Pages

Ahad, 20 Mac 2011

Perkahwinan tanpa cinta? ('.') ["."]

Semua insan di dunia ini inginkan perkahwinan atau masjid yang dibina mereka bahagia buat selama-lamanya, sehinggakan wujudnya ungkapan 'Bercinta sampai ke syurga', lalu ia dibukukan oleh seorang pendakwah / penulis buku terkenal Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Saiful Islam. Imma tidaklah ingin menghuraikan apa yang terkandung di dalam buku hebat tersebut (turut diperakui kehebatannya oleh teman-teman rapat Imma), tetapi Imma cuba untuk membawa anda semua untuk mendengar pengakuan pasangan yang berkahwin di mana pertemuan mereka diatur oleh pihak ketiga. Menarik bukan? Ramai teman-teman Imma telah melalui proses ini dan alhamdulillah mereka hidup bahagia dan dikurniakan cahaya mata. Imma tumpang gembira. Mungkin timbul pelbagai persepsi mengenai perkara ini, komen Imma senang sahaja, lain orang lain pendapatnya, dan lain orang lain caranya. Cuma, mana yang terbaik untuk agama itulah yang kita pilih. Bak kata bidalan, 'pilih dalam iman' bukannya 'pilih ikut nafsu'. Pada mereka yang bercinta dengan pilihan sendiri (telah atau yang akan berkahwin), Imma tidaklah kata mereka salah... cumanya selagi ada cinta mekar di hati kalian (selagi kalian belum kahwin), jagalah maruah peribadi sebagai yang beragama Islam. Ingatlah tujuan sebenar mengapa kita lahir di dunia ini... Ya! Pandai pun jawab... sebagai Khalifatullah (The true meaning of Khalifah. The appointments by Allah swt on this Earth as a guide for the people). InsyaALLAH peringatan untuk diri sendiri jua.


*** ***

Masa Imma duk mencari-cari link Semanis Kurma di youtube (peminat Semanis Kurma ni kalau nak tau), tiba-tiba mata Imma terpaku pada tajuk 'PERKAHWINAN TANPA CINTA'. haa, nak tau apa kisahnya? jom kita saksikan...

***Peringatan kepada anda yang ingin menyaksikan sedutan video ini, sila lapangkan dada dan kosongkan minda. Tidak perlu block minda anda (bahawa andalah yang terbaik), kerana ini sekadar perkongsian daripada Imma apa yang Imma rasa baik untuk dikongsi bersama-sama anda semua. Terima kasih daun keladi.





Point penting:
1) 'Penghayatan perkahwinan dalam Islam itu yang saya pentingkan, kenapa kita berkahwin, berkahwin kerana Islam dan keberkatan yang saya cuba dapatkan, cuba cari dari ALLAH swt meredhai apa yang ada dalam hati saya'
2) 'Selepas buat solat itu (solat Iskharah) dan saya rasakan banyak benda dipermudahkan.'
3) 'Bilamana saya sudah menerima dia, saya kene menerima kelemahan dia'
4) 'Saya rasa memang nikmat sangat, sebab apabila kita bertemu dengan cara yang halal kemudian boleh start bercinta dengan cara yang halal'

Ucapan Selamat Pengantin Baru Buat:

Kak Harisah dan Pasangan
Kak Bushra dan Pasangan
Kak Ain dan Pasangan

From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.

Tiada ulasan: