Pages

Rabu, 25 November 2009

Sorotan cerita - Ayat-ayat Cinta (edited)

Buah tangan ini, ku titipkan khas buat sahabat-sahabat semua diluar sana. Sekian lama tidak ku hadiahkan pengisian untukmu sahabat, kali ini aku hadir dalam erti kata aku kembali ingin bersama mu semula.

Untuk pengetahuan, video ini telah saya paparkan di blog saya yang lama dahulu, paparan kali kedua ini hanya sekadar ingin mengimbas kembali pengisian-pengisian lama supaya kita semua tidak leka dengan kisah cinta yang belum pasti. Sekadar ingin berkongsi juga...

Semua insan ingin disayangi, sudah lumrah hidup kita, bercinta dan dicintai itu keperluan setiap insan... namun, kadang-kadang kita tewas dek kerana cinta manusia kita letak arasnya di atas cinta Illahi, kita juga tewas dek kerana arasnya kita letak sama dengan cinta Illahi. Iman yang turun naik aras meternya menjadikan manusia hilang arah tujuan bilamana cinta manusia menjadi matlamat utama dan bukan pula matlamat untuk menggapai cinta Illahi.

Bercinta Sampai ke syurga... mahu diungkapkan mudah, mahu dilaksana payah sekali. Apakah ada jalan pintas untuk bercinta lalu terus sampai ke sana? Jawapannya tidak bukan? Hidup suburkanlah hatimu wahai sahabat, sama-samalah kita mematuhi segala perintah dan larangan ALLAH... melakukan perkara sunat, yang menjadi amalan Nabi saw dan para sahabat... InsyaALLAH mereka kita jejaki, di sana kita bertemu... Janji ALLAH itu pasti! Tepuklah dada tanyalah Iman.




P/s: Dari sahabat untuk sahabat... jua untuk diri sendiri

Tiada ulasan: