Pages

Jumaat, 8 Januari 2010

Terima kasih


Salam mahabbah,

Alhamdulillah, hari ini genap 3 hari Imma bertugas dengan memegang jawatan baru. Terima kasih kepada mereka yang banyak membantu Imma. Imma gembira sangat, cuma rasa macam tak berpijak di bumi yang nyata bila dipanggil 'cik'. Aduh... ditimpa perasaan.

Namun, ada juga cabaran yang Imma lalui seperti menghadiri mesyuarat besar yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dari pelbagai unit/jabatan. Imma sedikit gugup untuk bersuara, tetapi kuatkan semangat untuk berdepan dengan mereka yang banyak pengalaman, lebih senior, lebih veteran, lebih segala-galanya. Imma cumalah seorang budak hingusan yang baru bertatih untuk mengenal dunia kerjaya yang baru. Sungguh Imma gementar. Imma bersyukur Imma punyai rakan-rakan dan staf-staf sekeliling yang banyak membantu. Terima kasih daun keladi, dapat gaji Imma belanja maggie... =)

Banyak lagi yang perlu Imma perbaiki, insyaALLAH Imma cuba untuk perbaiki dan belajar dengan cepat. 'Career 1st!!!' Doakan Imma berjaya dan dipermudahkan urusan ye. Terima kasih banyak-banyak. =)

3 ulasan:

Ricca berkata...

Wah! Tahniah! Nak panggil cik jugak boleh? Ngee. Imma, jgn lupe blanja ika gak ek? Maggie pun maggie lar. Layanzs..

Imma berkata...

=) kelakar laa Ika nie... =P
jgn laa panggil... Imma malu, kat ofis lain laa... tu pun Imma rase mcm nak masuk jer dlm laci meja. Macam tak sesuai je... =) tapi, better laa drpd puan. hehe...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cik imma..hehe..semoga jawatan tersebut dapat menyumbangkan kemenangan kepada pakatan rakyat pada pilihan raya ke-13...good luck....tingkatkan prestasi,kurangkan kontervesi..zasss..