Pages

Sabtu, 8 Januari 2011

Hanya Tuhan Yang Tahu

Awak dah bertunang ke?

Bila lagi majlisnye?

Dengan orang mana?

Umur awak dah berapa ni, kena fikir... mana boleh tak fikir.

Ini single lagi... haaa, yang ni pun single... yang ni pulak single 3... awak pilihlah... (Sambil menunjuk2 gambar jejaka yang ada dalam simpanannya-K.N yang ku anggap seperti kakakku)

Begitulah antara dialog-dialog yang sentiasa ditujukan buat saya yang masih lagi belum bergelar isteri atau ibu kepada anak. Namun tidak bererti saya langsung tidak mengendahkan perkara ini apatah lagi saya langsung tak ambil serius.

Sekadar ingin meluahkan, saya sedikit tertekan dengan dialog begini. Pada saya kalau ada jodoh adalah. Saya akui saya memilih, memilih yang beragama terutamanya dan juga mempunyai wawasan jelas dalam menyambung perjuangan Rasulullah. Siapa tidak tertekan tatkala melihat sahabat-sahabat bahagia bersama suami serta anak masing-masing. Cuba untuk pujuk hati ini, jangan terlalu memikirkannya kerna saya yakin bahawa ALLAH telah menetapkan siapa jodoh saya. Sentiasa mahu memperbaiki diri ini kerana yakin pada ayat 26 (Surah An-Nur) Allah Taala berfirman; "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula."

Perancangan?
Pernah seorang rakan bertanya pada saya apakah perancangan saya pada masa akan datang. Saya menjawab sambil lewa padanya seolah saya tidak ada perancangan langsung. Sebenarnya, saya mengimpikan untuk miliki perniagaan sendiri suatu hari nanti, dah lama saya angankan perkara ini sejak saya berada di alam kampus lagi. Namun saya cuma akan meneruskannya setelah saya berkahwin kelak, insyaALLAH. Tetapi kenapa setelah berkahwin? kerana saya ingin menunaikan hajat Ibu dan Ayah saya yang mahu melihat saya bekerja kerajaan. Berbakti kepada kedua ibu bapa dahulu. Setelah punya suami saya kira ia masa yang sesuai. Selain itu, saya ingin menyumbang sesuatu pada agama, dengan berniaga saya ingin perniagaan saya itu berunsurkan nilai-nilai Islam yang mana ia menjadi contoh pada peniaga lain. Ya! Memang besar angan-angan ini, saya akan laksanakan bersama suami tercinta. Saya yakin, ALLAH Maha Mendengar, ALLAH tahu segala-gala. Saat itu pastikan tiba! Jadi saya punya perancangan tersendiri lagi terancang yang mahukan ianya berjaya dilaksanakan. Tiap hari saya terbayang-bayang atau istilah lain, berangan yang saya ada peniagaan sendiri. Kalau zaman kampus dulu saya menjadi pencetus siswi yang berani menjual T-Shirt muslimah dari kolej ke kolej (waktu itu pakaian tersebut menjadi kegilaan anak gadis Islamik). Maka hari ini saya tidak mahu ia sekadar tinggal kenangan, saya akan pastikan ia diteruskan dengan mengikut fesyen muslimah semasa namun masih menutup aurat dengan sempurna. Segala-galanya saya mulakan dengan niat bahawa saya ingin sekali meneruskan apa yang Rasulullah lakukan. Please doakan saya...

Panjang benar tulisan saya berkenaan perancangan masa depan, sebenarnya ia ada kaitan dengan mamilih suami, kenapa? =) biarlah ia menjadi rahsia saya seorang. hehehe

Saya sekadar ingin berkongsi apa yang baik. Buat teman-teman di luar sana jika merasakan apa yang saya kongsikan di sini boleh menjadi panduan, silalah ambil. Ia sekadar lahir dari hati saya sendiri. Jika kita ingin melakukan sesuatu itu, pastikanlah dahulu dasarnya apa? tujuannya apa? sandarannya apa? segalanya wajib kembali semula kepada Agama ALLAH. InsyaALLAH, letak akhirat depan mata dunia bawah dagu, kita kan selamat di dunia jua akhirat.








P/s: Sekadar berkongsi...

Tiada ulasan: