Pages

Rabu, 26 Mei 2010

R.A.B.U - Perjalanan diteruskan


Salam mahabbah...

Hari ini hari Rabu... ye, semua tahu hari Rabu, saje je saya nak mulakan coretan saya kali ini dengan mengingatkan anda semua bahawa hari ini hari Rabu.... Jom muhasabah apa yang dah kita lakukan sepanjang hari ini............ <@@@@@@@@@>..... ok dah...

Alhamdulillah, hari ini siri usrah berjalan seperti minggu lepas, cumanya bermula agak lewat iaitu hampir jam 6.00 petang. Selepas solat berjemaah bersama boss, yang diimamkan oleh seorang staf lelaki 'dibawa' khas dari Kelantan Pulau Pinang, usrah bermula dengan kehadiran ahlinya seramai 8 orang.

Tajuk kali ini ada kesinambungan dengan tajuk minggu lepas di mana kami mengupas tajuk 'IKHLAS'. Minggu ini pula kami mengupas tajuk 'FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG IKHLAS'. Pelbagai gaya dan lagak masing-masing memberi penerangan dan tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hidup. Di pihak lelaki mengupas dengan penuh semangat sambil diselitkan pengalaman hidup mereka sehingga mencuit hati kami dan hampir pecah perut dibuatnya. Walaupun terselit gelak ketawa antara kami, boss tidak putus mengingatkan kami supaya sentiasa mengingati mati dan menghitung apakah amalan yang telah dibuat. Perancangan harus dilakukan untuk menuju mardhatillah dan mendapat ganjaran syurga.

Alhamdulillah, jam 7.10 petang kami menamatkan siri usrah hari ini. Hidangan nasi goreng ayam dan air oren membuatkan kami bukan sahaja kenyang dengan ilmu malah rohani perut kami turut terisi. syukur... murah rezeki hari ni...

***Tajuk minggu hadapan: Riak, takbur,ujub =)

1 ulasan:

Ricca berkata...

Bestnyerr tempat kerja Imma.. =D