Pages

Sabtu, 13 Mac 2010

Antara 2 CINTA



Di Antara 2 cinta. Itu tajuk yang saya tulis seperti di atas sana. 2 cinta yang saya maksudkan ini adalah sebuah filem CINTA iaitu "LOVE is CINTA" & sebuah lagi filem CINTA "Ketika CINTA bertasbih". Kedua-duanya punya kekuatan tersendiri, cuma untuk dijadikan contah terbaik, pastilah Ketika CINTA Bertasbih (KCB). Di lihat secara menyeluruh... filem ini cukup indah, dan halus pembuatannya... cuma ada sedikit sahaja yang pincang. Namun, masih bisa dimaafkan. Iya lah mana kan ada ciptaan manusia itu sempurna, dan pastilah ALLAH sahaja yang pencipta yang benar-benar sempurna.


LOVE is CINTA

Atas dorongan rakan serumah, saya berusaha menonton filem ini sehingga tamat dengan hanya bermedankan YOUTUBE.COM. Akhirnya saya khatam juga petang tadi, walaupun ada juga scene yang saya skip. Namun, apa yang saya dapat katakan tentang filem ini adalah, kecintaan seseorang pada sahabatnya begitu menyulitkan dia apabila berhadapan dengan sahabatnya. Ucapan kata cinta dilihat begitu sukar sekali untuk dilafazkan. Ternyata, cinta itu cukup tinggi nilainya pada seseorang yang begitu menjaga kesucian cintanya. Mencintai teman rapat sendiri lebih sukar kerana perasaan malu yang begitu menebal di dalam hati, dan juga keraguan yang wujud kerana itu adalah teman sendiri. apatah lagi jika teman itu sudah miliki pacar diam-diam di dalam hati.. segalanya bagaikan tidak percaya... keraguan begitu menebal, lalu lahirlah persepsi-persepsi yang berada di paras negatif, sederhana malahan adakala positif, dan pastinya paras negatif itu lebih dominan. Namun begitu, penonton hanya dapat menonton filem ini hanya sekadar pengubat jiwa yang bosan, dan bukannya sebagai ubat dan pembangun jiwa. Filem ini begitu jauh dari realiti, begitu fantasi sekali, namun bagi saya ia sekadar filem biasa kerana pengisian jiwa itu kurang. Kerana saya yakin dan percaya penonton dikalangan umat Islam jumlahnya begitu besar sekali. Adegan yang kurang manis membuatkan saya tidak selesa, kerana peluk memeluk itu bukan budaya kita sebagai orang Islam. Tidak harus ditunjukan rasa kasih dan cinta itu dengan memperlakukan sebegitu rupa. Apa-apa pun, filem ini hanya memberi kesan kepada emosi penonton terutama yang sedang dilamun cinta atau mungkin mengalami peristiwa yang sama seperti di dalam filem ini. #Ucapkanlah cinta sebelum terlambat.

Ketika cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih... hmmm, pada mulanya saya memang agak malas untuk mengikuti filem ini. Tapi atas desakan demi desakan rakan-rakan saya akhirnya mengalah. Apatah lagi Ika (sahabat maya, my sis in law wanna be ^^) menghadiahkan saya sebuah DVD KCB ini ketika menjelang hari lahir saya ke 24 yang lepas. Thanx a lot Ika dearie... Muaah...

Sedikit ulasan mengenai Ketika Cinta Bertasbih...
1. Diawal perjalanan Filem ini agak membosankan, namun membuatkan terus saya melekat di hadapan laptop adalah kerana lagunya yang indah... bagus bangat dong.

2. Filem ini banyak menyedarkan saya mengenai jodoh dan pertemuan itu di tangan ALLAH, owhh maaf, bukan menyedarkan tetapi lebih meyakinkan. Ya benar, selama ini kita percaya jodoh pertemuan di tangan ALLAH, tetapi adakah kita benar-benar yakin? percaya dan yakin itu berbeza!~ harus tahu itu. MasyaALLAH, filem ini menjadi wadah dalam menterjemahkan kekuasaan ALLAH kepada kita. Satu rasa yang sukar untuk saya nyatakan di sini ketika satu babak di dalam filem ini betul-betul menyentuh perasaan saya.

Babak di mana, Nisa (heroin) melakukan sujud syukur serta merta kepada ALLAH sebaik sahaja mendengar akan perbualan ayahnya yang ingin menikahkannya dengan jejaka
(hero) yang selama ini bertahta di hatinya. Dia bagai tidak percaya, akhirnya dia dapat bersatu juga dengan jejaka berkenaan. Cinta yang sekian lama terpendam, tidak ada siapa yang tahu kecuali ALLAH. Di ketika inilah, kita dapat lihat ALLAH Maha Berkuasa, Maha Adil... dan janji ALLAH itu PASTI! Wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan begitulah sebaiknya. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada sebab musabab yang kita tidak ketahui.

Ternyata sentuhan Ustaz Habiburahman El-Shirazy ini begitu hebat sekali. Mesej yang disampaikan begitu jelas. Ketika menontonnya, anda harus sabar dan teliti, mungkin kerana bahasa yang digunakan. Jika tidak mungkin anda tidak faham apa yang ingin disampaikan dan tidak menjiwai sepenuhnya.

***

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Tiada ulasan: