Pages

Isnin, 30 November 2009

Perkahwinan

Satu perkataan yang pernah singgah dalam kamus hidupku... namun semuanya adalah kenangan silam. Apabila perkara ini disebut, pastinya sesuatu perhubungan itu mencapai ke kemuncaknya. Mengikat ikatan yang sah dengan lafaz akad, berserta dengan syarat-syaratnya yang lain.

Semenjak dua menjak ini, aku diundang ke majlis-majlis perkahwinan... namun satu undangan pun aku tidak berpeluang untuk hadir. Maaf sahabat-sahabat, bukan niat untuk sengaja tidak hadir, tetapi dek kerana tuntutan tugas di hujung minggu lebih memerlukan perhatianku. Ribuan terima kasih diucapkan di atas kesudian kalian menjemputku. Tahniah dan semoga berbahagia bersama pasangan masing-masing...


Patah hati
Jika diimbas kenangan lalu, masih berbekas di hati ku. Aku cukup fobia dengan kata CINTA, aku cukup fobia dengan PERKAHWINAN... pedih teramat pedih aku rasakan. Namun aku harus berpegang pada kalam ALLAH yang suci ini,
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Aku bukan insan yang tabah persis Saidatina Siti Khadijah, aku juga bukanlah insan sehebat Saidatina Siti Fatimah... aku insan yang lemah, diuji sedikit aku terkulai layu...

Pernah suatu ketika aku diberi kata-kata perangsang oleh seorang sahabat, namun yang membuatkan aku bingung, sahabatku berkata,"Imma sampai bila nak tutup pintu hati tu? berilah peluang pada orang lain... janganlah ikut perasaan" Sahabat, tidakkah kau tahu yang hati aku dilukai begitu dalam sekali? tidakkah kau sedar aku bangun sedikit demi sedikit... hati aku bukanlah mainan yang boleh dibaling-baling sesuka hati. Aku punya perasaan, aku punya rasa. Bukan aku menidakkan lamaran orang, tapi cukuplah kau fahami bahawa aku belum bersedia. Berikan aku masa... berapa lama? 1 tahun mungkin, 2 tahun mungkin... terpulang, terpulanglah pada hatiku... Sahabatku... usah kau risau, aku tahu kini kau cukup bahagia bersama pasanganmu. Aku gembira untukmu... aku tahu kau risau melihat keadaan ku, namun percayalah sahabat... ALLAH itu maha adil, aku yakin akan janji-janji ALLAH itu pasti. Ya! Pasti. Aku Yakin.

Kepada Sahabat-sahabatku yang telah melangsungkan perkahwinan... maafku pinta sekali lagi...
Kepada:

Ustaz Dzulkhairi (GAMIS) & Kak Raihana
Wan Yusoff & Siti Fatimah (Sahabat baikku)

Ehsan (SPIES) & Shikin

Nuraisyah (sahabat tersayang) & suami

Kak Habibah Musa (Jemaah kampus) & Suami

Akhi Mior Isfanddy (Jemaah uia & SPM) & Isteri

Afifi (Jemaah UM) & Isteri

Kak Huda (jemaah kampus) & suami

Abg Hazman (Jurulatih silat sekolah) & Kak Linda -bakal dilangsungkan 13hb Dis ini


Semoga berbahagia, dimurahkan rezeki... dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah... Segala kebaikan datang pada kalian hendaknya. Ameen.

P/s: Hargailah perkahwinan, jagalah ia seperti mana kalian menjaga maruah peribadi kalian

Tiada ulasan: