Pages

Rabu, 19 Mei 2010

I.K.H.L.A.S


Salam mahabbah... =) senyum semanis kurma... seindah suria... masyaALLAH, indahnya senyuman itu jika lahirnya tulus dari lubuk hati yang penuh dengan keihklasan.

Hari ini di pejabat Imma, siri usrah berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, syukur Imma pada ALLAH kerana kami semua diberi kelapangan untuk berkumpul, untuk mendengar pengisian daripada Boss kami sendiri, bertukar-tukar pendapat, mendengar setiap orang berceramah ala-ala ustaz dan ustazah... =) masyaALLAH, masing-masing temui isi yang menarik daripada tugasan tajuk yang diberikan iaitu 'IKHLAS'. Imma kira, sedikit sebanyak tajuk ini berjaya dikupas dan dihayati oleh setiap jiwa yang hadir di dalam usrah tadi. Syukur lagi pada ALLAH yang Maha mengetahui setiap kejadian yang berlaku di dunia ini dan jua di akhirat. Sebagai hamba, Imma begitu merasa kerdil atas segala nikmat diberikan, berbanding amalan yang dilakukan tidaklah setanding mana dengan nikmat yang Imma dapat.

Rakan-rakan setugas begitu teruja bila berbicara soal 'IKHLAS' ini, kadang-kadang terlihat raut wajah keinsafan terbit luhur dari hati yang rasa berdosa pada ALLAH... mulalah ada yang menunduk sahaja semasa usrah berjalan. Bukan mahu mengaibkan sesiapa, tapi Imma sendiri insaf melihat rakan-rakan yang hatinya ALLAH pelihara. Apa yang dibimbangkan adalah apa akan terjadi jika ALLAH tidak lagi mahu memandang amal kita. Bagaimana pula jika hati kita mati dan langsung tiada apa-apa perasaan tika mana bercakap soal 'hati sedang sakit' dan 'hati yang mati'. Takut benar apa bila ALLAH menarik semula nikmat yang diberikan kepada kita. Maka jagalah hati, jangan sesekali dinodai dengan perkara-perkara yang membenarkan hati kita kian berjarak dengan ALLAH.

*Jauh tak berjarak, dekat tak bersentuh... begitulah perumpamaan kita sebagai hamba yang ingin dekat dengan ALLAH... Terasa begitu dekat dengan ALLAH jika setiap amal yang dilakukan dengan penuh keikhlasan (Niat kerana ALLAH).

Di Kesempatan ini Imma mengucapkan ribuan terima kasih kepada boss Imma yang berinisiatif untuk mengadakan usrah ini, juga rakan-rakan setugas atas segala perkongsian yang diberikan. Semoga ALLAH terus memberi nikmat masa lapang kepada kita setiap Rabu petang untuk berkumpul bagi melaksanakan "SKIM PROGRAM TINGKAT DIRI" ini. Semoga ALLAH memelihara hubungan kita ini daripada dinodai syaitan laknatullah, kerana sudah menjadi hukum alam, tidak mudah untuk melakukan kebaikan, pasti syaitan datang dalam pelbagai bentuk untuk memusnahkan perancangan kita ini yang hanya semata-mata untuk mencapai REDHA ALLAH dalam bekerja.

Cebisan Nota yang dikutip daripada usrah tadi:
*Ingat 2 lupa 2
*1 tangan memberi, 1000 tangan menghulur untuk memberi
*Seketul daging (hati), jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan anggota badan dan perbuatannya.

Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan: