Pages

Khamis, 25 Mac 2010

Alhamdulillah...

Salam mahabbah...

Apa khabar sahabat-sahabat? Alhamdulillah Imma sihat-sihat sahaja, Imma harap sahabat-sahabat di luar sana pun sama malah lebih ceria lagi.

Hari ini hari yang agak penat buat Imma. Dari pagi sampai petang, penuh dengan meeting dan discussion. Alhamdulillah segalanya berakhir dengan baik.


Imma cuma sedikit gementar bila program-program semakin hampir. Bila dah gementar, mulalah tidur tak lena, mandi tak basah... tapi makan lalu jer. Hehe...

Imma mengharapkan datangnya pertolongan ALLAH pada setiap pekerjaan Imma, dan semestinya mestilah niat Lillahitaala. Sesungguhnya kepada-NYA jua ku minta pertolongan. Semoga Imma istiqomah dalam setiap amalan. Bimbang juga lalai dan alpa dek kerana sibuk memenuhi tugas-tugas yang hakiki dan hiburan di depan mata. Namun, jika pekerjaan itu tetap kerana-NYA, jujur, amanah, ikhlas... walau bersengkang mata sekalipun... itu dikira ibadah. InsyaALLAH... doakan Imma ye. Imma pun doakan semua sahabat-sahabat jua istiqamah dan bertambah amalannya. ^_^

Sedikit perkongsian daripada Imma... sekadar peringatan buat diri dan sahabat-sahabat yang disayanagi. =)


Dua mata tidak akan disambar api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang berjaga mempertahankan agama Allah


Tiada ulasan: