Pages

Jumaat, 8 Januari 2010

Jom Kerja


Kerajaan Negeri Selangor bersama Perbadanan Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan menganjurkan Program Jom Kerja! Siri III Peringkat Daerah Klang yang akan disertai oleh 25 syarikat swasta terpilih pada 9 dan 10 Januari 2010 (Sabtu & Ahad) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Temuduga terbuka akan diadakan bagi mengisi kekosongan jawatan dari peringkat SPM hingga Ijazah. [baca lagi]

Antara objektif Program Jom Kerja! ini adalah untuk memastikan penduduk tempatan diberi keutamaan dalam merebut peluang pekerjaan yang ada terutamanya golongan belia dan ibu tunggal. Ianya juga selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Selangor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pengurangan pengangguran.

Program ini diharapkan dapat menyebarkan maklumat dengan lebih berkesan kepada rakyat tentang peluang-peluang pekerjaan di Selangor di mana peluang tersebut dibuka seluas-luasnya kepada rakyat tempatan sebelum pihak berkenaan mendesak mencari pekerja asing.Calon-calon yang berminat boleh hadir ke lokasi Program Jom Kerja! Siri III di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang dengan membawa bersama sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Encik Daniyal di talian 03-55447515.

Sumber terpilih: http://www.drhalimahali.blogspot.com/

Tiada ulasan: