Pages

Khamis, 14 Januari 2010

Menyingkap sejarah Rosli Dhobi

Sumber terpilih: http://www.aidilx.com/2009/06/rosli-dhobi-pejuang-atau-pembunuh-ii.html

Ini merupakan entriku yang kedua berkatan Rosli Dhobi. Kebetulan, semasa aku menerbitkan entri awal pada 08.06.2009 bertajuk yang sama iaitu “Rosli Dhobi: Pejuang Atau Pembunuh”, server yang menampung blog aku mengalami masalah teknikal. Akhirnya, entri pertamaku berkubur bersama-sama sejarah Rosli Dhobi. Keesokkan harinya, aku mendapat perkabaran duka tentang sepupuku. Badikah ini?

Rosli Dhobi; namanya mula mekar semula apabila dokumentari tentangnya mula disiarkan semalam melalui saluran Astro Prima. Beliau pun tidak kurang hebatnya sepertimana Datuk Bahaman, Datuk Maharaja lela dan Mat Kilau.

Semasa kecil arwah bapa pernah menceritakan tentang kisah perjuangan Rosli Dhobi dan sahabat-sahabatnya di dalam memperjuangkan kemerdekaan negeri Sarawak. Beliau adalah seorang anak muda yang berani. Bayangkan diusia semudanya sudah sanggup memperjudikan nyawa demi kemerdekaan negerinya daripada penjajahan British. Cinta pula terpaksa dikorbankan demi negara, bangsa dan agama.

Arwah Awang Rambli mempunyai kaitan persaudaraan dengan arwah bapa. Sebab itu, arwah bapa mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah ini. Tidak perlu disingkap dengan lebih lanjut tentang ikatan persaudaraan arwah bapa dan Awang Rambli, kerna aku rasa lebih baik ianya disimpan sebagai sejarah kami sekeluarga. Aku yakin sekiranya arwah bapa masih hidup dan berkesempatan menonton dokumentari ini sudah pasti arwah bapa akan rasa terharu. Aku juga yakin orang lama di Sarawak (khususnya di Sibu) yang menonton dokumentari ini pasti akan terimbau kembali detik bersejarah dan berdarah seorang Gabenor British yang angkuh, akhirnya tumbang ditangan Rosli Dhobi.

Perjuangan sahabatnya yang lain juga tidak boleh dinafikan. Mereka adalah pejuang; Bujang Suntong, Awang Rambli dan Morshidi Sidek. Mereka berjuang bukan pembunuh dan bukan jua petualang bangsa.

Terbitnya dokumentari ini aku rasa amat wajar sekali disaat orang muda sudah mula melupai sejarah bangsa. Cubalah buat kaji selidik berkaitan dengan sejarah Malaysia kepada mana-mana remaja di Malaysia. Aku yakin di dalam 100 orang, mungkin hanya seorang dua yang mampu menjawab soalan berkaitan sejarah Malaysia dengan betul. Kalau tak percaya, kita tengoklah nanti apabila tibanya 31 Ogos. Justeru, aku beranggapan bahawa kamu boleh menentukan sama ada benar Rosli Dhobi adalah seorang pejuang ataupun pembunuh. Bagi aku, Rosli Dhobi tetap seorang wira. Wira yang tak pernah mati dihati rakyat negeri Sarawak. Sama seperti Rentap!Aku tuntaskan tulisan aku hari ini dengan petikan surat yang ditulis oleh Rosli Dhobi sebelum hukuman dijatuhkan. Untuk aku dan kamu baca kemudian hayati. Mudah-mudahan, kita mampu mengerti akan makna tersurat dan tersirat disebalik warkahnya yang terakhir.

Dengan secharek kertas ini dan se‑putung pensil untuk renungan sepanjang masa. Saya si‑penulis Rosli Dhobi dalam lindungan Permai. Saudara2 dan saudari2 sa‑perjuangan, saya ta’ lama lagi akan meninggalkan jejak tanah tumpah darakku yang ku chintai, dan utama sekali ayah bunda yang ku kasehi dan saudara2 semua, dengan nama Allah sifat pemurah dan pengampun saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf atas kesalahan saya yang telah terjadi selama ini, saga sanggup berkorban nyawa untuk memperbaiki raayat yang telah di‑ budaki oleh penjajah, saya mengaku dan terima apa2 kesalahan di dunia ini saya ta’genter saya ta’takut mati, saya terima hukuman yang telah di jatohkan di‑mahkamah.

Saya berdoa kepada Allah s. w. t. Saudara2 saudari2 di‑akhir kelak balek ke‑pengkuan Ibu‑pertiwi. Sungguh begitu saya sudah sanggup menghapuskan orang putih yang berasin dan datang‑nya tetapi saya sudah tidak ada di dunia ini nama saya tetap harum seluroh Dunia sa‑genap plusuk. Akhir kata, hey! Saudara2 Saudari2 sekalian berjuanglah jangan mundur majulah ka hadapan

Amin ya rabbul alamin berkat do a laillahaitlahi Munamada rasululah. Dan saga uchapkan jutaan terima kasih kepada saudara Pa. S. Allah sahajalah yang akan membalas budi jasa‑nya dengan penuh layanan, nasiha yang belom pernah di‑dengar oleh saya dari awal hingga akhir.

Harapan ini surat jangan sekali di‑beri sesiapa pun. Simpan baik‑bai, barangkali di‑lain masa ada guna‑nya.

Ditulis pada 1‑3‑1950

Saya yang akan meninggalkan endah ini,

R.D.

- Dipetik dari buku Rosli Dhobi Di Tali Gantung tulisan Rudi Affendi Hj. Khalik, 1997.







1 ulasan:

Aidilx berkata...

Salam

Terima kasih kerana memanjangkan kisah perjuangan Pejuang Muda, Allahyarham Rosli Dhobi ini.

Mudah²an kita mendapat manfaat bersama.