Pages

Sabtu, 19 Februari 2011

Kala malam...

Kala malam
Bulan terang bercahaya
Aku keseorangan di bilik ini
Menekan papan kekunci
berdetap detup bunyinya
Laptop toshiba besar skrinnya

Jauh di sana... dari tingkap aku melihat
Di padang lapang itu
Anak muda berkumpul
Malam kian tua
Namun tidak ada tanda anak muda itu mahu beredar
Muzik dipasang kuat sekali
Menggangu fokus ku untuk mencoret sesuatu
'vrooommmmmmmmmmmm!'
Deruman enjin mengaum bagai singa kelaparan
Aku mengeluh kecewa...
"Apa mereka mahu bikin?"

Esok hari kedua aku di sini
Akan ku pastikan segalanya lancar
Sukar atau senang akan ku teruskan jua
Keputusannya serah saja pada ALLAH
Yang penting usaha yang tekun aku curahkan

Ada bujang ada duda, ada janda ada dara
Ada suami orang ada juga isteri orang
Aku tersenyum manis tatkala melihat ragam mereka
Pelbagai gaya menarik perhatian
Itulah slot taaruf salam perkenalan

**********tamat**********

***entah apa yang aku merepek tika ini... otak tersangat penat tetapi mata masih segar... Perut lapar yang amat.. Aduh! Cepatlah tidur wahai diri, esok perlukan tenaga agar aku kelihatan segar...

Hmm... Selamat Malam Semua... =.=

p/s: status diri tika ini : celaru haru biru...

Tiada ulasan: