Pages

Selasa, 13 April 2010

Terhakis...(Sambungan)

Salam Mahabbah...

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH, tuhan sekalian alam... bagitu banyak nikmat yang diberikan dan tidak terhitung buat kita semua.

Lama juga Imma tidak mencoretkan sesuatu buat tatapan anda semua. Almaklumlah, diri ini yang dah macam YB orang kata... jadi agak terkejar-kejar jugalah untuk memenuhi tuntutan-tuntutan amanah yang diberikan.

Sedikit sibuk namun masih boleh benafas dengan baik, walaupun kadang-kadang terasa juga 'sesak nafas' di pertengahan jalan. Setelah bertemu 'oksigen' yang original, Imma kembali pulih seperti sediakala.

Cuma... Imma sangat tertekan, sedih, geram... dan segala macam perasaan apa bila sejak akhir-akhir ini banyak paparan demi paparan di media massa dan elektronik yang melibatkan gejala sosial di kalangan muda-mudi, orang melayu, orang Islam, pelajar sekolah.... Imma cukup rasa terkesan apatah lagi kerjaya Imma begitu dekat dengan pelajar-pelajar sekolah. Sedih melihat anak-anak zaman sekarang yang tidak ada perasaan takut bila melakukan kesalahan, bimbang dalam hati bila memikirkan nasib masa depan mereka, takut memikirkan jiwa anak-anak muda semakin hari semakin terhakis dan lama kelaman tiada lagi jiwa insani. Huhhh, cukup mengharukan.

Imma tidak menyalahkan mereka 100% kerana banyak perkara/faktor yang menyebabkan mereka jadi begitu. Imma bukanlah nak mengarang di sini seperti karangan di sekolah. Namun, Imma punya pendapat sendiri untuk dilontarkan. [beri Imma ruang untuk sambung semula...]

Alhamdulillah, punya sedikit masa untuk menyambung coretan membina ini.

Saya bersependapat dengan saudara/ri 'tanpa nama' yang memberi pendapat bernas dan realitinya ia sedang berlaku pada hari ini. Masing-masing ingin melepaskan tanggungjawab... Adakah beban guru lebih besar berbanding beban Ibu bapa? Imma banyak kali berdepan dengan Ibu bapa yang terlalu banyak membuat komplen sedangkan mereka tidak melihat akan kelemahan di pihak mereka sebelum menunding jari ke pihak lain... Adalah tidak wajar apabila ibu bapa menyalahkan guru/pihak sekolah di dalam kegagalan anak-anak mereka menjadi modal insan yang berkualiti.

Peranan Kerajaan
Imma turut terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai peranan kerajaan di dalam melahirkan modal insan yang berkualiti kepada negari/ra. Di zaman sekarang kerajaan mempunyai peranan dan pengaruh yang cukup besar dalam melahirkan modal insan yang berkualiti kepada negari/ra. Apakah peranan sebenar Kementerian Pelajaran, Apakah peranan sebenar Kementerian Penerangan/ Apakah peranan sebenar Kementerian Pembangunan Wanita/ Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dalam menapis bahan-bahan yang akan disiarkan di televisyen juga radio? Imma cukup-cukup kecewa akan hal ini apabila ia dipandang remeh... kadang-kadang (selalu juga) rasa malu apabila menonton televisyen bersama adik-adik, tiba-tiba iklan/drama yang ditayangkan begitu mengaibkan... maksud Imma ia tidak membina peribadi ke arah jati diri yang hebat. malah ia menjudi bahan rangsangan seksual, terutama iklan tuala wanita, iklan minuman tenaga lelaki, dan sewaktu dengannya... Imma tidak fikir ia begitu kritikal sehinggakan kanak-kanak boleh terfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya difikirkan ketika di usia pra-matang... Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan? Tiada sensitiviti mengenai hal ini bukan??? ia dilihat cukup kecil, atau tidak langsung dipandang...

Apa yang Imma sebutkan di atas hanyalah cebisan faktor yang menyumbang kepada gejala sosial. Ia dilihat kecil tetapi sebenarnya kesannya cukup besar.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI" apabila bermacam-macam kes terjadi, mulalah semua menggelabah... bermacam-macam ubat/teknik/modul datang dengan pelbagai idea yang konon-kononnya akan dapat mengurangkan statistik. Usahlah menipu diri sendiri... akuilah, sebenarnya kita yang meninggalkan ajaran Rasul, kita engkar suruhan ALLAH, kita buat-buat lupa larangan ALLAH... maka inilah akibatnya... cukup-cukuplah berteori, kita kembali kepada fitrah manusia dan Pencipta kita... Dia yang mencipta kita, Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dan jawapannya adalah kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar, mendidikan insan bukan semudah yang disangka, kajilah sunnah dan ikutlah sunnah... itu sebaik-baik tindakan. InsyaALLAH kita bakal menikmati kehidupan yang baik kelak... Wallahualam...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bebanan tugas guru bertambah membuatkan masa guru bersama pelajar, mendidik semakin kurang...pelajar merasa tidak dipedulikan...ibu bapa berhempas pulas mencari rezki menanggung keluarga yang taraf hidupnya semakin hari semakin naik...Tiada masa bersama anak-anak...anak-anak terbiar...mereka mencari keseronokan sendiri sementelah zaman sekarang, anak muda tidak betah menolong ibu bapa disebabkan ibu bapameminta mereka kononnya fokus kepada belajar...kalau dulu, anak2 turut dilatih untuk berdikari, menjual kuih rumah ke rumah, membanting tulang di sawah, menorah dan sebagainya seperti orang cina yang sudah melatih anak mereka berniaga sejak kecil lagi. Dengan begitu, pemikiran anak-anak akan matang dengan cepat dan menyuburkan sifat berdikari dalam diri dan jiwa anak-anak,penyuntik motivasi mereka untuk mengubah nasib keluarga dan keinginan untuk terus berjaya dalam hidup! Fikir-fikirkanlah!~~~sekadar menyuarakan~~~

SHAMRIN THE BLOG SHOW berkata...

ya..saya jg agak sedi ttg laporan media elektronik akhir2 ni, terlalu menyedihkan, kes buang bayi la. semudah gejala sosial berleluasa skrg ni.