Pages

Jumaat, 28 Januari 2011

Dia Pergi Dulu.... Coretan buat sahabat-sahabat

27.1.2010 (10.00 malam)

Ketika itu aku dan sahabat-sahabat lain berada di rumah ibu Lin menghadiri Usrah bulanan. Ibu memulakan usrah kami dengan menceritakan kronologi pemergian sahabat Ibu yang juga pengetua Sekolah Rendah Islam Hira', Klang yang pertama. Kata Ibu mereka berkenalan semasa belajar di UK. Ibu bercerita pada kami dengan bersungguh-sungguh dan menyatakan keterujaannya terhadap sahabatnya yang dikata baik budi pekertinya apatah lagi arwah seorang pendidik, pendakwah.

***
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Kami masih meneruskan usrah dan Ibu meminta salah seorang daripada kami membuat analisis SWOT terhadap diri sendiri dan niat agar sahabat-sahabat dapat mengenali dirinya, juga dirinya lebih mengenali siapa dirinya.

Sebelum seorang sahabat kami melaksanakan tugas yang diberi Ibu, tiba-tiba Kak Ina bersuara:"Ibu, emmmm... sebelum kita teruskan, saya nak umumkan sesuatu..." waktu ini tiba-tiba jantung ku berdegup kencang... terpandang Kak Izzah di sebelah Kak Ina sedang menahan sebak. lalu Kak Ina meneruskan kata-katanya (membacakan mesej yang tertera di skrin telefon bimbitnya) :"Al-Fatihah. Dapat call dr ayah Sa'dah, beliau telah kembali menghadap Illahi 30 minit yang lalu. Jenazah masih di hospital" suasana sunyi seketika, tiada yang bersuara. Wajah Saadah sahabat ku tiba-tiba menerpa di ingatan. Terbayang dirinya yang terlantar di hospita Ampang. "Allah.... Saadah, kau pergi dulu meninggalkan kami"

Akhirnya Ibu bersuara, "Ibu rasa, u oll pun dah tak dapat nak teruskan usrah kita ni, perasaan kita sudah tak menentu dan Ibu rasa kita berhenti setakat ini. Pergilah ziarah dia..." Ya ALLAH, rupanya cerita ibu tadi ada kaitan dengan kami, agar kami terlebih dahulu bersedia untuk mendengar berita pemergian Al Marhumah Saadah.

Kami kemudiannya merancang untuk konvoi ke rumah arwah malam itu juga... memandangkan berita tersebar, ramai sahabat yang ingin konvoi bersama, dan kami bertolak dari rumah jam 1.30pagi dengan berbekalkan alamat yang dikirimkan kepada kami.

28.1.2010 (1.30 pagi)

Sesungguhnya badan saya begitu penat, namun digagahi juga untuk memandu, hampir-hampir juga terbabas, namun alhamdulillah ALLAH masih selamatkan kami.

Sampai di rumah arwah, jam hampir 3.30 pagi... masih belum ramai orang yang datang. Hati sayu sangat ketika melihat sekujur tubuh dibaluti kain batik dan bahagian kepalanya ditutupi kain tudung bawal putih terbaring di ruang tamu. Berat kaki nak melangkah menghampirinya. namun harus digagahi jua. Aku memilih untuk berada di sebelah arwah, kain yang menutupi wajahnya dibuka.... ku tatap wajahnya... lama ku tatap... aku rakam beberapa detik untuk disimpan di dalam hati. "Saadah.. akhirnya kau pergi juga setelah setahun lebih kau menderita, pergilah kau menemui ibu mu di sana..."

***Kami membaca surah Yassin dan doa untuk arwah

Seusai membaca Yassin, aku dan sahabat ke bahagian dapur untuk bertanya khabar berkenaan pemergian Saadah.

