Pages

Isnin, 4 Januari 2010

*Home Sweet Home*

gambar hiasan

Alhamdulillah, hari ini genap 4 hari Imma berada di rumah (Machang, Kelantan). Imma happy sangat, lupa segala kerja-kerja di ofis dan lupa segala benda yang dah jadi dulu... Sekarang Imma dengan semangat baru, chapter baru, diari baru... jawatan baru, ofis baru... =)) Ops, Imma lupa nak bagitau pasal kerja Imma. Jom masuk perenggan baru...

gambar hiasan

Alhamdulillah sekali lagi, setelah Imma fikir masak-masak, tanya orang berpengalaman, mohon petunjuk Illahi... akhirnya Imma berlapang dada dan menerima 'jawatan' itu dengan harapan ia dapat membentuk keperibadian Imma, khususnya jati diri Imma, kerjaya Imma menjadi semakin baik, Imma melangkah setapak ke hadapan untuk maju dalam hidup, Imma dapat membalas jasa Mak dan Abah Imma... dan semoga dengan kehadiran Imma dalam 'unit' tersebut, Imma dapat menyumbangkan tenaga Imma, buah fikiran Imma untuk keperluan rakyat Selangor. InsyaALLAH.

Semalam 3hb Januari 2010, kenduri kesyukuran telah diadakan di rumah mak dan abah Imma sendiri, melahirkan rasa syukur pada ALLAH atas kejayaan anak-anak mak dan abah dalam bidang masing-masing. Terima kasih ALLAH, terima kasih tidak terhingga kepada mak dan abah kerana berjaya mendidik kami semua menjadi insan berguna. Imma tak pernah sangka, kesusahan hidup yang kita lalui 15 tahun dahulu, akhirnya membuahkan hasil yang tidak ternilai pada hari ini. Imma sebak mengenangkan nasib kita dulu.. apapun yang terjadi, kita tetap bersabar, redho dan bersyukur dengan apa yang ALLAH hadiahkan dulu dan kini. Hari ini, mak dan abah boleh menarik nafas lega, melihat kami adik beradik berjaya di medan masing-masing.

Kepada rakan-rakan, adik-adik di luar sana... bukan senang untuk senang, dan bukan susah untuk susah. Kalau boleh Imma tak nak ingat perkara pahit yang terjadi dalam keluarga Imma, perit sangat, tapi setiap kali mak cerita balik pasti Imma bergenang air mata. Mungkin, mak nak kami adik beradik ingat macam mana kami bangkit dari kesusahan... jangan lupa asal usul... berpijak di bumi yang nyata. Sungguh! Imma tak pernah lupa mak. Tiap kali Imma melakari kejayaan tak kurang juga jatuh dek kegagalan, di saat itulah kepedihan sejarah hitam menjelma di ingatan... kerana sejarah itulah yang membentuk keperibadian imma hari ini. Mak, you are the real superstar in my heart. I l o v e y o u...and Thank You Mak & Abah.

P/s: Penulisan Novel *N O T A C I N T A D A R I B E I J I N G* terpaksa ditangguhkan. Penulis sedang mencari ilham menulis novel lain.

Tiada ulasan: