Pages

Khamis, 14 Januari 2010

A. W. A. S

Salam mahabbah,

Alhamdulillah, saya berpeluang terlibat dengan satu diskusi ilmiah dengan beberapa orang sahabat pada malam semalam. Segala perbincangan berkisarkan ......... (maaf tidak dapat dicatat di sini atas sebab-sebab tertentu). Saya begitu teruja, sekian lama beristirehat dari terlibat dengan diskusi sebegini.. rasanya otak semakin beku dan berkarat. Berdebat sesama kami, lalu terhasilnya wehdatul fikr dan wehdatul amal. Itulah yang kami inginkan, kesatuan fikiran lalu tercetusnya kesatuan amal dalam merancang gerak kerja.

Kerinduan saya pada sahabat-sahabat kampus begitu mendalam, apatah lagi masing-masing sudah memegang passport alumni kampus masing-masing, dan juga sibuk dengan kerja masing-masing. Walaupun lama tidak bertemu, perdebatan kami yang kadang-kadang diselang seli dengan emosi yang tidak 'stabil', membuatkan perdebatan menjadi menarik malah bersemangat berdebat sehingga mencapai resolusi yang pastinya semua bersetuju sebulat suara. MasyaALLAH, inilah yang saya tunggu-tunggu, perbincangan ilmiah yang disokong oleh fakta, dalil, pengalaman, ilmu akademik dan lain-lain membuatkan kami masing-masing teruja dengan pendapat sahabat-sahabat kami. Tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa, bukan mendokong ego yang menggila tetapi menjinakkan ego menjadi tertib... banyak yang saya perolehi, pastinya diskusi menarik ini harus diteruskan. InsyaALLAH... terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir semalam, ada yang basah kuyup sebab naik motor, ada yang bermusafir menaiki komuter, singgah pula di surau KTM untuk menunaikan solat asar... berkonvoi pula kami menuju ke destinasi indah. Allahuakbar, rindu betul zaman kampus... yakinlah, kita semua dipilih oleh-NYA untuk duduk bersama, berfikir bersama, bergerak kerja bersama. Syukran sahabat. =)


B e r b e z a i t u d i k e n a l i : YB Husam Musa

P/s: K. Husni, nanti nak sauna lagi yer.

Tiada ulasan: