Pages

Rabu, 2 Mac 2011

Diari Tak Bertarikh

keje...keje...

Salam... (uihh... berhabuknye...)

Alhamdulillah, hidup seperti biasa... ala kadar...

Berkesempatan menonton konsert Maher Zain... (syukur sangat, rezeki tak disangka-sangka)
Sedikit terkilan sebab kawan Imma berdiam diri tanpa sebab yang kuat. Imma tak tau dah nak buat ape... biar je laaa dia bawa perasaan dia tu ke New York.. boleh sembuh laa kot.

Bebanan kerja yang kian menambah, tapi Imma buat tak tau je... (malas nak sakitkan kepala)

Kahwin? hehe... ni bab panas ni... setakat bulan 2 tahun 2011, Imma dah kumpul 4 keping kad kahwin. Biasalah soalan cepu cemas menerjah tidak tentu masa dan ketika, "Imma bila pulak?" penat tau nak jawab soalan-soalan yang sememangnya akan bagi jawapan sama ni.... Tapi, bila pikir balik, kawan-kawan ambil berat. =) thanx lah kat kawan-kawan yang terbaek!

Keluarga? alamak ni bab paling sensitif ni... ari tu call mak, bila cakap ngan mak je nak nangis... mak pun sama. Imma memang sensitif sikit (eh banyak), pada mulanya mak yang start sebak... (tu laaa, sape suh mak tanye pasal kahwin...). Actually, mak cakap pasal kahwin, mak cakap pasal calon.... pastu mulanya Imma jawab pakai otak, sebab nak jaga hati mak... tiba-tiba pulak mak Imma ni pandai korek rahsia hati Imma, then terpaksa laa Imma berterus terang (kata orang cakap dari hati). Masa cakap tu, Imma dah tak tahan dah, memang sebak abis bila cakap pasal kahwin dan alasan Imma. (ok stop sini pasal kahwin... malas nak hurai lagi, sebak sangat)

Ayah macam biasa, busy memanjang dengan kerja-kerja dia. Kakak sulong tengah busy jugak, busy nak beli keta baru. Abg dangan kakak ipar? dorang bakal menimang cahaya mata pertama, tahniah! Adik Wawa, busy dengan test kat UiTM Puncak Alam... kesian dia melepas tengok konsert Maher Zain gara-gara ada test. Adik Iwan, yang hensem boy sorang ni ada kat kem PLKN... ari tu Imma balik kampung jumpa dia, kepala dah botak... haha... Imma memang suka buli dia... gelak sampai kuar air mata... tak tahan tengok kepala dia yang burok itu... (kakak yang kejam).... itu ajer cerita family Imma.

Itulah sedikit sebanyak update tentang diri Imma...
Ok laa, takat ni dulu... nak buat keje dah... kejap lagi ada meeting. Daaa.... jaga diri baik-baik yer.

Salam... ;)

5 ulasan:

kak ct@dijah berkata...

imma nampak tembam sekarang hehe..ape rahsia.. ;)

Ms. Imma berkata...

yeke kak.. nampak sangat ke? tak kot... muka je laa tembam. Tapi still sekeping macam lempeng. ;)

Rahsia? buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali naaa...

.:. Fairuz Nuraddin .:. berkata...

wahh...kak...nk kluarkn soalan cepu cemas gak ley?heheh

.:. Fairuz Nuraddin .:. berkata...

alamak...kak imma, ni fatimah bukan fairuz...hehe

Ms. Imma berkata...

Lorr.. Adik Fatimah ke... =)