Pages

Khamis, 19 Ogos 2010

...jangan marah lagi...

Salam mahabbah...

hmmmm... ='( hari ni Imma sedih sangat... entahlaa.. banyak sangat perkara yang menyedihkan berlaku dalam hidup Imma 2 hari ni...

Terus terang Imma katakan, Imma fobia dengan orang garang dan selalu marah-marah. Dulu Abah panas baran, selalu marah-marah... banyak barang rumah rosak sebab abah mengamuk. bertahun-tahun Imma berhadapan dengan keadaan sedemikian. Membesar dengan melihat abah yang asyik marah-marah walaupun perkara kecil.


Akibat daripada keadaan itu yang berlarutan bertahun-tahun, akhirnya Imma menjadi cukup trauma dengan orang yang ada sikap panas baran, garang dan cepat marah...sehinggalah Imma bekerja sekarang pun.

Walaupun bukan Imma yang kene marah, tetapi orang lain, tubuh Imma akan segera menggigil, dan rasa macam nak nangis, kemudian terasa diri yang buat salah. Imma memang susah nak buang benda ni dalam diri Imma... dah melekat sebab ia membesar bersama-sama Imma. Kalau boleh Imma tak nak orang marah-marah... Imma akan cuba sedaya upaya untuk tidak memberi ruang orang marah-marah... tapi kalau berlaku juga, Imma cepat down... cepat berpeluh sebab takut... akhirnya Imma akan cuba menjauhkan diri dari orang itu... bukan untuk memutuskan persaudaraan, tapi Imma takut pada orang itu... takut sangat... tak nak tengok dia marah-marah...

Perkara ini lah yang berlaku selama beberapa tahun dalam hidup Imma. Itu kelemahan Imma yang tak boleh tahan dengan kemarahan... mental Imma tak kuat... tapi kalau tekanan lain insyaALLAH boleh tahan, kecuali 'marah'.

Mungkin kawan-kawan / pembaca di luar sana ada tips untuk Imma berkaitan perkara di atas. Imma pun dah tak tau nak buat macam mana. kalau ada sila share ye...

2 ulasan:

ibucute berkata...

salam...samala kite...cuma situasi ayah tk pernah marah cuma pakcik je..takut dgn org yg kasar2 juga..tp hati ni cpt memberontak dgn org seperti ini..rasa geram..bila sy melawan atau marah balik saya mesti menangis..saya lebih mudah ikut ckp org yg tk marah2 tu..selalu bila kene marah sy suke diam je..balik umah relax2kan diri dan malas nk fikir balik..tp alhmdlh..sy berkahwin dpt suami baik sgt..plg baik didunia..buat saya la..hehehe.. ;)

Ricca berkata...

Salam Imma. Lam dah tak jenguk ke sini. Ika tak suke orang marah2.. Pengalaman hidup ika dengan ayah yang selalu marah2, kadang2 tanpa sebab munasabah buat ika memberontak. akhirnya, ika pun jadi pemarah.

Ika tak suke orang marah ika sebab nanti, ika akan jadi pemarah malah lebih teruk dr orang tuh..

Sib baik, imma tak jadi pemarah..