Mengikut cerita Ibunya (tiri), Saadah memang dah sihat cuma dia perlu mendapatkan rawatan setiap bulan di Hospital Ampang. Cumanya kali ini, Saadah kata dia dah tak tahan sangat dah, tak lalu makan, masuk ubat kemudia muntah balik.. Dia demam. Ayah dia bawa ke hospital kemudian doktor kata sel darah putih dia semakin kurang dan antibody dia sangat-sangat lemah. Saadah diasingkan dari pesakit lain kerana bimbang dijangkiti kuman dan mudah untuk sakit. Tiba-tiba semalam dia kata dia sesak nafas, kemudian doktor pindahkan dia ke wad ICU. kamudian dia pergi dengan mengejut.... yang ada dengan dia waktu tu cuma ayah dia sahaja. Adik-beradik dia semua tak de dengan dia, ayah dia masih terkejut sebab sebelum ini dia memang sihat."

Perubahan pada arwah sebelum dia pergi, kata ibunya:"sebelum ni kalau nak masuk Hospital, dia bawa baju banyak, makanan banyak... tapi kali ni sedikit sahaja... makcik tanya juga, kenapa tak bawa banyak, dia cakap tak pe. Masa dia di hospital makcik cakap hujung minggu boleh laa berkumpul adik beradik, bawa dorang datang sini jenguk Saadah. Tapi dia seakan-akan tahu yang dia memang tak sempat dah jumpa adik beradik dia..." hmmm sedih sangat. ='(

***
Aku sempat mengucup dahi arwah, berbisik di telinganya... :"Saadah, Kak Lin (Fazlina Samsudin) kirim salam pada Saadah. Saadah.... Imma redho Saadah pergi dulu... Imma maafkan Saadah, Imma halalkan semua yang berlaku antara kita. Semoga Saadah tenang di sana ye... Assalamualaikum w.b.t"

Alhamdulillah, lega dapat meluahkan kata-kata di telinganya. Semoga dia pergi dengan tenang.

***5.00 pagi tiba di rumah.

28.1.2010 (12.30 t.hari) - tiba di Surau Kg. Seri Kundang, Kuang.
Sekali lagi pergi menziarahi arwah, kali ini ramai sahabat-sahabat kampus UiTM datang. Yang lama tak berjumpa turut hadir. Hati sedikit gembira dapat bertemu sahabat-sahabat lama. Neng Animurni dan Suami, Kak Labibah dan Suami, Kak Syafini, Kak Khulailah dan suami, Maizan, adik-adik PMH... Kak Bushro, dan ramai lagi muslimin dan muslimat.

Kali ini, arwah dikapankan, sekali lagi aku sempat menatap wajahnya.... SubahaALLAH, kali ini berseri, tenang saja wajahnya... macam tidur!!! tenang sangat-sangat. Macam tak puas tengok.

Seusai solat Jumaat, disambung dengan Solat Jenazah dan kemudiannya di bawa ke Tanah Perkuburan. Alhamdulillah aku dan sahabat-sahabat seperjuangan yang lain menghantarnya hinggalah tanah menjadi pemisah antara kami. Terputuslah sudah hubungan jasad sesama kami., namun rohnya tidak. 25 tahun dia pergi.. usia yang masih muda dan dapat dia bertemu ibunya yang sememangnya dia tersangat rindukan Ibunya.

Nurussaadah binti Jamaludin
Kau Sahabat Kau lah teman sejati
Pergimu di malam Jumaat yang sepi
Tiada siapa menjangka pergimu di saat ini

Namun ku percaya
Telah tibanya saat waktu kau tinggalkan kami
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Perjuangan kita di kampus tinggal kenangan

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabat kau teman sejati


***Antara kata-kata sahabat tentang dirimu.
1) "Saadah susah nak menolak kalau minta tolong, dia pasti penuhi permintaan kita"
2) "Saadah ni, walau penat macam mana pun dia tetap akan buat kerja yang diberi, amanah yang diberi."
3) "Masa kat kampus dulu, kalau esok ada test dia tetap datang usrah... dia komited"

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



Kenangan terakhir aku dan dia... di Facebook (ketika ini dia sudah beransur pulih)


Saadah, Terima kasih kerana sudi hadir di laman FB Imma...

Al-Fatihah...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.