Pages

Khamis, 31 Disember 2009

Imma blur lagi...

Betapa hebat perancangan Allah..Apa –apa yang berlaku sekarang, perlu kita hayati firman Allah dalam surah al Mulk, mafhumNya. “Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (al Mulk ayat 1-2)

Sebagai orang Islam, kita perlu kembali..setiap perkara ada kebaikan kepada kita. Kita perlu ambil apa yang ada, ambil dengan dada yang lapang, redha menghadapi apa yang diatur oleh Allah S.W.T..Supaya ianya membuahkan keberkatan.

Pernyataan di atas cukup menyedarkan Imma betapa perancangan ALLAH itu mengatasi segala perancangan manusia, juga menginsafkan Imma betapa seninya perancangan ALLAH, yang membuatkan kita tidak sedar, apabila kita marah, kita kecewa, kita gembira, kita tersenyum, semua perkara yang berlaku ke atas diri kita adalah kehendak ALLAH. Terutama diri ini yang lambat untuk sedar setiap perkara itu ada hikmahnya... Imma boleh lahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku, teruk kan Imma? dah laa kecewa, lepas tu lambat sedar... 'there are no accidents in life' =) hmm, teringat cerita Kungfu Panda.

Perancangan hidup
Perancangan Imma dalam hidup Imma, Imma teringin untuk ke negeri China untuk memperkayakan bahasa Mandarin Imma. Apa yang perlu Imma buat telah Imma lakukan, dan sekarang tunggu jawapan. Imma dapat tahu Imma layak untuk mengikuti program lanjutan pelajaran ke China, tetapi disebabkan beberapa masalah yang berlaku di pihak pentadbiran, surat tawaran tidak dapat dikeluarkan lagi. Perkara ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu, dan Imma bernasib baik sebab Imma ada sumber yang menyampaikan berita ini. Terima kasih kepada yang menyampaikannya.

Tawaran kerja
Dalam pada itu, Imma ditawarkan untuk memegang jawatan gred N41 di SUK, Imma tak tau nak terima berita ini dalam keadaan macam mana. Mungkin Imma terlampau menginginkan untuk sambung belajar ke China, Imma tak dapat bagi jawapan pada tawaran tersebut. Imma blur... Imma frust... Imma bimbang kalau Imma terima tawaran ni, dan tak lama kemudian surat sambung belajar pun keluar... waktu tu Imma kene lepaskan peluang belajar ke China. Imma buntu... =(( Kemudian, Persoalan yang timbul dalam kepala Imma, kenapa ALLAH jadikan perkara ini berlaku? Imma tak dapat fikir apa sebenarnya ALLAH nak tunjukkan, dan Imma anggap ini sebagai hadiah daripada ALLAH setelah tekanan demi tekanan dalam bekerja Imma lalui sebelum ini... tiba-tiba datang tawaran yang mengejutkan. ini Imma bersyukur. Tapi nampak macam Beijing melambai-lambai... =((

Hanya ALLAH yang tahu
Imma serahkan bulat-bulat kepada ALLAH, agar diberi petunjuk pada Imma sama ada Imma terima atau tak tawaran tu... selain Imma minta pandangan Mak dan abah Imma, kawan-kawan Imma. Ternyata mereka menyokong 100%. Lebih-lebih lagi kawan-kawan di SUK, mereka ucap tahniah dan mereka kata ni peluang yang tak mudah dapat sebab susah untuk dapat jawatan gred N41. Imma fikir balik, Ya ALLAH betapa pemurah dan penyayangnya MU Ya ALLAH... Kenapa Imma still nak mempertikaikan? Ya ALLAH, ampuni aku...

Balik Kampung...
InsyaALLAH... esok Jumaat, Imma akan bertolak pulang ke kampung halaman pada jam 7.00pagi. Pada kawan-kawan Imma yang ada kat Kelantan, harap kita dapat berjumpa. Imma tak sabar nak jumpa korang, dengar khabar masing-masing berjaya bawa balik pingat dari pertandingan silat masing-masing, Sukan Sea LAOS, Silat Kebangsaan di Perak, Silat Remaja di Kedah... Tahniah tau... Happy sangat... Imma dah bersara, hehehe... tak larat dah nak bersilat, semua tu tinggal kenangan je. =) apa pun Imma tetap sokong kawan-kawan Imma yang hebat-hebat ni.

**Tahniah Hidayat a.k.a Ayak yang berjaya membawa pulang pingat Gangsa dari Laos. Tahniah! Awak still hebat macam dulu... tak sangka wakil malaysia sekarang. Jelesnye...

Jumaat, 25 Disember 2009

Penat...

Imma penat... Imma tak larat dah... Imma rasa nak buat semua benda... Imma nak jaga hati semua pihak, kalau Imma tak buat ada yang akan terasa hati... hakikatnya Imma cukup penat. Imma memang tak rehat betul-betul... non-stop buat keje.

Malam ni, baru Imma rasa badan Imma sangat penat, balik dari rumah Kak Mas @ Sunway, tengah drive, tiba-tiba Imma pening... setiap trafik light Imma pejam mata dan rasa nak tidur jer. Tapi bahaya... lagipun Imma dah janji dengan group Nisa' Shah Alam nak tolong buat montaj (tapi tak dapat buat, terlampau penat dan mata mengantuk yang amat... maaf kak Fara Imma tak dapat bantu akak, tapi lega dapat ajar akak buat montaj pakai software tu).

Sampai di ofis Nisa' Imma dah tak larat sangat-sangat. Sampai sahabat-sahabat perasan muka Imma lesu sangat, dan memang Imma tengah pening sangat-sangat, rasa nak rebah je... Imma bertahan sampai abis install software kat laptop kak Fara, rasa nak muntah pun ada. Imma nak balik, kak Rin tak bagi, dia cakap dah lewat, lagipun dia risau tengok Imma lesu dan nak drive sorang-sorang malam-malam buta, hampir pukul 2pagi. Imma nak buat macam mana, Imma kene balik juga, esok Imma ada retreat pejabat Imma kat Impian Morib Resort. Barang-barang belum kemas. Kene balik....

Nasib baik dah lewat, kereta pun tak de sangat kat jalan, Imma drive macam orang mabuk... pening sgt... Alhamdulillah selamat sampai... tapi masa nak parking 'chenta', Imma terlanggar pembahagi jalan.... DUUUMMMMM!!!! kuat sangat bunyi... bumper depan tercabut sikit... kesian 'chenta' =(( sori sangat2.... Imma tak larat dan tak leh fokus.

Lepas ni.... Imma kene jaga diri baik-baik... banyakkan makan... sebenarnya, Imma dah 2 hari tak makan nasi... tadi baru jumpa nasi kat rumah kak Mas. Alhamdulillah... lega sikit... kenyang..TQ kak Mas...

*tak tau nape semenjak dua menjak ni tak lalu makan nasi.... banyak sangat benda Imma pikir, banyak benda dalam kepala... rasa tak tertanggung... Ya ALLAH engkau lapangkanlah hatiku mindaku serta jiwaku... ameen

Khamis, 24 Disember 2009

Rabu, 23 Disember 2009

Marilah menuju kejayaan...

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor: Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan


Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya

Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Selasa, 22 Disember 2009

Pabila Jari Menari...

Salam mahabbah buat semua, insyaALLAH sama-sama kita lahirkan rasa syukur kita kepada yang MAHA ESA kerana nikmat bernafas yang diberikan secara percuma, sama-sama juga kita berselawat ke atas Nabi kita.

Saperti yang Imma janjikan sebelum ini, Imma akan meluahkan beberapa perkara di dalam blog ini, hanya sekadar untuk berkongsi dan jika ada yang boleh anda guna pakai ambillah ia, jika tidak sila tinggalkan ia di sini saja.

Alhamdulillah berakhir sudah tahun 1430H, kini menjelma pula tahun baru hijrah. begitu juga tahun 2009 yang bakal berakhir dan akan muncul tahun baru 2010. Segala yang pahit, manis, suka dan duka ditempuhi dengan hati redha pada ALLAH. Alhamdulillah juga diri ini masih diberi peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas dan menjalankan tangungjawab sebagai khalifah-NYA di muka bumi ini.

El-Khadeeja Enterprise
Sebuah syarikat yang Imma dan Naqibah Imma tubuhkan untuk menjual barang-barang keperluan muslim. Namun fokusnya adalah kepada busana atau t-shirt. Alhamdulillah syarikat ini berjaya maju setapak demi setapak. Wujudnya blog El-Khadeeja, membuatkan El-Khadeeja dikenali dengan begitu pantas... itu lah kuasa teknologi. Walaupun kami berjauhan, seorang di Perlis dan seorang di Shah Alam, perniagaan kami tetap berkembang. Hari demi hari meniti indah, tetapi diri ini tak terdaya untuk meneruskan perniagaan secara perkongsian ini setelah di tolak campur darab dan bahagi, Imma mengambil keputusan untuk menarik diri. Tidak!!! tidak ada langsung perselisihan faham antara kami, tetapi kesibukan kerja Imma di Shah Alam membuatkan Imma hilang fokus pada perniagaan ini, Imma teramat bersalah pada Kak Lin yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk El-Khadeeja tetapi Imma seolah-olah menambahkan lagi bebannya. Akhirnya, perbincangan diadakan dan Imma menarik diri dan menyerahkan perniagaan itu untuk diurus tadbir oleh Kak Lin dan suaminya. Hasilnya, El-Khadeeja semakin mantap. Alhamdulillah, gembira Imma. =)

Diterima Bekerja
Alhamdulillah, setelah menganggur beberapa bulan, akhirnya Imma mendapat pekerjaan di Pejabat SUK Selangor. Walaupun agak blur pada mulanya, namun belajar ilmu baru, dan sanggup untuk belajar dari kesilapan membuatkan Imma sedikit demi sedikit lebih matang dalam pekerjaan. Memulakan kehidupan baru sebagai seorang wanita bekerjaya. (^.^)

Kasih Tak Kesampaian
Menghitung hari, membuat persiapan untuk bersatu di hari bahagia... namun, siapa yang mampu melawan takdir ALLAH yang akhirnya kasih terhenti dipertengahan. Sakit yang amat dalam, rasa sukar untuk bangkit semula, namun segalanya harus jua ditempuhi walaupun perjalanan Imma sememangnya berliku. Tiada apa yang perlu disesali kerana takdir yang menentukan pertemuan yang tak disangka, takdir jua yang menentukan perpisahan... Hanya pada ALLAH Imma berserah segalanya. Apa yang berlaku meninggalkan kesan yang mendalam pada diri Imma, sukar untuk menerima tetapi harus menerima sebagai hadiah (hikmah) daripada ALLAH yang MAHA mengetahui apa yang terbaik untuk diri Imma. Yang berlalu biarlah berlalu, bangkit dengan semangat baru itu yang paling penting. Syukran Jazilan, Imma berterima kasih kepadanya yang pernah hadir dalam hidup Imma dan pernah membimbing diri ini. Semoga kita lebih matang dalam menjalani kehidupan seterusnya dan istiqamah dalam gerakan Islam. Jadilah ketua yang baik dan pimpinlah anak-anak muda itu ke jalan yang diredhai. Imma maafkan. Terima kasih Imma ucapkan pada Mak dan ayah Imma, Naqibah Imma, kak lin, kakak Nisa', sahabat-sahabat jemaah, rakan-rakan bloggers, yang banyak memberi kata-kata semangat, nasihat, hadir tika Imma memerlukan, Imma sayang semua... Tq sangat-sangat.

Nisa' Shah Alam
Menjadi sebahagian ahlinya membuatkan diri begitu bangga sekali. Bergerak kerja bersama, usrah bersama... segalanya indah Imma rasakan. Walaupun ada berlaku perselisihan kecil, namun itu cuma asam garam dalam berorganisasi. Yang penting kita bersatu. Go Nisa' Go!!!~

http://www.naurahhaqq.blogspot.com/
Blog yang Imma hasilkan sekitar bulan 9 tahun 2008, yang berjaya dikunjungi hampir 6000 pengunjung dari tempoh ia diwujudkan sehingga bulan 7, 2009. Akhirnya blog ini terpaksa Imma privatekan sementara dan akhirnya Imma terpaksa delete. Blog ini banyak meninggalkan kesan pada Imma, Imma sayang sangat blog ini (sebelum terbinanya blog baru) sebab blog ini banyak sangat kenangan, sumber inspirasi Imma... Blog ini juga yang banyak menceritakan perjalanan serta pernyertaan Imma dalam politik kampus juga di luar kampus. Entry terakhir Imma adalah mengenai Kematian Beng Hock di Plaza Masalam seksyen 9 Shah Alam. Untuk pengetahuan, blog Imma telah dicerobohi, dan setting pada blog Imma berubah... ada anasir yang mungkin tidak senang dengan posting yang Imma buat juga tulisan Imma yang membuatkan ada pihak tidak senang. Imma fikir Imma perlu berehat dari dunia blogging sebentar, dan sekarang Imma hadir semula dengan wajah baru. Walaupun tulisan kali ini lebih bersifat peribadi berbanding dahulu yang bersifat pemikiran politik dan Islamik, namun terimalah seadanya... mungkin sedikit kekok setelah berehat dari penulisan blog. Berikan Imma ruang masa untuk mengembalikan mood menulis. Terima kasih kerana memahami Imma. Di sini juga ingin memohon maaf pada rakan seangkatan Imma (bloggers/ pembaca) kerana Imma mengambil keputusan menghilangkan diri dan delete blog secara tiba-tiba. Imma mendapat respon daripada sahabat-sahabat yang bertanyakan mengapa jalan ini yang Imma pilih. Sesungguhnya apa yang Imma lakukan adalah berkait rapat dengan diri Imma, kerjaya Imma, keluarga Imma, penglibatan Imma dalam politik. Apa yang dilakukan telah pun Imma ambil kira setiap perkara samada baik mahupun buruk. Minta maaf sekali lagi.

Dreamteam Resources
Satu nama yang Imma pernah impikan untuk berada di dalam organisasi ini, akhirnya ALLAH memakbulkan doa Imma. Imma dapat mengubah hati, minda dan sikap Imma sedikit demi sedikit, alhamdulillah. Menjadi fasilitator program, membuatkan Imma semakin menghargai diri sendiri, kerana Imma dikelilingi mereka yang sangat istimewa terutama peserta-peserta yang hadir ke program. Tq tq tq...

Terima kasih Allah
Terima kasih ALLAH... Engkau memberiku peluang untuk meneruskan hidup ini walaupun aku pernah berputus asa... Berdosanya aku mempertikaikan pemberianMu Ya ALLAH. sesungguhnya aku hamba yang lemah. Tidak mampu bertahan dengan ujian yang Engkau hadiahkan... kasih sayang Mu tidak henti di situ, Engkau mengirimkan pula sahabat-sahabat yang memahami akan diri ku... membuatkan diriku bisa bangkit dan bertahan semula... Sungguh Engkaulah Maha Pengasih... Engkaulah Maha Penyayang.

Sekian, wassalam.

Jumaat, 18 Disember 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Salam Maal Hijrah Imma ucapkan buat seluruh umat Islam di serata dunia. Maafkan semua orang itu yang paling penting. Kita lupakan apa yang berlaku dulu... ingat tak posting Imma tentang Ingat 2 lupa 2 tu... dah guna ke belum? rugi tau kalau tak guna. (^.^) Sila guna yer... setelah digunakan, eloklah zahirkan senyuman mu tulus dari hati. insyaALLAH duniamu berseri...

Sebenarnya, sempena tahun baru ini, Imma nak luahkan banyak perkara... namun apakan daya masa mencemburui Imma. Imma ada kerja perlu buat. Apa-apa pun layan dulu lagu yang Imma dah attach ni... rugi sangat-sangat kalau tak dengar, sebab lagu ni yang berkumandang setiap kali sambutan Maal Hijrah diadakan. Imma pun tak tahu tahun bila lagu ni dibuat tapi dari zaman sekolah Imma lagi lagu ni dah popular. Zaman sekolah dulu sempat laaa bernasyid lagu ni... hihihi... zaman muda... Satu Muharram Detik Permulaan.... =))




Lagu ni tahun 1430H... tapi layan jer yer... penting ni untuk tahu

K, insyaALLAH Imma akan sambung lagi luahan bicara Imma sempena tahun baru ini. Sekian...
wassalam.

Khamis, 17 Disember 2009

Rajuk di hati...


Imma sedikit frust bila apa yang Imma usahakan seolah-olah tidak disambut dengan baik. Kadang-kadang mungkin Imma terlampau mengharap, dalam erti kata harapan setinggi gunung... bila dah benda yang diharapkan tak menjadi, frustnye bukan main... =(( bukan nak marah kat sape-sape tapi terasa sedikit je. Hmm... Imma tak nak simpan dalam hati... Imma takut nanti Imma bermasalah dengan orang lain bila nak bekerjasama. Imma harap hati Imma cepat baik... 'seperti kawan-kawan Imma selalu cakap' "Imma ni sensitiflah" yea, Imma akui itu... sensitif sangat, bukan sikit. Kadang-kadang tu, benda kecil terus nangis. =)) hal yang jadi kat Imma ni pun Imma nak nangis... aduh! teruknye ku rasakan. Bagai dicucuk-cucuk sembilu bisa. Hanya kerana tak respon pertanyaan Imma je... Tapi Imma pulak yang emo. Lucu kan? Jap nak pujuk hati jap... =))

Ok... alhamdulillah Imma dah boleh teruskan kerja Imma. Nak gi shopping baju jap... bad attitute... jangan tiru.. kalau Imma frust, nak marah ke ape ke... Imma akan beli baju baru, tak pun just window shopping. Kebetulan pula ada orang jual-jual kat lobi bangunan ni... apa lagi... redah je... Bos sporting.... jangan marah kalau u oll tak dapat bos macam Imma. =))

Team Building II PPAS (bersama keluarga) & IAS Conference

Alhamdulillah... panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi... selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kerana masih lagi diberi nikmat kehidupan di bumi bertuah ini. Syukur pada MU ya ALLAH.

Untuk entry kali ini, Imma ingin berkongsi beberapa aktiviti Imma beberapa hari lepas.

Team Building II PPAS bersama keluarga
Alhamdulillah, Imma berkesempatan untuk menjadi salah seorang fasilitator untuk program ini, dan begitu teruja untuk bekerjasama dengan staf PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor). Ini merupakan kerjasama kedua Imma bersama PPAS. Alhamdulillah, cukup nikmat rasanya kerana Imma dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan mereka meluaskan jaringan perhubungan sesama umat nabi Muhamad.

Berikut adalah beberapa foto rakaman yang tak seberapa yang dapat Imma kongsikan:


Sebahagian fasilitator bersama Pengarah PPAS

Satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan... terima kasih daun keladi kepada semua staff PPAS yang memberi kerjasama yang baik kepada BIG PICTURE, ada rezeki kita buat lagi... (^.^) Tahniah Encik Azhan, you are superstar! Seorang pengarah (Teambuilding II) dan ketua yang baik. Tahniah juga kepada semua fasi-fasi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Islamic World Academy of Sciences (IAS) Conference
Sharing is caring:
Scientific institutions have always played a major role in promoting science and technology and in influencing the general state of development of any society.

