Pages

Rabu, 25 Mei 2011

Entry Khas Buat Para Pencinta Kepimpinan Al-Fateh

Untuk Penyertaan sila daftar dahulu



Salam semua, pertama sekali maaf terlambat bagi info ini. So, Imma straight to the point, Pengisian seminar ini perkahwinan antara intelektual dan santai. 2 kertas kerja penting analisa sejarah dan pelajaran sejarah akan dibentangkan oleh Prof Redzuan Othman dan Ustaz Hasrizal Jamil, kemudian kita ada persembahan Little Fatih oleh finalist Adik-Adikku RTM 1 dan Khalifah Model School. Adik-adik ini djemput adalah sebagai mesej kita mahu membina GENERASI Al-Fatih sejak dari kecil kerana itulah rahsia keunggulan Al-Fatih sendiri.

"Alhamdulillah juga, ana telah menggunakan hampir RM500 duit ana sendiri untuk meminta bantuan sahabat di Istanbul membeli DVD Filem Al-Fatih yang dikatakan menggunakan teknologi CGI dan menelan belanja jutaan Lera Turki. DVD dan filem ini belum pernah sampai di Malaysia." - Ustaz Syaari
Ustaz Syaari (kanan)

Alhamdulillah juga, seminar ini akan turut diserikan dengan jualan buku Jejak Konstantinopel, sebuah tesis ilmiah oleh Tuan Abdul Hamid Latip mengenai percubaan percubaan menawan Konstantinopel sejak dari zaman Muawiyah dan Abu Ayyub Al-Ansari lagi, kebetulan ia baru muncul di pasaran.


Akhir sekali, kalau anda berminat untuk menyertai seminar di atas, sila hubungi terus contact person yang tertera nombor telefonnya pada poster di atas. Yuran dikenakan untuk setiap penyertaan yer... =)


*JANGAN LEPASKAN PELUANG YANG BELUM TENTU BILA LAGI BOLEH DAPAT*
P/s : Terima kasih buat ustaz Syaari kerana sentiasa tidak lupa untuk menjemput saya dalam menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang diuruskan oleh beliau dan isteri juga sahabat-sahabat lain. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.

Tiada ulasan: