Pages

Selasa, 22 Disember 2009

Pabila Jari Menari...

Salam mahabbah buat semua, insyaALLAH sama-sama kita lahirkan rasa syukur kita kepada yang MAHA ESA kerana nikmat bernafas yang diberikan secara percuma, sama-sama juga kita berselawat ke atas Nabi kita.

Saperti yang Imma janjikan sebelum ini, Imma akan meluahkan beberapa perkara di dalam blog ini, hanya sekadar untuk berkongsi dan jika ada yang boleh anda guna pakai ambillah ia, jika tidak sila tinggalkan ia di sini saja.

Alhamdulillah berakhir sudah tahun 1430H, kini menjelma pula tahun baru hijrah. begitu juga tahun 2009 yang bakal berakhir dan akan muncul tahun baru 2010. Segala yang pahit, manis, suka dan duka ditempuhi dengan hati redha pada ALLAH. Alhamdulillah juga diri ini masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menjalankan tangungjawab sebagai khalifah-NYA di muka bumi ini.

El-Khadeeja Enterprise
Sebuah syarikat yang Imma dan Naqibah Imma tubuhkan untuk menjual barang-barang keperluan muslim. Namun fokusnya adalah kepada busana atau t-shirt. Alhamdulillah syarikat ini berjaya maju setapak demi setapak. Wujudnya blog El-Khadeeja, membuatkan El-Khadeeja dikenali dengan begitu pantas... itu lah kuasa teknologi. Walaupun kami berjauhan, seorang di Perlis dan seorang di Shah Alam, perniagaan kami tetap berkembang. Hari demi hari meniti indah, tetapi diri ini tak terdaya untuk meneruskan perniagaan secara perkongsian ini setelah di tolak campur darab dan bahagi, Imma mengambil keputusan untuk menarik diri. Tidak!!! tidak ada langsung perselisihan faham antara kami, tetapi kesibukan kerja Imma di Shah Alam membuatkan Imma hilang fokus pada perniagaan ini, Imma teramat bersalah pada Kak Lin yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk El-Khadeeja tetapi Imma seolah-olah menambahkan lagi bebannya. Akhirnya, perbincangan diadakan dan Imma menarik diri dan menyerahkan perniagaan itu untuk diurus tadbir oleh Kak Lin dan suaminya. Hasilnya, El-Khadeeja semakin mantap. Alhamdulillah, gembira Imma. =)

Diterima Bekerja
Alhamdulillah, setelah menganggur beberapa bulan, akhirnya Imma mendapat pekerjaan di Pejabat SUK Selangor. Walaupun agak blur pada mulanya, namun belajar ilmu baru, dan sanggup untuk belajar dari kesilapan membuatkan Imma sedikit demi sedikit lebih matang dalam pekerjaan. Memulakan kehidupan baru sebagai seorang wanita bekerjaya. (^.^)

Kasih Tak Kesampaian
Menghitung hari, membuat persiapan untuk bersatu di hari bahagia... namun, siapa yang mampu melawan takdir ALLAH yang akhirnya kasih terhenti dipertengahan. Sakit yang amat dalam, rasa sukar untuk bangkit semula, namun segalanya harus jua ditempuhi walaupun perjalanan Imma sememangnya berliku. Tiada apa yang perlu disesali kerana takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka, takdir jua yang menentukan perpisahan... Hanya pada ALLAH Imma berserah segalanya. Apa yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Imma, sukar untuk menerima tetapi harus menerima sebagai hadiah (hikmah) daripada ALLAH yang MAHA mengetahui apa yang terbaik untuk diri Imma. Yang berlalu biarlah berlalu, bangkit dengan semangat baru itu yang paling penting. Syukran Jazilan, Imma berterima kasih kepadanya yang pernah hadir dalam hidup Imma dan pernah membimbing diri ini. Semoga kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seterusnya dan istiqamah dalam gerakan Islam. Jadilah ketua yang baik dan pimpinlah anak-anak muda itu ke jalan yang diredhai. Imma maafkan. Terima kasih Imma ucapkan pada Mak dan ayah Imma, Naqibah Imma, kak lin, kakak Nisa', sahabat-sahabat jemaah, rakan-rakan bloggers, yang banyak memberi kata-kata semangat, nasihat, hadir tika Imma memerlukan, Imma sayang semua... Tq sangat-sangat.

Nisa' Shah Alam
Menjadi sebahagian ahlinya membuatkan diri begitu bangga sekali. Bergerak kerja bersama, usrah bersama... segalanya indah Imma rasakan. Walaupun ada berlaku perselisihan kecil, namun itu cuma asam garam dalam berorganisasi. Yang penting kita bersatu. Go Nisa' Go!!!~

http://www.naurahhaqq.blogspot.com/
Blog yang Imma hasilkan sekitar bulan 9 tahun 2008, yang berjaya dikunjungi hampir 6000 pengunjung dari tempoh ia diwujudkan sehingga bulan 7, 2009. Akhirnya blog ini terpaksa Imma privatekan sementara dan akhirnya Imma terpaksa delete. Blog ini banyak meninggalkan kesan pada Imma, Imma sayang sangat blog ini (sebelum terbinanya blog baru) sebab blog ini banyak sangat kenangan, sumber inspirasi Imma... Blog ini juga yang banyak menceritakan perjalanan serta pernyertaan Imma dalam politik kampus juga di luar kampus. Entry terakhir Imma adalah mengenai Kematian Beng Hock di Plaza Masalam seksyen 9 Shah Alam. Untuk pengetahuan, blog Imma telah dicerobohi, dan setting pada blog Imma berubah... ada anasir yang mungkin tidak senang dengan posting yang Imma buat juga tulisan Imma yang membuatkan ada pihak tidak senang. Imma fikir Imma perlu berehat dari dunia blogging sebentar, dan sekarang Imma hadir semula dengan wajah baru. Walaupun tulisan kali ini lebih bersifat peribadi berbanding dahulu yang bersifat pemikiran politik dan Islamik, namun terimalah seadanya... mungkin sedikit kekok setelah berehat dari penulisan blog. Berikan Imma ruang masa untuk mengembalikan mood menulis. Terima kasih kerana memahami Imma. Di sini juga ingin memohon maaf pada rakan seangkatan Imma (bloggers/ pembaca) kerana Imma mengambil keputusan menghilangkan diri dan delete blog secara tiba-tiba. Imma mendapat respon daripada sahabat-sahabat yang bertanyakan mengapa jalan ini yang Imma pilih. Sesungguhnya apa yang Imma lakukan adalah berkait rapat dengan diri Imma, kerjaya Imma, keluarga Imma, penglibatan Imma dalam politik. Apa yang dilakukan telah pun Imma ambil kira setiap perkara samada baik mahupun buruk. Minta maaf sekali lagi.

Dreamteam Resources
Satu nama yang Imma pernah impikan untuk berada di dalam organisasi ini, akhirnya ALLAH memakbulkan doa Imma. Imma dapat mengubah hati, minda dan sikap Imma sedikit demi sedikit, alhamdulillah. Menjadi fasilitator program, membuatkan Imma semakin menghargai diri sendiri, kerana Imma dikelilingi mereka yang sangat istimewa terutama peserta-peserta yang hadir ke program. Tq tq tq...

Terima kasih Allah
Terima kasih ALLAH... Engkau memberiku peluang untuk meneruskan hidup ini walaupun aku pernah berputus asa... Berdosanya aku mempertikaikan pemberianMu Ya ALLAH. sesungguhnya aku hamba yang lemah. Tidak mampu bertahan dengan ujian yang Engkau hadiahkan... kasih sayang Mu tidak henti di situ, Engkau mengirimkan pula sahabat-sahabat yang memahami akan diri ku... membuatkan diriku bisa bangkit dan bertahan semula... Sungguh Engkaulah Maha Pengasih... Engkaulah Maha Penyayang.

Sekian, wassalam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika ada kebaikan yang dapat kita perlihatkan,atau hal baik apa pun yang dapat kita lakukan untuk sesama, biarkanlah kita melakukannya sekarang,kerana mungkin kesempatan untuk itu tidak akan pernah kita dapatkan kembali..