In response to the need for an international organization that can undertake such a task, Islamic World Academy of Sciences (IAS) came into being as independent, non-political, non-govermental, and non profir making organization of distinguished scientists and technologists dedicated to the promotion of all aspects of science and technology in the Islamic World.

Conference Objectives

  1. To engender public awareness of the concept of knowledge society in general and in decision-making circles in particular

  2. To assess the role of women as knowledge producers in science and scientific enterprise in OIC and developing countries

  3. To highlight the hurdles facing R&D in OIC countries (knowledge workers' views)

  4. To strengthen private sector science linkages (knowledge application)

  5. To strengthen the linkages between science and scientific community and the media (knowledge dissemination)

  6. To engage the youth of OIC countries in science, technology and innovation (STI) (knowledge for the future)

For more details, please refer to http://iasconf2009.unisel.edu.my/

Chairman of the National Organizing Committee

Al-Sultan Selangor

love this pic

gambar tak center =((

Press conference

admire him.. (^.^)

suke gambar ni... imma adjust warna je...

Ucaptama - Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
(cantik x gambar ni?)

unique... =)

P/s: Imma akan upload lagi gambar-gambar yang menarik semasa program berlangsung... maaf.

Selasa, 15 Disember 2009

Senyumlah dari hati... Dunia mu berseri... =)

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

PETUA "Ingat 2 Lupa 2"

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!”kata si sombong.

“Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”, ungkit si dia.

mannwalaza.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

Sumber asli: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Isnin, 14 Disember 2009

Apabila Facebook menjadi fenomena dunia

Salam Ceria semua, =) erm... entry kali ini Imma tak pasti ia adalah info yang berguna atau tidak untuk pembaca, apapun Imma rasa ia sebagai maklumat semasa untuk para pembaca. So... layannn...

*** *** ***

Oleh JOHARDY IBRAHIM

Afila dan Azira, masing-masingnya berusia 23 dan 20 tahun mungkin gelihati bila mendapati 'akhirnya' pak usu mereka menyertai laman sosial interaktif, Facebook pada April lalu iaitu pada tahun kelima kewujudan Facebook. Ini kerana hanya beberapa minggu sebelum itu, bapa saudara mereka ini 'sibuk menasihati' mereka supaya berhati-hati di alam maya dan tidak mendedahkan identiti diri.

Faktor kedua mendorong penulis menyertai Facebook ialah kerana 'dipujuk-paksa' oleh rakan yang enggan menghantar gambar kami di Phuket menggunakan e-mel, sebaliknya meminta mengambilnya dari akaun Facebook miliknya.

Maka penulis pun membuka akaun Facebook. Dan jika anda pun baru menyertai Facebook dalam waktu yang bersamaan dengannya, ketahuilah kita membentuk 350 juta pengguna Facebook di seluruh dunia sekarang ini.

Angka luar biasa besar itu yang diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Facebook, Mark Zuckerberg pada 1 Disember lalu, tidaklah memeranjatkan kerana minat untuk memiliki akaun Facebook sudah menjadi fenomena di mana-mana.


Meskipun mendapat saingan daripada beberapa rangkaian sosial lain seperti Friendster dan Twitter, sekurang-kurangnya di Malaysia Facebook kekal teratas sebagai pilihan utama.

Menurut mashable.com, Facebook mencatat sekurang-kurangnya 500,000 pengguna setiap hari. Ini kerana untuk menjadi pengguna adalah cukup mudah dan percuma.


Banyak juga kelebihan yang boleh diperoleh daripada Facebook seperti menemukan kembali rakan-rakan sekolah yang berdekad lamanya terpisah, menyambung persahabatan dan membuat kawan baru, walaupun penulis menolak beberapa permintaan bila mendapati mereka lahir sebelum 1991.

Bertentangan dengan tanggapan sesetengah pihak bahawa Facebook hanyalah satu daripada bentuk permainan Internet yang melekakan, ia kini diguna secara meluas untuk tujuan komersial bagi sektor perniagaan dan platform propaganda bagi entiti politik untuk sampai ke sasaran audiens.


Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan akaun Facebook baru-baru ini, ia menjadi tajuk berita utama media.

media

Kebelakangan ini, media-media arus perdana Barat tidak teragak-agak memetik kenyataan seseorang individu atau selebriti dalam Facebook sebagai bahan berita. Bulan lalu, bekas calon Naib Presiden AS, Sarah Palin menulis dalam akaun Facebook kepada sejuta 'rakan-rakannya', membidas penggunaan gambarnya yang berseluar pendek di muka depan sebuah majalah. Jelas, Palin tidak memerlukan agensi perhubungan awam lagi.

Pada Rabu lalu, Facebook melaksanakan kawalan tambahan bagi privasi atau 'bebas dari gangguan atau perhatian awam'. Pengguna Facebook tentu perasan kepada soalan mengenai penetapan arahan pada kerahsiaan butir-butir peribadi yang terpampang semasa membukanya minggu ini.

Kawalan tambahan itu terpaksa dilakukan oleh Facebook setelah menerima banyak kritikan mengatakan syarikat itu tidak cukup sensitif terhadap privasi pengguna. Usaha Facebook sebelum ini menerusi inisiatif Beacon turut dikritik, apabila pengguna mendapati mereka secara tidak semena-mena menjadi 'orang penghubung' bagi servis atau laman-laman web dalam Facebook yang kerap mereka sertai.

Kawalan tambahan ini memberikan pengguna alat yang mudah tetapi lebih berkuasa untuk mengehadkan perluasan maklumat peribadi mereka. Paling signifikan dalam penambahbaikan itu ialah keupayaan untuk mengehadkan sesiapa untuk melihat tulisan atau gambar atau video yang disiarkan oleh pengguna di dalam rangkaian termasuk. Maknanya, tiada lagi sesiapa yang tidak berkenaan (terutama pengiklan) daripada menyalahgunakan maklumat peribadi pengguna.

Dalam konteks ini, sesetengah pejuang privasi berkata, senarai rakan-rakan ini sama sensitif dengan maklumat peribadi kerana dengan meninjau pada senarai rakan-rakan yang dikenali itu pun boleh mendedahkan maklumat sulit.

Mengapa Facebook melakukan perubahan ini? Jawapannya mudah. Ia adalah atas nama perniagaan semata-mata dan elemen utama perniagaan Internet ialah menarik lebih banyak trafik dan mencipta dagangan daripada sekurang-kurangnya satu maklumat yang didedahkan oleh pengguna.

Satu lagi tarikan dalam Facebook ialah permainannya seperti FarmVille - yang secara umumnya begitu mudah dimainkan tanpa perlu banyak berfikir, asalkan rajin 'bercucuk tanam' atau realitinya, menekan tetikus berjam-jam.


Menurut Daniel Lyons menerusi artikelnya dalam Newsweek, permainan FarmVille walaupun mengasyikkan, ia sebenarnya meletakkan pengguna dalam keadaan 'dipergunakan' secara tidak langsung oleh kelompok yang diistilahkan sebagai Scammers.

Facebook meraih keuntungan dengan menjual ruang iklan, sesetengahnya kepada scammers," katanya.

- MINGGUAN MALAYSIA

Jumaat, 11 Disember 2009

WishlisT 2010

Salam Nur Kasih semua... walaupun Nur kasih dah pun melabuhkan tirainya, namun watak dan jalan penceritaannya tetap tersemat di sanubariku... huhuhu ~imma plz imma... cukuplah tu.. hehehee... Ok ok, Imma pun macam tak nak bermadah-madah sangat apatah lagi hari ni Imma C.U.T.I!!! Alhamdulillah Imma dapat luangkan masa untuk update blog kesayangan Imma yang comel ni. (Huhh~ perasan yang amat kamu ni Imma)

Apa Imma buat hari ni? Hmm... tunggu entry seterusnya cay. >.< (muka comel ni ada orang pengaruhi Imma, Imma pun suke muka comel macam ni, so Imma tirulah... hehe) Almaklumlah, 2009 bakal melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi, alaa macam cerita Nur Kasih tu, ada mula mesti ada ending kan? Huhh... me repeat it again... *wink* >.<

*****sori*****


Apelah gaknye wishlist 2010 Imma. =) haaa tu kat bawah tu, siap dengan gambor comel lagi... *wink*wink*


PERTAMA!



http://www.nikonusa.com

ni haa ada maklumat tentang camera tu:

Produk baru: DSLR ikut citarasa

Oleh Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

NIKON memperkenalkan D3000 sesuai untuk mereka yang mula berjinak dengan dunia fotografi.

D3000 dilihat sebagai permulaan yang baik untuk pengalaman pertama.

Menerusi resolusi 10.2 megapiksel dengan lensa zom 18-55 mm, ia mampu memberi kepuasan dengan hasil yang hebat menerusi LCD 3.0 inci.
Edisi D3000 memperkenalkan fungsi terbaru menerusi mod Guide.

Rekaan terbaru ini memberi pilihan kepada pengguna untuk merakam, melihat dan menyunting gambar dengan menetapkan menu yang diingini. (hihi suke sangat)

Spesifikasi
PRODUK: Nikon D3000
HARGA: RM 2,288 ('_') betul ke tipu ni?
RESOLUSI: 10.8 megapiksel
JENIS RAKAMAN: JPEG, NEF (RAW), NEF (RAW) + JPEG
STORAN: Kad SD/SDHC
ISO: Auto, 100 hingga 1600
LCD: 3.0 inci
SHUTTER: 1/4,000 hingga 30 saat
ANTARAMUKA: USB
BATERI: Li-Ion EN EL9a
DIMENSI: 126 x 97 x 64 mm
BERAT: 485g


Erk... berapa dah harga dia tadi?
HARGA: RM 2,288 @_@ buat muka ler tuh...
macam hujung tahun depan jer baru leh dapat...

KEDUA! jeng jeng jeng...

Imma nak pergi belajar kat sana...

subhanallah...

owh, apakah???

doakan Imma berjaya ye... (tapi result tak keluar lagi... hmm, dapat pergi ke tak, tak tau lagi) doakan yer... >.<


KETIGA!

Menulis! Siapkan novel : Atas cadangan seorang rakan... mula-mula macam kelakar je bila dia minta Imma buat novel tentang Cinta di Beijing... Imma ketawa je. Kemudian, masa Imma baca novel 'Salju Sakinah', terdetik di hati untuk menghasilkan novel sendiri. Apa salahnye kan? Ada beberapa cadangan tajuk novel yang dah Imma fikirkan. Antara yang menarik perhatian Imma adalah....
So what do you think? ok tak tajuk ni? >.<

Itu sahaja wishlist Imma untuk tahun 2010. Berjiwa besar ler katakan. *wink*wink* insyaALLAH pasti berjaya...! Tak dapat tiga-tiga, salah satu pun dah alhamdulillah... Syukur.

k, sampai di sini dulu... ok dah boleh pergi buat kerja masing-masing.

Salam sayang. =)

Selasa, 8 Disember 2009

Terpaku di Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Selangor

Alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... Imma rasa bertuah sangat-sangat sebab telah terpilih (oleh ALLAH) untuk menghadiri Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Selangor.

Konvesyen Pendidikan Islam Negeri Selangor 2009 adalah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor dibawah seliaan MAPPIS. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim yang bertemakan MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM BERLANDASKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH.

Setelah selesai perasmian dilakukan, hadirin dihidangkan dengan tayangan montaj pelancaran MAPPIS (Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor) yang bervisikan, ‘Memartabatkan Pendidikan Islam dan Memperkasakan Pendidikan di Negeri Selangor’ di bawah pentadbiran Exco Pendidikan Negeri Selangor. Seterusnya ucaptama oleh Prof. Madya Dr Halim Tamuri, dari Fakulti Pendidikan UKM dan diikuti pula perbentangan kertas kerja “Perlaksanaan Sistem Pendidikan Islam (Pengalaman Di Negeri Kelantan)” oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Yayasan Islam Kelantan iaitu Haji Mohamed bin Ya.

Sidikit perkongsian daripada saya mengenai ucaptama Prof. Madya Dr. Halim Tamuri dan Perbentangan Kertas Kerja “Perlaksanaan Sistem Pendidikan Islam di Kelantan”


Ucaptama oleh Pro. Madya Dr Halim Tamuri, dari Fakulti Pendidikan UKM

Matlamat utama sistem pendidikan Islam ialah untuk memberikan kemahiran, pengetahuan dan membangunkan insan yang bertaqwa kepada ALLAH swt. Dalam dunia pendidikan kini, sekolah dan guru mempunyai peranan yang sangat penting kerana mereka telah mengambil alih sebahagian besar tugas keluarga untuk mendidik generasi muda. Dengan perkataan lain, perkembangan kemajuan teknologi dan complexity masyarakat global tanpa sempadan yang mengejar kemewahan kebendaan , tugas pendidikan kini hamper diserahkan sepenuhnya kepada institusi formal, khususnya sekolah. Maka pendidikan pada masa sekarang sering dikaitkan dengan sekolah dan sekolah pula telah menjadi satu tempat untuk mendapatkan maklumat dan memberikan kemahiran. Hakikatnya, sekolah bukan sahaja satu tempat untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar semata, tetapi dalam pembanguan moral dan social, yang mana di dalam masyarakat tradisional, tugas ini adalah tangungjawab ibubapa. Maka, tugas guru pendidikan kini menjadi semakin signifikan dalam usaha membangunkan sesuatu masyarakat dan tidak hanya berfokus kepada pemindahan maklumat tetapi juga yang berkaitan dengan aspek pembangunan insan itu sendiri.



Saya cukup bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh Prof. Madya, sesungguhnya realiti kehidupan hari ini semakin hari semakin berhadapan dengan cabaran yang sukar untuk diduga. Terutamanya dalam membentuk institusi kekeluargaan yang cemerlang darisegi duniawi juga ukhrowi. Anak-anak yang begitu mudah menerima maklumat dari pelbagai saluran terutamanya internet yang sememangnya kita tahu ia tiada sempadan, siapa jamin mereka tidak mudah terpengaruh dengan gambar-gambar/video lucah atau hiburan melampau? Permainan atau game yang mempunyai pelbagai versi juga keseronokkan yang tersendiri membuatkan anak-anak zaman cyber kini mudah menghadamnya berbanding menghadam bacaan al-Quran itu sendiri. Prof. turut mendedahkan perbezaan anak-anak pada zaman dahulu dan sekarang. Ya! Saya setuju kita tidak boleh membandingkan dahulu dan sekrang kerana peredaran masa itu berlaku dan juga proses pembangunan yang terjadi tidak sama dulu dan sekarang. Namun, saya cukup terkilan dengan kemahiran kita dalam membentuk sesuatu institusi kekeluargaa itu. Perlukah kita mengikut arus pemodenan 200% tanpa mengambil kira 1% kebaikan amalan yang dilakukan oleh zaman nenek moyang kita? Kenapa masih ada keluarga yang boleh Berjaya sedangkan ada yang tidak Berjaya membentuk keluarga yang harmoni dan cemerlang dari segala sudut? Kita berbalik kepada pesan Sang Teladan, pesuruh ALLAH:


Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin Sariyah r.a berkata : Telah menasihati kami oleh Rasulullah s.a.w akan suatu nasihat yang mengetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : Ya, Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda bersabda : “Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-Rasyidin Al-Mahdiyyin (Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat petunjuk ke jalan lurus) dan gigitlah (berpegang teguh) sunnah-sunnnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya setiap bid’ah itu adalah sesat.”
- Riwayat Abu Daud dan Tirmizi



Pada hari ini sekolah swasta wujud bagai cendawan yang tumbuh di pagi hari, berlambak-lambak! Terutama di Bandar-bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Kenapa ia wujud? Saya pernah berbual dengan seorang pengusaha sekolah swasta di Bandar TTDI Jaya Shah Alam, kata beliau Ibubapa di Bandar kebanyakannya bekerja dan masa bersama anak-anak sungguh tidak mencukupi. Apa yang dilakukan oleh mereka adalah menghantar anak-anak ke sekolah swasta di mana sekolah swasta menawarkan perkhidmatan menjaga kanak-kanak selepas waktu sekolah. Pendek kata, Ibubapa akan meninggalkan anak-anak mereka di awal pagi dan lewat petang barulah bertemu semula dengan anak masing-masing. Saya mencelah, bukankah mereka mampu untuk mengupah pembantu rumah (berikutan kawasan di TTDI Jaya adalah kawasan perumahan golongan berada), tambahnya pembantu rumah juga tidak boleh dipercayai disebabkan timbul pelbagai kes yang telah terjadi sebelum ini. Ibu bapa menjadi fobia untuk mengambil pembantu rumah, dan mereka lebih mempercayai sekolah untuk menjaga anak-anak mereka walaupun terpaksa membayar dengan harga yang tinggi. (Hati saya bagaikan ingin menangis mendengar kata-katanya, terbit rasa sayu dan kesihan kepada anak-anak yang memerlukan belaian dan perhatian ibu dan bapa mereka tetapi diserahkan kepada mereka yang diupah. Saya tidak menyalahkan ibubapa sepenuhnya… masih kecih sudah terpisah dengan Ibubapa. Saya cepat-cepat positif, bila memikirkan mungkin anak-anak ini akan cepat matang dan boleh berdikari di awal usia.)



Dalam ucaptamanya, Prof turut menjelaskan Penilaian Terdalam Pelaksanaan Sistem Pendidikan Islam.


a) Pendidikan Islam sebagai ‘mata pelajaran’


b) Pendidikan Islam sebagai satu ‘sistem’



Seterusnya, Memartabatkan Sistem Pendidikan Islam, di mana beliau turut mengambil contoh kata al-Marhum Prof. Dr. Syed Ali Ashraf. Telah menjelaskan bahawa pendidikan mestilah diasaskan kepada konsep tauhid yang menjadi teras kehidupan setiap orang Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan seharian dan melaksanakan tugasnya sebagai khalifatullah. Sehubungan dengan itu, al-Marhum telah menghuraikan pendidikan sebagaimana berikut:



Education is the therefore defined as the process through which balanced growth of the total personality of human being is achieved. According to Islam the end to be aimed at is the attainment of the status of a true representative of God on the earth (Khalifatullah)



Kesimpulannya, pendidikan dalam Islam adalah bertujuan melahirkan khalifatullah yang mempunyai perkembangan yang seimbang. Kesimbangan pembangunan manusia ini perlu berasaskan kepada aspek kerohanian agar manusia yang dididik tersebut patuh dan taat kepada hukum hakam yang telah disyariatkan oleh ALLAH. Jelas kepada kita hala tuju pendidikan Islam adalah kearah pembangunan yang seimbang dan disepadukan dengan keimanan kepada ALLAH s.w.t. akan dapat melahirkan manusia yang benar-benar bertangungjawab sebagai khalifatullah.



P/s: Imma akan update perbentangan kertas kerja “Perlaksanaan Sistem Pendidikan Islam (Pengalaman Di Negeri Kelantan)” oleh Timbalan Pengarah (Sekolah) Yayasan Islam Kelantan iaitu Haji Mohamed bin Ya. InsyaALLAH. Doakan Imma diberi kelapangan masa. =)


(Gambar-gambar menarik sepanjang program akan Imma upload lagi)