Pages

Ahad, 8 Ogos 2010

Hidup ini Indah Jika Tahu Menghargainya

Salam mahabbah...

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Imma 'update' blog Imma ni.

Pelbagai peristiwa dalam hidup
Seminggu dua ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup Imma. Bermula bulan 6 yang lepas, ramai rakan-rakan yang melangsungkan perkahwinan. Kebanyakan mereka adalah rakan sekolah Imma, rakan persatuan di Universiti, kenalan blogger dan kenalan di Facebook. Sedikit terkilan tidak dapat bertandang ke majlis perkahwinan rakan-rakan Imma, terpaksa bekerja walaupun di hujung minggu.

Lega dan syukur Imma sebab rakan-rakan Imma telahpun melangsungkan perkahwinan mereka, tentunya mereka telahpun terlepas dari fitnah (hidup membujang). "Imma bila lagi?" , "Imma macam mana?", antara pertanyaan yang ditujukan buat Imma. Malas hendak menjawab kerana sememangnya Imma tiada jawapan. Tapi jauh di sudut hati Imma pun menginginkan sebuah perkahwinan yang indah, sederhana dan paling penting diredhai ALLAH s.w.t. Cuba untuk berkelakuan 'selamber' di hadapan rakan-rakan untuk mengelak dari mereka melihat diri ini begitu teruja pada sebuah perkahwinan. Tetapi, melihatkan potrait-potrait mereka yang cukup romantis akhirnya diri ini tewas dengan perasaan cemburu terhadap mereka... persoalan demi persoalan merajai hati Imma, kenapa hati ini belum termiliki? Ramai yang kata Imma memilih... tapi pada Imma, Imma bukan memilih cuma Imma tak nak pisang berbuah 2 kali. Itu sahaja.

Bagi mengubati jiwa yang tidak tenteram, Imma mengambil pilihan untuk membeli buku-buku panduan dalam perhubungan, bermula dengan membeli buku 'AKU TERIMA NIKAHNYA', kemudian, tulisan Pahrol Mohd. Juoi 'HATI SEORANG LELAKI', kemudian buku 'MURABBI CINTA', buku 'KENAL PEMBEZAAN HAK DAN BATIL', dan seseorang (dianggap bapa) menghadiahkan buku 'AKU, BUKU dan CINTA' kepada Imma. Semakin banyak Imma membaca, semakin Imma rasakan Imma belum cukup bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Alam yang cukup mencabar, menduga diri dan keimanan seseorang jika diri tidak cukup berilmu dan beramal soleh.

Pada bulan Julai yang lepas, Imma dan keluarga dikejutkan pula dengan peristiwa abg kesayangan Imma tidak kesampaian untuk menikahi kekasihnya. Segala persiapan telah dibuat, hantaran telah tersedia, namun takdir ALLAH menentukan mereka akhirnya tidak bersatu juga. Peristiwa sedih hadir tanpa diundang, bagaikan sebuah novel yang tertulis dan tersusun rapi di helaian demi helaian... satu tamparan hebat buat abg dan satu peristiwa tragis buat kami sekeluarga. Imma tidak mampu untuk bercerita lanjut di atas apa yang berlaku, cukuplah Imma kata antara abg dan dia tiada jodoh. Abg akhirnya akur untuk menyerahkan segala tentang jodoh kepada mak. Pada Imma pula, peristiwa itu menambahkan lagi keperitan jiwa Imma yang sememangnya tidak percaya pada cinta pilihan sendiri. Entah, hati kuat mengatakan untuk menerima pilihan mak dan abah. Imma redha siapa pilihan mereka. Walaupun mak dan abah menolak untuk mencarikan calon buat Imma, namun Imma menyerahkan segala urusan kepada mereka. Percaya suatu hari nanti Imma juga akan bahagia seperti rakan-rakan Imma.

Kerja yang semakin bertimbun-timbun
Kerja...kerja...dan kerja...
Imma akui kerja Imma banyak apatah lagi kerja kerajaan yang berkhidmat pada rakyat terutamanya di Selangor. Penat memang penat, tapi hari demi hari cuba perbetulkan niat akan pekerjaanku menjadi ibadahku dan mendapat keberkatan-NYA. Syukur sangat-sangat sebab kerja Imma adalah di bidang pendidikan, kerap kali dapat mendampingi adik-adik yang berada di sekolah agama, pondok, yang setia mengabdikan diri menghafaz Kalam ALLAH. Tenang jiwaku... kembali bersemangat bila melihat wajah mereka yang begitu mengharapkan bantuan dariku...

Kadang-kadang balik awal, kadang-kadang Imma balik lambat... sebagai seorang anak gadis yang kerap kali balik lambat, memang tidak manis dipandang orang, tapi apakan daya kerja Imma menuntut Imma untuk terus bekerja walaupun lewat malam. Imma anggap semua ini adalah 'learning process' untuk Imma di mana suatu hari nanti Imma mungkin akan berdepan dengan perkara yang lebih mencabar. Apa yang Imma pelajari inilah yang akan Imma praktikkan suatu hari nanti, insyaALLAH. =)

Kerja Sosial/Kebajikan
Suatu perkara yang Imma suka lakukan adalah melakukan kerja-kerja sosial/kebajikan. Hmmm... terasa diri semakin hari semakin mementingkan diri bila tak menyumbangkan tenaga pada kerja-kerja seumpama itu. Satu kebahagian melihat wajah-wajah insan yang memerlukan bantuan dan Imma hadir membantu mereka. Aduh, puas dan bahagia sangat tatkala melihat senyuman mereka. Tapi, kekangan masa menyebabkan Imma terpaksa mengurangkan aktiviti Imma bersama mereka yang memerlukan lebih perhatian dan kasih sayang... kadang-kadang bergenang air mata tak dapat bersama rakan-rakan menyumbangkan tenaga untuk kerja-kerja sosial, terasa diri begitu teruk sekali... hmm... doakan Imma diberi kelapangan masa dan diberi kekuatan untuk turun padang bersama rakan-rakan membuat kerja-kerja kebajikan ye... "please do pray for me..."

Wassalam... =)

*Hidup ini indah jika tahu menghargainya*

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

chaiyok kak im...