak Ani ni senior Imma di dalam NGO yang kitorang sertai. Orangnya baik dan comel.
Lama juga Imma kenal kak Ani ni, since 2007 tak silap. Imma suka menyakat Kak Ani, tak tau nape.. suke sangat usik dia. Maybe sebab Kak Ani ni nampak comel bila kene usik.. hehe.. Kak Ani pun caring orangnya, selalu jugaklaa Imma kene bebel ngan Kak Ani ni... hehe... mesti Imma rindu bebelan Kak Ani pasni.. hmm.. ;)
Selamat Pengantin Baru & Semoga Bahagia hingga ke syurga buat kedua mempelai.


Fadhilah & Mudzil   
Mudzil ni Imma kenal sewaktu Imma join SPIES (program motivasi anjuran Kerajaan Negeri Selangor). Waktu tu tahun 2009. Kami sama-sama jadi fasilitator. Dia ni kalau nak tau, terror bab ambik dan edit gambar... kamera SLR dia tu besar gedabak! Takut Imma nak pegang. Dia ni anak sulong... suke benor membebel kat Imma. Pastu suke pulak menyakat, dan tak leh tengok orang senang langsung...ada je point dia nak kenekan orang. Kami memang selalu perang mulut, haha... macam budak-budak kan? itulah cara kami bergurau... lagipun kami jarang jumpa sebab masing-masing bz dengan kerjaya masing-masing. Bertuah Fadhilah bersuamikan Mudzil, dia memang baik. =)
Selamat Pengantin Baru & Semoga Bahagia hingga ke syurga buat keduanya... =))
***27/11/2011 kenduri belah Mudzil pulak, insyaALLAH Imma pi. 

Alhamdulillah selamat sudah sahabat-sahabat Imma dinikahkan. Happy je tgk wajah dorang jelas terpancar kebahagiaan... semoga ALLAH memberkati mereka.. ameen. 

Ok, JOM TIDOQ... -.-
Salam...

Tiada ulasan: